Bahan - Bahan :
500 gram udang saiz agak besar
1/2 sudu teh air limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Rempah ( kacau rata ) :
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili merah, buang biji - cincang halus
1 cm halia - diparut
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
2 sudu teh lada hitam, digoreng tanpa minyak - ditumbuk kasar
1 sudu teh garam
2 sudu makan sos cili
50 ml air
Cara Membuat :
Lumur udang dengan air limau nipis dan garam. Diamkan 15 minit. Cuci bersih.
Lumur udang dengan bahan rempah, kecuali air. Perapkan selama 20 minit.
Panaskan minyak. Tumis udang dan jugak rempah. Kacau sehingga berubah
warna. Tuang air. Masak sehingga pekat. Bakar udang sambil di sapu baki
rempah di atas bara api sehingga masak.