Bahan - Bahan :
8 ketul ayam
Bahan Rempah :
2 sudu makan madu
1/2 sudu makan yogurt asli
1/2 sudu makan serbuk cili
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 1/2 sudu makan sos barbeque
4 sudu teh sos tomato
1 sudu makan mentega tawar
Cara Memasak :
Kacau rata bahan rempah. Lumur ayam dengan rempah. Perapkan selama 60
minit dalam peti sejuk. Bakar selama 60 minit dengan suhu ketuhar 170 C sambil
di sapu baki rempah sehingga masak.
Tip : cucuk - cucukan ayam dengan lidi sate supaya rempah lebih menyerap.
Sumber : Majalah Sedap