Nuffnang

Saturday, May 12, 2012

Opera Cake




Assalammualaikum.
Hari ni  istimewa sikit, pasal anak bungsu kita menyambut hari lahir. Hanya buat kek sahaja.
Untuk jamuan kawan - kawannya yang akan datang pada petang nati.  Resepi  ni saya 
tengok di sini! Nak rujuk stepnya sila terus ke blog beliau, ya! Ok, Happy weekend semuanya!

Bahan Untuk Kek :
150 gram gula aising*
45 gram tepung gandum * - * satukan dan ayak
150 gram badam kisar
4 biji telur gred A
30 gram butter - cairkan dan sejukkan sekejap
3 biji putih telur
30 gram gula castor

Cara Membuat :
Di dalam bekas satukan gula aising, tepung gangum dan badam kisar. Masukkan sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati. Tambahkan butter dan gaul rata. Didalam bekas lain, pukul putih telur bersama gula castor sehingga bertanduk. Masukkan ke dalam adunan butter, gaul dengan spatula sehingga sebati.

Lenserkan loyang 8 inci dengan sedikit butter, lapik dengan kertas minyak. Tuang adunan di dalam loyang dan bakar di dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit. Biarkan kek sejuk, barulah di potong pada 3 bahagian. Letakkan kek lapisan bawah atas papan kek sudukan dengan coffee syrup. Kemudian sapukan pulak coffee buttercream pada semua bahagian kek.

Tindihkan kek lapisa kedua, ulangi langkah yang sama. Akhir sekali tindihkan kek lapisan ke 3 sudukan dng coffe syrup, di ikuti sapuan buttercream, Sejukkan di dalam peti sejuk hingga cream mengeras.

Keluarkan kek, letakkan kek atas redai  tuangkan ganache dari atas dan biarkan ganache meleleh dengan sendiri ke seluruh bahagian kek. Hiaskan mengikut kreativiti masing masing2!

Bahan Untuk Coffee Syrup :
100 gram air panas
30 gram gula castor
1 sudu besar kopi segera

Cara Membuat :
Satukan air panas dengan gula castor dan kacaukan sehingga gula larut. Masukkan serbuk kopi segera dan kacaukan sehingga sebati.

Bahan Coffee Buttercream :
300 gram butter
80 gram gula aising - ayakkan
1 1/2 sudu teh coffe emulco

Cara Membuat :
Pulul butter dan gula aising sehingga gebu. Tambahkan cofee emulco, pukul lagi sehingga semuanya sebati.

Bahan Untuk Ganache :
130 gram whipping cream
250 gram coklat compound - potong halus
20 gram butter

Cara Membuat :
Panaskan whiping cream atas api kecil dengan kaedah dauble boil. Tutupkan api dan masukkan potongan coklat bersama butter, gaulkan sehingga semuanya larut.



2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi