Ah, hujan lagi. Hari ini tak dapat pergi kuar atau jalan - jalan. Rasanya malas, nak duduk sahajalah kat rumah. Layan anak - anak lagi bestt! Kalau melangup aje pun bosan juga, tengok tv pun takdak gambar syiokk! Apa nak buat? Hmm, rasanya lama tak makan pizza! Tengok peti ais ada ayam dan sayuran skiit, jomlah ke dapur dan main masak - masak lagi. Hehe. Resepi saya cilok dari My resepi bahan yang digunakan saya ejas mengikut apa bahan yang ada di rumah aje. Jemput tengok!!
Bahan Untuk Doh :
500 gram tepung roti - saya guna tepung gandum
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak
1 peket yis - 11 gram
300 ml air suam
Cara : Yis di masukkan ke dalam air suam. Biarkan sehingga nampak berbuih. Di dalam mangkuk masukkan tepung, minyak, dan juga gula. Masukkan air sedikit demi sedikit yg bercampur dengan yis tadi. Uli sehingga sebati masukkkan garam halus, uli lagi sehingga menjadi adunan yang kalis elastik.
Bahan Sos :
1 tin tomato puri
1/2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil paprika
Garam dan gula secukup rasa
1/4 botol sos cili - atau ejas mengikut selera
3 ulas bawang putih - cincang kasar
Cara : Masukkan semua bahan - bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
Topping :
300 gram isi ayam - potong dadu
Sedikit lada sulah dan lada hitam
Garam secukupnya
Nanas di dalam tin - potong dadu
Mozzarella cheese
Cara : Tumiskan isi ayam dengan sedikit minyak, tambahkan garam, lada sulah dan lada hitam. Masak sehingga airnya kering. Jangan sampai garing sangat nanti tak sedap! Sediakan pan untuk membuat pizza sapukan dengan sedikit minyak. Letakkan doh pizza tadi. Nipiskan.
Sapukan sos pizza sehingga rata. Letakkan toping ayam tadi dan nanas yang telah di potong.Taburkan keju di atas toping tadi. Bakar pizza pada suhu 180 C sehingga masak.
comelnya pizza mcm kat piza hut heheh..memang pun, kdg2 boring jugak keluar ni, duduk rumah tengok movie ngan anak2 pun best :-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThanks dah bagi komen kat sini!love it...
ReplyDelete