Nuffnang

Wednesday, June 2, 2010

Ayam Goreng Mentega



Bahan - Bahannya :
1 ekor ayam, potong 12 bahagian
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh serbuk cili
Minyak untuk menggoreng

Bahan Tumisan :
2 ulas bawang putih - cincang kasar
3 helai daun limau - buang tulangnya
4 biji  cili kering - tumbuk kasar
2 sudu makan kicap inggeris
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
1 1/2 sudu teh air perahan lemon
100 gram marjerin untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Lumur ayam dengan garam, serbuk lada sulah, air perahan lemon  dan serbuk
cili. Perapkan selama 20 minit. Goreng sehingga masak.

2. Tumis: tumis bawang putih, daun limau, cili kering dan cili padi merah sehingga
terbit aroma. Masukkan  kicap  inggeris,  kicap manis, garam, gula pasir dan  air
perahan lemon. Masak sehingga pekat. Masukkan ayam. Kacau rata.

Tip:  Rempah akan  lebih menyerap  ke dalam isi ayam jika ayam dikelar - kelar
terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi