Pernahkah anda menikmati hidangan istimewa daripada Brazil ? Cookies ini adalah salah satunya.. Anda bolehlah cuba membuatnya untuk menikmatinya sendiri!
100 gram mentega tawar sejuk
1/2 sudu teh garam
100 gram gula merah
1 biji telur
100 gram kacang gajus - sangai dan cincang halus
100 gram tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
Cara Membuatnya :
Pukul mentega tawar, garam dan gula merah sehingga lembut. Masukkan telur dan pukul rata. Masukkan kacang gajus dan kacau rata. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau hingga rata. Sudukan di loyang yang di sapu nipis marjerin. Letakkan kacang gajus diatasnya.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 C atau sehingga masak.