Nuffnang
Saturday, June 26, 2010
Crackers Udang Goreng
Bahan - Bahan :
2 sudu makan marjerin
250 gram crackers persegi
300 gram udang saiz sedang - rebus dan cincang kasar
75 gram bawang besar - cincang halus
75 gram tepung gandum
200 ml susu segar
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat :
Cairkan marjerin, tumis bawang besar sehingga naik bau, masukkan udang dan kacau sebati. Tambahkan tepung gandum, kacau dan tuang susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga licin. Masukkan garam, serbuk lada sulah, kacau hingga sebati.
Ambik sekeping crackers, sapu dengan adunan udang tadi, tutup dengan sekeping crackers lagi. Tekan sehingga padat, buat sehingga habis. Panaskan minyak, goreng crackers sehingga garing dan berwarna kuning keemasan. Sajikan.
Sumber : Nuraini. w