Bahan - Bahannya :
1 kg daging
3 sudu besar serbuk kurma
1 liter santan pekat
1 sudu teh garam
Bahan tumis :
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh ketumbar
3 sudu besar minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 inci kulit kayu manis
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
Cara Memasaknya :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga garing. Masukkan serbuk
kurma dan tumis lagi hingga naik minyak, masukkan daging dan kacau hingga
sebati. Masukkan santan. Masak hingga daging lembut dan kuah menjadi pekat.