Nuffnang

Wednesday, May 5, 2010

Pavlova



Hari ini saya nak cuba buat pavlova. Pavlova adalah sejenis pencuci mulut meringue yang di namakan nama penari balet Rusia iaitu Anna Pavlova. Ia adalah pencuci mulut dengan kerang garing dan lembut di dalamnya. Rasanya manis dan boleh di sesuaikan dengan taburan buah - buahan yang sedikit masam di atasnya! Sesekali mencuba sedikit kelainan! Jom semak bahan - bahanya!

Pavlova
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
3/4 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
Whipping cream secukupnya
Buah2an segar secukupnya

Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak. Putar putih telur hingga berbuih dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul sehingga pekat dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata perlahan-lahan adunan tadi. Kemudian  bentukkan sesuai selera  di atas kertas minyak tadi.

Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian  biarkan pavlova sejuk didalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengah nya dan susun buah buahan segar mengikut  kreativiti anda. Hidangkan segera.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi