Nuffnang
Tuesday, June 8, 2010
Cucur Udang Lagi!!
Bahan - Bahannya:
250 gram tepung gandum
Udang basah saiz kecil - ikut selera
40 gram tauge
50 gram daun kucai - potong satu cm
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
180 ml air sejuk
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
Campurkan semua bahan - bahan dan gaul hingga sebati, jangan terlampau pekat atau terlampau cair bancuhannya. Goreng hingga kekuningan. Sedap di makan bersama kuah kacang.
Bahan Kuah Kacang :
250 gram kacang tanah - goreng tanpa minyak dan di tumbuk kasar
1 batang serai - di ketuk
1 cm lengkuas - di ketuk
50 gram gula merah
200 ml air sejuk
Garam secukupnya
Bahan Kisar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
50 gram cili kering
Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan kesemua bahan dan masak sehingga kuah pekat.