Nuffnang

Monday, March 12, 2012

Bola - Bola Sayuran Goreng



Salam. Kadang - kadang kita tak tau memikirkan kudapan untuk anak - anak pada petang hari, kan? Meh, kita buat yang simple tapi sedap. Kudapan ini kaya dengan sayur dan jugak serat. Makan begitu sahaja, atau di cicah dengan sos kegemaran, yumm!

Bahan - bahannya :
2 sudu besar marjerin
1 batang daun bawang - di potong halus
50 gram daging ayam cincang
1 tongkol jagung di ambil isi
100 gram lobak merah - di potong dadu
75 gram buncis - di potong halus
80 gram tepung gandum
275 ml susu cair
1 tsp garam
1/4 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp gula pasir
1/4 tsp serbuk pati ayam

Bahan Pelapis :
100 gram serbuk roti kasar
2 biji telur - pukul ringan
minyak masak untuk menggoreng

Cara - Cara :
Panaskan marjerin. Tumis daun bawang sehingga naik bau. Tambahkan daging ayam cincang. Kacau sehingga berubah warna. Masukkan isi jagung, buncis dan lobak merah. Kacau sehingga sedikit layu.
Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul - ketul. Tuang susu sambil di kacau sehingga lincin. Tambahkan garam, serbuk lada sulah, gula dan juga serbuk pati ayam. Kacau lagi sehingga semuanya sebati. Sejukkan. Bentukkan bulat. Golekkan di atas serbuk roti. Celupkan di dalam adunan telur. Golekkan lagi di atas serbuk roti lalu goreng sehingga keperangan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi