Bahan - bahan
1000 ml santan daripada sebiji kelapa
100 ml air daun pandan ( daripada 10 helai daun pandan )
2 titik pewarna hijau
160 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 bungkus serbuk agar - agar
Cara Membuatnya :
Rebus santan, air daun pandan, pewarna hijau, gula, garam dan agar - agar sambil di kacau sekali - sekala sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan. Bekukan. Hidangkan sejuk.
Tip : Basahkan acuan dengan air sejuk sebelum di gunakan supaya puding akan mudah keluar daripada acuannya.