Nuffnang

Monday, April 19, 2010

Super Moist Coklat Cupcake



Dapat tempahan dari kawan lama saya. Nak cupcake coklat untuk jamuan hari jadi anaknya
dan buah tangan untuk di bawa balik kampung. Si bongsu saya siap warning pada saya, ibu
tolong buat lebih sikit. Aduii, camlah tak pernah di buatkan. Padahal kalau ada masa  sahaja
di penghujung minggu selalu saya masak menu kegemaran anak - anak di rumah!!
Biasalah perangai kanak - kanak kutt! Resepi saya ikut di sini!

Super Moist Coklat Cupcake
100g serbuk koko*
180g gula pasir*
1 tin  susu sejat*
200g minyak masak sayuran*
250g susu pekat*
4 biji telur - pukul sehingga berbuih
150g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
*Papercups/kertas cawan secukupnya

Cara Membuat :
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair 
sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan
hand whisk. Gaulkan bahan kering dan campurkan sedikit demi sedikit sehingga sekata.

Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan tidak
berketul. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair, 
adalah mudah menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit 
bergantung pada jenis oven dan saiz papercup. Sejukkan sebelum di hias dengan buttercream
pilihan. Enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi