Bahan A :
100 gram kuey teow
Bahan B ( di mesin ) :
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
Sedikit halia
1 biji buah keras
1 genggam udang kering
Bahan C :
100 gram tauge
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 cawan air
2 biji telur - di pukul sedikit
5 ekor udang basah
Sedikit isi kerang
Sedikit daun kucai - dipotong 2 cm
Bahan D :
2 sudu besar light soya sauce
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar dark soya sauce
1 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
( Bancuh semua bahan - bahan ini di dalam sebuah mangkuk kecil sebelum mula
memasak )
Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan B tadi dan masak sehingga garing. Masukkan kuey teow, udang kering dan isi kerang dan goreng sebentar. Masukkan bahan D dan gaul hingga sebati. Masukkan telur yang dipukul tadi dan goreng lagi sehingga sebati. Akhir masukkan garam, gula, kucai dan tauge dan gaul sebentar. Hidangkan Panas.
Sumber : The Cook