Apa benda tuu?? Harini kita tukar selera pulak dengan mencuba kulinari dari Indonesia, Pempek Palembang merupakan makanan khas Sumatera Selatan (palembang) yang terbuat dari bahan dasar ikan dan sagu. Penyajian pempek palembang selalu disajikan dengan semangkuk kuah pedas dan menggigit berwarna coklat kehitaman yang disebut dengan cuko atau cuka. Resepi pempek
ni sangatlah pelbagai untuk percubaan pertama saya akan membuat pempek lenggang yang
kaedahnya sama dengan membuat kerupok lekor.
asal mula pempek dari daerah ini. Kononnya, ada apek-apek (bapak tua) yang kreatif, membuat bakso ikan menjadi bentuk lain yang dimakan dengan cuko. Apek itu berjualan keliling kampung Ulu dengan membawa bakul rotan. Perniagaannya laku, setiap kali orang menunggu dan memanggil Apek! Ada juga yang memanggilnya Mpek! Lama-lama jadilah kata Pempek!!
Pempek Lenggang
250 gram daging ikan tenggiri - haluskan
300 gram tepung sagu
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh penyedap rasa
20 gram tepung gandum
200 ml air
1 ulas bawang putih - di parut
50 gram tepung sagu - untuk menabur
1 batang daun bawang - potong halus
3 biji telur - pukul ringan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
Bahan Pelengkap
50 gram udang kering - sangai dan haluskan
1 biji timun - potong dadu
100 gram mie kuning
Cara Membuat :
Rebus tepung gandum, air dan bawang putih sambil di kacau sehingga pekat Angkat. Tuangkan ke
atas daging tenggiri. Uli sehingga rata. Masukkan garam, gula pasir, dan penyedap rasa. Uli
hingga kalis. Masukkan tepung sagu. Kacau sehingga rata. Lumur tangan dengan sedikit tepung
sagu. Ambi sedikit adunan. Bentukkan atau gentelkan secara memanjang. Rebus air hingga
mendidih masukkan pempek tadi, apabila pempek sudah timbul menandakan ianya sudah masak.
Angkat dan toskan. Potong 1 cm pempek tadi. Tambahkan telur, daun bawang, garam dan lada
sulah. Pukul ringan. Masak di dalam kuali atau pan anti lekat sehingga keperangan dan adunan
sekata. Sajikan pempek bersama sos cuko dan bahan - bahan pelengkap.
Bahan & Rempah Sos cuko
500 ml air
100 gram gula merah
50 gram gula pasir
5 biji cili merah
2 - 3 biji cabai melaka
3 ulas bawang putih
4 sudu makan cuka
2 sudu makan udang kering
1 sudu teh garam
Cara Membuat :
Siapkan periok, masukkan air dan semua rempah cuko. Masak hingga mendidih, sesuaikan rasanya. Angkat dan tapis.
No comments:
Post a Comment