Bahan A :
500 gram coklat susu selbourne
50 gram pes hazelnut
Kismis, kekacang, badam atau hazel
Bahan B :
300 gram coklat putih
1 sudu teh pes strawberi
Cara Membuatnya :
1. Cairkan 500 gram coklat bersusu secara dauble boiler ( di atas air mendidih ) dan kacau sehingga tidak bergentel. Masukkan pes hazelnut ke dalam coklat cair kacau sebati.
2. Sementara itu, cairkan 300 gram coklat putih menggunakan kaedah dauble boiler, kacau jangan sampai bergentel. Tuangkan bahan B ke dalam acuan coklat. Masukkan beberapa biji kekacang atau kismis. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lima minit lalu masukkan bahan A. Biarkan coklat menjadi keras. Hidangkan.