Bahan - bahan
3 ekor ikan bawal - di kelar - kelar
4 sudu makan madu
4 ulas bawang putih - di parut
2 tangkai daun ketumbar - di cincang halus
2 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh minyak bijan
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 cm halia - di parut
Semua bahan - bahan di atas di gaul hingga sebati
Cara Membuat
Lumur ikan bawal dengan bahan - bahan rempah yang telah di gaul sebati tadi.
Diamkan selama 25 minit. Bakar sambil di sapu baki rempah sampai masak.
Hidangkan panas bersama nasi putih.