Nuffnang

Saturday, March 27, 2010

Apam Warna - Warni


Bahan - bahan
280 gram tepung gandum
250 gram gula halus
140 ml santan
90 ml air soda, contoh sprite
1 sudu  teh  overlette
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur
1 peket eno

Cara Membuatnya
Pukul telur, gula dan overlette sehingga kembang dan gebu. Masukkan santan berselang seli dengan tepung sedikit  demi  sedikit. Masukkan air soda dan eno. Gaul sebati dan rata. Bahagikan 2 mangkuk. Satu dititiskan warna kuning, satu dititiskan warna coklat. Masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit menggunakan api kuat.

Friday, March 26, 2010

Rendang Ayam


Bahan A
10 ketul ayam
2 mangkuk santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit
3 keping asam keping
Gula, garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Bahan B
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 sudu ketumbar
5 helai daun limau purut
1 mangkuk cili kering

Cara Membuatnya
Kisar semua bahan B. Panaskan minyak untuk menumis bahan B  sehingga harum
dan  masukkan ayam, asam keping, daun kunyit dan santan. Akhir sekali  masukkan
kerisik, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan masak  hingga kuah  pekat  dan
agak kering.

Thursday, March 25, 2010

Paris Van Java



Helooo.. Paris Van Java.


Kampung Pago, yang mendamaikan.


Warna - warni lampu.


Nampak pasu besar di depan tempat shoping complex trus clik...

Piza Bawang Putih


Bahan Kulit Pizza
1/2 sudu makan yis segera
150 ml air suam
1/2 sudu teh gula pasir
250 gram tepung gandum
1 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk bawang putih

Bahan  Sos
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 labu bawang besar, cincang halus
2 biji tomato, rebus, buang kulit dan isinya dicincang halus
20 gram pes tomato
2 sudu makan sos tomato
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula pasir
50 ml air
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil
1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis

Bahan Tumisan
2 ulas bawang putih, cincang halus
100 gram daging cincang
100 gram cendawan segar champignon, hiris
1 sudu teh kicap inggeris
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam kasar

Bahan Topping
1/2 biji lada benggala hijau, potong dadu
75 gram nenas, potong - potong
75 gram daging salami, hiris nipis
150 gram keju mozarella, parut kasar
10 gram keju parmesan

Cara Membuatnya
1. Sos: tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan
 tomato, pes tomato, sos tomato, garam, gula pasir dan air. Masak sehingga pekat.

2. Sebelum diangkat, masukkan oregano dan basil. Kacau rata. Ketepikan.
Tumisan: tumis bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan daging cincang.
kacau  sehingga  berubah warna. Masukkan cendawan. Tumis sehingga layu.

3. Masukkan kicap inggeris, garam, dan lada hitam kasar. Tumis sehingga
menyerap. Ketepikan. Larutkan yis  segera dan setengah bahagian air suam.
Masukkan gula pasir. Kacau rata. Biarkan adunan selama 10 minit.

4. Piza: campurkan tepung gandum dan larutan yis segera. Uli rata. Tuangkan
baki air sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat
di tangan.  Masukkan minyak zaitun  dan garam uli sehingga elastik.  Bulatkan.
Letakkan di dalam mangkuk yang telah di sapu minyak zaitun. Biarkan doh rehat
selam 1 jam.

5. Kempiskan adunan. Masukkan serbuk bawang putih. Uli rata. Bahagikan
kepada 2 bahagian adunan. Bentukkan bulat. Canai nipis hingga berbentuk bulat 
di meja yang di tabur tepung. Letakkan di loyang rata tanpa di sapu marjerin. Pilin
bahagian tepinya. Cucuk - cucukkan dengan garfu.

6. Sapukan sos  di atas pizza. Taburkan tumisan dan toping. Bakar selama 15 minit
dengan  suhu ketuhar 190 C sehingga masak dan keju menjadi cair.
sumber ~ paduan cita rasa dan seni kuliner


Wednesday, March 24, 2010

Muffin Cappuccino


Bahan - Bahan :
320 tepung gandum
200 ml susu segar
120 gram gula halus
100 gram mentega, dicairkan
2 sudu makan serbuk kopi
2 biji telur
3/4 sudu teh serbuk penaik

Cara Membuat :
Satukan tepung, serbuk penaik, dan gula. Gaul hingga sebati dan ketepikan. Pukul  telur, susu dan serbuk kopi  hingga sebati. Setelah itu masukkan pula mentega cair.  Pukul lagi. Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung, digaul rata. Masukkan di dalam bekas muffin dan bakar dengan suhu 180 C   selama 15 minit atau sehingga masak. Hidangkan bersama secawan kopi panas.
sumber ~ majalah rasa

Tuesday, March 23, 2010

Home Made Nugget Jagung


Bahan - bahanya :
200 gram jagung manis, ambil isi
100 gram daging ayam kisar
50 gram serbuk  roti halus
1/2 labu bawang besar, cincang halus
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk pati ayam
2 biji telur ~ di pukul  ringan
1 sudu makan susu tepung

Bahan Pelapis
4 biji  telur, dipukul  ringan
125 gram  serbuk  roti kasar

Cara Membuat
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 20x20 cm, yang telah di sapu dengan minyak dan di alas dengan plastik. Kukus selama 45 minit dengan api sedang sehingga masak. Potong 4x4 cm. Celupkan ke dalam telur. Gulingkan ke dalam tepung roti kasar. Buat pelapisan sekali  lagi. Goreng dalam minyak yang sudah di panaskan sehingga kekuningan.
Tip : potong - potong nugget setelah sejuk, biar tidah hancur.
sumber ~ buku  sedap pemula

Sunday, March 21, 2010

Talam Pandan


Talam yang saya buat ini gunakan acuan kuih lompang! Jadi senang kanak - kanak nak makan, kan! Hehe. Tip untuk membuat kuih ini tunggu sehingga kuih betul - betul sejuk baru kuarkan dari acuan ya!

Lapisan Pandan
200 gram tepung beras
50 gram tepung sagu
100 gram gula pasir
400 ml santan
100 ml air daun pandan
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam

Lapisan Putih
50 gram tepung beras
25 gram tepung sagu
400 ml pati santan
1/2 sudu teh garam

Cara Membuatnya
1. Lapisan pandan: taruh dalam bekas, tepung beras, tepung sagu, gula pasir, kacau hingga sebati.Tuangkan  santan, air daun pandan, garam dan air kapur, sedikit demi sedikit sambil di kacau  hingga menjadi adunan yang halus. Ketepikan.

2. Lapisan putih: campurkan semua bahan kacau hingga menjadi adunan  yang licin. Ketepikan. Siapkan mangkuk kecil, griskan  minyak sayur isikan dengan adunan  hingga 2/3 mangkuk. Kukus 10 minit. Lalu tuangkan  adunan putih sehingga penuh kukus lagi selama 10 minit. 

Saturday, March 20, 2010

Ayam Sambal Siam



Salam dan selamat pagi semua!
Hari ini ada masa lapang dan santai - santai kat rumah. Kalau ada masa lapang macam ini saya lebih suka memasak untuk keluarga. Menu saya hari ini adalah ayam sambal siam, pernah cuba? Rasanya macam ayam masak paprik! Sedap dan menyelerakan apatah lagi kalau di padankan dengan nasi yang baru sahaja masak, bertambah selera kami hari ini!

Ayam Sambal Siam

  • 500 gram ayam - potong sesuai selera
  • 150 ml santan pekat
  • 30 ml minyak masak
  • 20 tangkai cili kering - kisar
  • 5 ulas bawang merah - kisar
  • 2 cm kunyit - kisar
  • 2 cm halia - kisar
  • 4 helai daun limau
  • 4 cm lengkuas - hiris nipis
  • 2 batang serai - di ketuk
  • 3 cmbelacan - di bakar dan kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serai, lengkuas dan belacan. Kacau seketika. Masukkan ayam dan biarlan masak. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Perlahankan api dan biarkan mendidih. Masukkan pula daun limau purut. Angkat dan hidang.


Friday, March 19, 2010

Kek Lobak Merah Halia

Bahan - Bahan
150 gram marjerin
100 gram gula pasir
50 gram lobak merah, diparut
150 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk halia
3 biji telur

Cara Membuatnya
1. Pukul marjerin dan gula pasir sehingga benar-benar lembut. Masukkan lobak merah dan pukul rata. Masukkam telur satu persatu bersilih ganti dengan sebahagian tepung gandum sambil diayak dan dipukul rata.

2. Masukkan baki tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk halia sambil di ayak dan dipukul perlahan. Tuangkan ke dalam acuan empat segi kecil yang telah di sapu dengan marjerin. Bakar selama 15 minit dengan suhu ketuhar 190 C. Anggaran: 7 ketul.  
sumber  ~ sedap

Thursday, March 18, 2010

Raisin Bread



Kudapan sehat di rumah. Selain sedap untuk sarapan pagi, di hidang pada waktu petang di temani dengan secawan kopi panas, cukup membuka selera! Fresh dari dapur saya!

