Salam.
Hari ni buat kudap - kudap depan tv sambil menonton sambil kunyah biskut chip coklat resepi Chef Amer! Senang dan mudah untuk membuatnya, rasanya pun berbaloi sedap dan rangup. Yang bestnya kalau buat biskut chip coklat ni tak payahlah guna acuan, just buat bulat - bulat dan leperkan sikit dah siapp untuk di bakar!!
250 gram mentega
70 gram gula halus
80 gram gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1 biji kuning telur
60 gram kacang badan cincang - panggang sebentar
40 gram oat - saya letak nestum
250 gram cip coklat
Bahan - Bahan Ayak :
300 gram tepung
10 gram serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda karbonat
50 gram susu tepung
Cara Membuatnya :
Pukul mentega, gula, gula perang dan vanila sehingga sebati. Masukkan telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga sebati. Masukkan campuran tepung perlahan - lahan sambil dipukul.
Masukkan campuran kekacang, oat dan cip coklat lalu di masukkan kedalam adunan. Gaulkan hingga sebati. Sudukan atau bulat2kan adunan dan letakkan di atas dulang yang telah di lengser. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C sehigga keperangan.
Adunan sebelum di bakar.
No comments:
Post a Comment