Nuffnang
Tuesday, May 4, 2010
Enoki Goreng Keju Pedas
Salam, cendawan jenis ini kenyal rasanya. Sekarang bayangkan jika di padukan dengan lapisan tepung yang rangup, Mmm soo yumyy dan krak - kriuk macam snack !! Jom mencubanya di dapur sendiri !
Bahan - Bahan :
1 bungkus cendawan enoki
Minyak untuk menggoreng
Bahan Pencelup :
50 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk paprika
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk penaik
100 ml air sejuk
Bahan taburan ( kacau rata ) :
150 gram tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu makan keju parmesan
Cara Membuat :
Potong akar enoki. Pisahkan bahagian - bahagiannya. Kacau rata bahan pencelup. Celup cendawan lalu segera di gulingkan di bahan taburan. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.