Nuffnang
Friday, March 9, 2012
Bolu Gulung
Kuih lagi. Hehe. Tuan rumah tengah rajin buat kuih! Yang ni adalah bolu gulung atau pun kat sini orang panggil, kek gulung! Resepi dari NCC. Resepi asal di kukus, kerana pengukus kita tak muat (kecik ) saya buat bakar sahaja, lembut dan gebu. Ok, tengok resepinya!
Bahan A :
4 biji telur
100 gram gula pasir
1 tsp cake emulsifier
1/2 tsp vanila
Bahan B :
80 gram tepung gandum
10 gram susu tepung
10 gram tepung jagung
Bahan C :
50 gram marjerin, cairkan
Cara - cara :
Pukul bahan A sehingga pekat dan gebu, masukkan bahan B, masukkan bahan C kacau rata. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kek gulung bersaiz 22x22x4 cm. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 C. Setelah kek masak, letakkan di atas kertas roti. Sapu dengan jem kegemaran, segera gulung
dan padatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment