Ingin membuat kelainan hari ini. Selalu kalau masak ayam asyik di goreng atau pun di buat sambal tumis. Nah, cuba ayam kukus sahaja hari ini. Warnanya pun nampak menarik, bukan ?
Bahan - Bahan :
400 gram daging ayam cincang - saya guna jenama Ramly
2 sudu makan bawang merah goreng - haluskan
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan krim cair
1 biji telur ayam - pukul ringan
1/2 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam
Bahan Isi :
150 gram daun bayam, celur dan toskan - cincang halus
200 gram lobak merah - potong memanjang
Bahan Sos :
2 sudu makan tepung gandum
1 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu makan mentega - untuk menumis
100 ml susu cair
150 ml air sejuk
1 sudu makan BBQ sos
1/2 sudu teh serbuk pala ( ground nutmeg )
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh kicap inggeris
Cara Membuat :
Gaulkan hingga sebati ayam cincang bersama bahan lainnya sehingga rata. Ratakan adunan ayam di atas sehelai plastik tebal. Letakkan daun bayam dan lobak merah pada salah satu hujungnya. Gulung hingga padat dan kemas. Kukus selama 30 minit. Angkat dan sejukkan. Potong - potong setebal 1 cm.
Sos : cairkan mentega, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum, kacau - kacau sehingga berwarna keperangan. Masukkan susu cair, air, masak sehingga pekat sambil sesekali di kacau, masukkan rempah lainnya tunggu sehingga mendidih, barulah di angkat.
Sumber : Indah Muharis