Nuffnang
Saturday, March 27, 2010
Apam Warna - Warni
Bahan - bahan
280 gram tepung gandum
250 gram gula halus
140 ml santan
90 ml air soda, contoh sprite
1 sudu teh overlette
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur
1 peket eno
Cara Membuatnya
Pukul telur, gula dan overlette sehingga kembang dan gebu. Masukkan santan berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan air soda dan eno. Gaul sebati dan rata. Bahagikan 2 mangkuk. Satu dititiskan warna kuning, satu dititiskan warna coklat. Masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit menggunakan api kuat.
Friday, March 26, 2010
Rendang Ayam
Bahan A
10 ketul ayam
2 mangkuk santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit
3 keping asam keping
Gula, garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Bahan B
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 sudu ketumbar
5 helai daun limau purut
1 mangkuk cili kering
Cara Membuatnya
Kisar semua bahan B. Panaskan minyak untuk menumis bahan B sehingga harum
dan masukkan ayam, asam keping, daun kunyit dan santan. Akhir sekali masukkan
kerisik, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan masak hingga kuah pekat dan
agak kering.
Thursday, March 25, 2010
Piza Bawang Putih
Bahan Kulit Pizza
1/2 sudu makan yis segera
150 ml air suam
1/2 sudu teh gula pasir
250 gram tepung gandum
1 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk bawang putih
Bahan Sos
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 labu bawang besar, cincang halus
2 biji tomato, rebus, buang kulit dan isinya dicincang halus
20 gram pes tomato
2 sudu makan sos tomato
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula pasir
50 ml air
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil
1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
Bahan Tumisan
2 ulas bawang putih, cincang halus
100 gram daging cincang
100 gram cendawan segar champignon, hiris
1 sudu teh kicap inggeris
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam kasar
Bahan Topping
1/2 biji lada benggala hijau, potong dadu
75 gram nenas, potong - potong
75 gram daging salami, hiris nipis
150 gram keju mozarella, parut kasar
10 gram keju parmesan
Cara Membuatnya
1. Sos: tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan
tomato, pes tomato, sos tomato, garam, gula pasir dan air. Masak sehingga pekat.
2. Sebelum diangkat, masukkan oregano dan basil. Kacau rata. Ketepikan.
Tumisan: tumis bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan daging cincang.
kacau sehingga berubah warna. Masukkan cendawan. Tumis sehingga layu.
3. Masukkan kicap inggeris, garam, dan lada hitam kasar. Tumis sehingga
menyerap. Ketepikan. Larutkan yis segera dan setengah bahagian air suam.
Masukkan gula pasir. Kacau rata. Biarkan adunan selama 10 minit.
4. Piza: campurkan tepung gandum dan larutan yis segera. Uli rata. Tuangkan
baki air sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat
di tangan. Masukkan minyak zaitun dan garam uli sehingga elastik. Bulatkan.
Letakkan di dalam mangkuk yang telah di sapu minyak zaitun. Biarkan doh rehat
selam 1 jam.
5. Kempiskan adunan. Masukkan serbuk bawang putih. Uli rata. Bahagikan
kepada 2 bahagian adunan. Bentukkan bulat. Canai nipis hingga berbentuk bulat
di meja yang di tabur tepung. Letakkan di loyang rata tanpa di sapu marjerin. Pilin
bahagian tepinya. Cucuk - cucukkan dengan garfu.
6. Sapukan sos di atas pizza. Taburkan tumisan dan toping. Bakar selama 15 minit
dengan suhu ketuhar 190 C sehingga masak dan keju menjadi cair.
sumber ~ paduan cita rasa dan seni kuliner
Wednesday, March 24, 2010
Muffin Cappuccino
Bahan - Bahan :
320 tepung gandum
200 ml susu segar
120 gram gula halus
100 gram mentega, dicairkan
2 sudu makan serbuk kopi
2 biji telur
3/4 sudu teh serbuk penaik
Cara Membuat :
Satukan tepung, serbuk penaik, dan gula. Gaul hingga sebati dan ketepikan. Pukul telur, susu dan serbuk kopi hingga sebati. Setelah itu masukkan pula mentega cair. Pukul lagi. Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung, digaul rata. Masukkan di dalam bekas muffin dan bakar dengan suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga masak. Hidangkan bersama secawan kopi panas.
sumber ~ majalah rasa
Tuesday, March 23, 2010
Home Made Nugget Jagung
Bahan - bahanya :
200 gram jagung manis, ambil isi
100 gram daging ayam kisar
50 gram serbuk roti halus
1/2 labu bawang besar, cincang halus
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk pati ayam
2 biji telur ~ di pukul ringan
1 sudu makan susu tepung
Bahan Pelapis
4 biji telur, dipukul ringan
125 gram serbuk roti kasar
Cara Membuat
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 20x20 cm, yang telah di sapu dengan minyak dan di alas dengan plastik. Kukus selama 45 minit dengan api sedang sehingga masak. Potong 4x4 cm. Celupkan ke dalam telur. Gulingkan ke dalam tepung roti kasar. Buat pelapisan sekali lagi. Goreng dalam minyak yang sudah di panaskan sehingga kekuningan.
Tip : potong - potong nugget setelah sejuk, biar tidah hancur.
sumber ~ buku sedap pemula
Sunday, March 21, 2010
Talam Pandan
Talam yang saya buat ini gunakan acuan kuih lompang! Jadi senang kanak - kanak nak makan, kan! Hehe. Tip untuk membuat kuih ini tunggu sehingga kuih betul - betul sejuk baru kuarkan dari acuan ya!
Lapisan Pandan
200 gram tepung beras
50 gram tepung sagu
100 gram gula pasir
400 ml santan
100 ml air daun pandan
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Lapisan Putih
50 gram tepung beras
25 gram tepung sagu
400 ml pati santan
1/2 sudu teh garam
Cara Membuatnya
1. Lapisan pandan: taruh dalam bekas, tepung beras, tepung sagu, gula pasir, kacau hingga sebati.Tuangkan santan, air daun pandan, garam dan air kapur, sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga menjadi adunan yang halus. Ketepikan.
2. Lapisan putih: campurkan semua bahan kacau hingga menjadi adunan yang licin. Ketepikan. Siapkan mangkuk kecil, griskan minyak sayur isikan dengan adunan hingga 2/3 mangkuk. Kukus 10 minit. Lalu tuangkan adunan putih sehingga penuh kukus lagi selama 10 minit.
Saturday, March 20, 2010
Ayam Sambal Siam
Salam dan selamat pagi semua!
Hari ini ada masa lapang dan santai - santai kat rumah. Kalau ada masa lapang macam ini saya lebih suka memasak untuk keluarga. Menu saya hari ini adalah ayam sambal siam, pernah cuba? Rasanya macam ayam masak paprik! Sedap dan menyelerakan apatah lagi kalau di padankan dengan nasi yang baru sahaja masak, bertambah selera kami hari ini!
Ayam Sambal Siam
- 500 gram ayam - potong sesuai selera
- 150 ml santan pekat
- 30 ml minyak masak
- 20 tangkai cili kering - kisar
- 5 ulas bawang merah - kisar
- 2 cm kunyit - kisar
- 2 cm halia - kisar
- 4 helai daun limau
- 4 cm lengkuas - hiris nipis
- 2 batang serai - di ketuk
- 3 cmbelacan - di bakar dan kisar
- 2 sudu besar kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serai, lengkuas dan belacan. Kacau seketika. Masukkan ayam dan biarlan masak. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Perlahankan api dan biarkan mendidih. Masukkan pula daun limau purut. Angkat dan hidang.
Friday, March 19, 2010
Kek Lobak Merah Halia
Bahan - Bahan
150 gram marjerin
100 gram gula pasir
50 gram lobak merah, diparut
150 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk halia
3 biji telur
Cara Membuatnya
1. Pukul marjerin dan gula pasir sehingga benar-benar lembut. Masukkan lobak merah dan pukul rata. Masukkam telur satu persatu bersilih ganti dengan sebahagian tepung gandum sambil diayak dan dipukul rata.
2. Masukkan baki tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk halia sambil di ayak dan dipukul perlahan. Tuangkan ke dalam acuan empat segi kecil yang telah di sapu dengan marjerin. Bakar selama 15 minit dengan suhu ketuhar 190 C. Anggaran: 7 ketul.
sumber ~ sedap
150 gram marjerin
100 gram gula pasir
50 gram lobak merah, diparut
150 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk halia
3 biji telur
Cara Membuatnya
1. Pukul marjerin dan gula pasir sehingga benar-benar lembut. Masukkan lobak merah dan pukul rata. Masukkam telur satu persatu bersilih ganti dengan sebahagian tepung gandum sambil diayak dan dipukul rata.
2. Masukkan baki tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk halia sambil di ayak dan dipukul perlahan. Tuangkan ke dalam acuan empat segi kecil yang telah di sapu dengan marjerin. Bakar selama 15 minit dengan suhu ketuhar 190 C. Anggaran: 7 ketul.
sumber ~ sedap
Thursday, March 18, 2010
Raisin Bread
Kudapan sehat di rumah. Selain sedap untuk sarapan pagi, di hidang pada waktu petang di temani dengan secawan kopi panas, cukup membuka selera! Fresh dari dapur saya!
Bahan - Bahan
300 gram tepung roti
50 gram gula pasir
8 gram yis
50 gram butter
50 gram kismis
1 biji telur
100 - 120 ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver
Bahan Gris
Susu cair
Marjerin atau Butter
Cara Membuatnya
1. Campurkan tepung, gula, dan yis menggunakan whisk. Masukkan telur,
uli sambil menambahkan 1/2 bahagian susu. Masukkan butter dan kismis
uli hingga menjadi adunan yang kalis dan elastik. Masukkan baki susu
sedikit demi sedikit.
2. Masukkan garam, uli lagi hingga sebati. Rehatkan adunan di tempat
yang hangat dengan bekas tertutup sehingga mengembang 2x ganda.
Tumbuk - tumbukan adunan untuk mengeluarkan udara didalamnya, siap
kan loyang persegi ataupun bulat griskan dengan marjerin. Timbang
adunan seberat 30 - 35 gram. Bentukkan bulat.
3. Buat sehingga adunan habis. Susun adunan roti di dalam loyang. Beri
jarak. Rehatkan selama 1 jam sehingga roti mengembang kali kedua. Sapu
permukaan roti dengan susu cair. Bakar pada suhu 170 C selama 10 minit
atau sehingga masak. Setelah masak sapu roti dengan butter nipis-nipis.
sumber ~ dapur Shinta
Subscribe to:
Posts (Atom)






