Bakpia sebenarnya berasal dari negeri Tiongkok atau Cina yang aslinya bernama Tou Luk Pia yang berarti kue pia kacang hijau. Kue ini berbentuk bulat, Bakpia mulai bercampur dengan budaya Jawa bahkan bisa menjadi makanan khas Yogyakarta adalah berkat usaha dari Liem Yung Yen (Pendiri Bakpia 75). Yung Yen adalah warga kampung Pathuk, daerah sebelah barat kawasan ( Malioboro dan Gandekan). Awalnya ia menjual bakpia itu dari kampung-kampung di daerah Yogyakarta, itu dimulai pada tahun 1948. Boleh tengok di sini!
Ok. Kerana saya pernah mencuba bapia di sebuah toko kuih pada masa dulu
di Bandung. Jadi teringat kesedapan dan keunikannya. Ingin mencuba
membuat sendiri di rumah. Resepi ni saya tengok di Blog Hesti . Hmm,
memang memikat selera dan terus ingin mencuba!!
Bahan Untuk Kulit Bakpia :
500 gram tepung gandum
75 gram mentega atau marjerin
250 ml air panas ( air suam )
1 peket yis kering - saya letak 2 sudu teh
100 gram gula kastor
1 sudu teh garam
Cara Membuat :
Di dalam mangkuk pengadun masukkan tepung, yis, gula. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan marjerin dan garam, uli sehingga kalis. Perapkan adunan selama 45 minit.
Tumbuk adunan untuk membuang udara. Timbang adunan seberat 30 gram. Bulatkan dan intikan dengan kacang hijau. Perapkan selama 15 minit. Bakar pada suhu 200 C, Setiap 10 minit sekali terbalikkan
kuih sehingga masak dan nampak keperangan.
Bahan Inti Bakpia :
250 gram kacang hijau
125 gram gula pasir - saya letak separuh gula merah
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak sayur
3 sudu besar tepung gandum - yang ni saya tambah sebagai pemekat
Daun pandan - ikat simpul
Cara Membuat :
Rebus kacang hijau sehingga naik kembang, angkat toskan. Sebahagian saya kisar sehingga halus. Masak bersama santan pekat, minyak. Masukan gula, garam esen , jangan lupa letak daun pandan. Kacau sehingga menjadi adunan yang pekat. Masukkan tepung gandum kacau sehingga menjadi adunan yang boleh di bentuk.
Penasaran, aku langsung menuju ke sini...dan ternyata sudah jadi pula. Cantiiiiknya...fotonya juga cantiiik. Lengkap dengan sejarahnya lagi. Makasih ya, sudah mencoba resepnya...
ReplyDeleteDuii..thanks pujiannya. Jadi berbunga - bunga nih. Hehe.
ReplyDeleteHai.. kalau saya nak order dari awak boleh ke?
ReplyDelete