Nuffnang

Sunday, September 29, 2013

Red Bean Stollen


Dah dua tiga harini panas terik, alhamdulillah pagi ni hujan! Hujan merupakan kenikmatan dari Allah taala bersama - sama kita selalu bersyukur! Berkesempatan untuk berkongsi lagi, sempat ambil gambar roti yang saya buat untuk sarapan anak - anak di rumah. Pagi - pagi masuk dapur menyiapkan adunan roti sementara menunggu adunan naik kembang, saya pun tinggalkann  sekejap sambil  kemas - kemas rumah apa yang patut kan!! Untuk adunan roti kali ini saya tidak menambahkan pelembut roti di dalam adunan, selalunya saya akan menambah sukatan air sehingga adunan roti nampak sedikit lembut! Untuk memudahkan membentuk adunan roti ini biasanya saya akan tabur sedikit tepung itu saja tipnya, semoga bermanfaat untuk semua.


Red Bean Stollen
300 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
190 ml air suam
1 biji telur
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
4 sudu besar gula halus
2 sudu teh yis
60 gram butter / marjerin
Inti kacang merah secukupnya

Bahan Gliss :
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 sudu teh susu cair / susu segar

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan masukkan tepung roti, tepung gandum, telur, susu tepung, yis dan gula halus. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan menjadi licin. Masukkan butter dan garam
uli lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan dan juga bekas adunan. Perapkan untuk 40 menit.
Bahagikan doh seberat 50 gram dan bulatkan doh.

* Cara membuat Red Bean Stollen *
Sediakan inti kacang merah seberat 40 gram setiap satu dan dibulat - bulatkan. Ketepikan. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.

Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi