Bahan - Bahannya :
100 gram tuna segar
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
200 gram kentang - potong dadu kecil dan goreng
1 biji bawang merah - cincang halus
1 sudu teh daun ketumbar - cincang halus
1/4 sudu teh garam
2 sudu makan krim pekat
1 sudu makan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Bahan Inti :
50 gram keju mozzarella - parut kasar
Bahan Salut :
1 biji telur - untuk pencelup
50 gram serbuk roti kasar
Bahan Sos :
100 gram mayonis
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 sudu teh daun parsli - cincang halus
1/2 sudu teh air perahan lemon
Cara Membuatnya :
Lumur tuna dengan air perahan lemon, garam, serbuk lada sulah. Perapkan selama 15 minit. Kukus selama 20 minit sehingga masak. Siat kasar. Campurkantuna dengan semua bahan. Kacau rata.
Bentukkan bulat leper, saiz diameter 3 cm. Celup telur. Gulingkan dalam serbuk roti. Goreng sehingga masak dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana. Kacau rata bahan sos. Hidangkan tuna bersama sosnya. Tip: Jika menggunakan tuna dalam tin, tuna boleh terus di adun tanpa di kukus
terlebih dahulu.