Nuffnang
Saturday, February 4, 2012
Puteri Ayu
Selalu kalau buat kuih ni, letak dalam acuan kecik - kecik, kan ? Pasal hari tu kurang rajin sikit, jadi saya letak dalam acuan saiz 7 inci je. Mudah dan cepat buat kerja! Hehe.
Bahan - bahannya :
4 biji telur ayam
250 gram gula caster
300 gram tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
1 sudu besar ovalette
250 gram susu cair atau santan
Sedikit pewarna hijau
Bahan lain :
Sedikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1/2 biji kelapa parut - ambik putihnya sahaja
Note - gaulkan sehingga rata, ketiga bahan bahan ini.
Cara : Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul sekali lagi. Masukkan tepung berselang - seli dengan susu. Gaul sehingga rata. Sapukan acuan dengan sedikit minyak, dan letakkan sedikit kelapa di bahagian bawah acuan. Tuangkan adunan dan kukus selam 10 atau 20 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment