Bahan - Bahannya :
200 gram marjerin
150 gram gula kastor
100 gram coklat masak hitam - cairkan
4 biji telur
200 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
50 ml susu cair
50 gram cip coklat
125 gram cheese spread untuk inti
Cara Membuatnya :
1. Pukul marjerin dan gula kastor sehingga lembut. Masukkan coklat masak hitam. Pukul rata. Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan sebahagian tepung gandum sambil di pukul perlahan.
2. Masukkan baki tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil di ayak dan di kacau rata berselang seli dengan susu cair. Masukkan cip coklat dan kacau rata. Masukkan adunan 1/2 tinggi acuan muffin yang dilapiskan dengan cawan kertas.
3. Sudukan cheese spread. Lapiskan lagi dengan adunan. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180 C sehingga masak.
Sumber : Sedap