Bahan - Bahan
300 gram tepung roti
50 gram gula pasir
8 gram yis
50 gram butter
50 gram kismis
1 biji telur
100 - 120 ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver

Bahan Gris
Susu cair
Marjerin atau Butter

Cara Membuatnya
1. Campurkan tepung, gula, dan yis menggunakan whisk. Masukkan telur,
uli sambil menambahkan 1/2 bahagian susu. Masukkan butter dan kismis
uli hingga menjadi adunan yang kalis dan elastik. Masukkan baki susu
sedikit demi sedikit.

2. Masukkan garam, uli lagi hingga sebati. Rehatkan adunan di tempat
yang hangat dengan bekas tertutup sehingga mengembang 2x ganda.
Tumbuk - tumbukan adunan untuk mengeluarkan udara didalamnya, siap
kan loyang persegi ataupun bulat griskan dengan marjerin. Timbang
adunan seberat 30 - 35 gram. Bentukkan bulat.

3. Buat sehingga adunan habis. Susun adunan roti di dalam loyang. Beri
jarak. Rehatkan selama 1 jam sehingga roti mengembang kali kedua. Sapu
permukaan roti dengan susu cair. Bakar pada suhu 170 C selama 10 minit
atau sehingga masak. Setelah masak sapu roti dengan butter nipis-nipis.
sumber ~ dapur Shinta



Wednesday, March 17, 2010

Donat Kentang


Bahan - Bahannya :
500 gram tepung roti
50 gram susu tepung
11 gram yis segera
200 gram kentang, kukus, dihaluskan dan sejukkan
100 gram gula pasir
75 gram marjerin
1/2 sudu teh garam
4 kuning telur
100 ml air sejuk

Cara Membuatnya :
1. Dalam mangkuk, campur tepung, gula pasir, susu, yis, kacau sebati. Masukkan kentang
yang sudah di haluskan. Masukkan telur dan air sejuk. Uli hingga menjadi adunan 1/2 kalis.

2. Masukkan mentega dan garam, uli lagi hingga adunan menjadi kalis dan elastik. Rehat
kan 15 minit. Bahagikan adunan masing-masing 50 gram. Bulatkan dan lubangi tengahnya,
menjadi bentuk donat.

3. Rehatkan 20 minit. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan tuskan. Tabur gula aising
atau hias dengan coklat.
sumber ~ NCC

Tuesday, March 16, 2010

Sotong Udang Paprik

Bahan - Bahan
100 gram udang
100 gram sotong
10 biji bawang merah ~ dikisar
5 ulas bawang putih ~ dikisar
4 gram kacang panjang dipotong 3 cm
100 gram kubis ~ dihiris
100 gram lobak merah ~ dihiris
1/2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
4 sudu makan cili kering yang telah dikisar
3 helai daun limau ~ dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasaknya
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga garing.
Kemudian masukkan udang dan sotong. Biarkan seketika sebelum di masukkan
kacang panjang dan lobak merah. Biarkan dua minit.

2. Akhir sekali masukkan bawang besar, daun limau dan garam secukup rasa.
Sedia untuk nikmati bersama nasi putih.

Monday, March 15, 2010

Bergedel Tauhu

Bahan - Bahan
10 ketul tauhu ~ dilenyek hingga halus
150 gram daging kisar                                                                                                        
2 biji telur ayam, di pukul ringan
Daun bawang ~ dihiris halus
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Bahan Rempah
Chicken stock secukupnya
4 ulas bawang putih ~ dicincang halus
Serbuk lada sulah dan garam secukupnya
1 - 1/2 sudu makan kicap masin

Cara Membuatnya
1. Masukkan telur yang sudah dipukul tadi ke dalam adunan tauhu yang
telah di haluskan. Tabur daun bawang, kacau hingga sebati dan ketepikan.

2. Tumis daging kisar tanpa minyak hingga air mengering. Masukkan chicken
stock dan cincangan bawang putih. Masukkan lada sulah, garam secukupnya.
Masukkan kicap masin gaul hingga sebati. Tuang tumisan daging kisar ke dalam
adunan tauhu, masukkan tepung gandum, kacau lagi sehinggga adunan sebati.

3. Panaskan minyak, bentukkan adunan menjadi bulat, goreng hingga kekuningan.
sumber ~ dapoer kami


                                         

Sunday, March 14, 2010

Penkek Ubi


Bahan - Bahan :
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
30 gram gula pasir
1 sudu makan madu
150 gram tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
100 gram ubi kuning kukus, lecek halus
125 ml susu cair
1 sudu makan gula aising untuk taburan

Cara Membuatnya :
Kisar ubi kuning dan susu cair sehingga lembut. Ketepikan. Pukul telur, garam, gula pasir dan madu sehingga gula larut dan pekat selama 2 minit. Masukkan campuran ubi kuning, kacau rata. Ketepikan. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Kacau rata. Masukkan adunan telur Kacau rata. Tuangkan 1 senduk sayur ke kuali anti lekat tanpa di sapu minyak yang sudah di panaskan terlebih dahulu. Biarkan sehingga keperangan. Terbalikkan. Biarkan sehingga masak. . Hidangkan penkek dengan taburan gula aising.
sumber ~ sedap
                                                                                            

Saturday, March 13, 2010

Jemput sayur kubis My Mom


Bahanya - bahanya :
200 gram tepung gandum
100 gram sayur kubis ~ potong halus
100 gram udang segar saiz kecil
200 ml air sejuk
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukupnya

Cara Membuatnya
Masukkan kesemua bahan-bahan dalam mangkuk, gaulkan hingga sebati. Panaskan minyak jemputkan adunan dengan tangan dan goreng hingga garing.Toskan dan hidangkan. Enak di makan panas-panas dan di cicah bersama sos cili atau kuah kacang.

Anyang Paku Pakis

Bahan ~ Bahan
500 gram pucuk paku
6 ulas bawang merah ~ dihiris

Bahan ~ Bahan Tumbuk
3 tangkai cili merah
30 gram udang kering
3 sudu besar kerisik
2 cm belacan
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukupnya

Cara Menyediakan
Siang pucuk paku, cuci, celur dan tuskan. Gaulkan pucuk paku dengan
bawang yang di hiris serta bahan - bahan tumbuk. Perahkan asam limau
nipis dan gaul rata.
sumber ~ rasa

Wednesday, March 10, 2010

Ayam goreng jawa



    
Bahan - bahannya :
12 potong ayam
500 ml santan cair
2 sudu makan kelapa parut
3 helai daun salam

Bahan Dikisar
10 biji buah keras
2 cm lengkuas
6 siung bawang putih
2 batang serai ~ dititik
1 sudu teh gula merah
Garam secukupnya

Cara Membuatnya
1. Rendamkan ayam selama 5 minit dengan air limau dan 1/2 sudu teh cuka. Campurkan
santan, bahan kisar, bahan lain nya, kelapa parut dan ayam.

2. Rebus menggunakan api kecil agar ayam dan rempah sebati. Setelah masak toskan ayam
kemudian goreng sehingga garing dan kekuningan.

Tuesday, March 9, 2010

Daging berempah


Bahan ~ bahan
1 kg daging ~ potong nipis, cuci, dan tuskan
Rebus sehingga empuk dan ketepikan
20 ulas bawang merah ~ kisar
20 tangkai cili hijau ~ kisar
2 inci halia ~ kisar
1/2 cawan daun pudina ~ hiris halus
1/2 cawan daun pasli ~ hiris halus
1/2 cawan daun ketumbar ~ hiris halus
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawan rempah beriani
1 cawan susu cair
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar madu
Garam secukup rasa
Rempah campak secukupnya : kayu manis, cengkih
buah pelaga dan bunga lawang
1/2 cawan minyak sapi
2 batang serai ~ dititik
3 sudu besar bawang goreng
1 cawan gajus
2 cawan air
2 helai daun pandan

Cara Memasaknya
Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis serai, rempah campak dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan rempah serta tomato puri dan kacau rata. Masukkan garam, madu, jus limau dan daging kacau rata. Tambahkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan susu cair, hirisan daun - daun dan kacau rata. Masak sehingga pekat.Taburkan bawang goreng, gajus dan hidangkan.
sumber ~ saji                                            

                                                            

Sunday, March 7, 2010

Kerabu mangga muda


Kerabu ini memang cukup segar di nikmati pada saat makan tengah hari tadi! Rasanya yang masam manis cukup membuka selera ! Ada stok mangga muda di rumah?

Bahan ~ bahan
2 biji mangga muda ~ parut kasar
2 labu bawang besar ~ mayang
2 tangkai cili merah ~ mayang
Daun ketumbar ~ ambil daun sahaja
1/2 cawan kacang tanah ~ tumbuk kasar
1 sudu besar udang kering
Garam dan gula secukupnya
1 sudu besar cuka

Cara Membuatnya
Masukkan semua bahan - bahan ke dalam mangkuk besar, gaulkan sehingga sebati. Hidangkan.

Bakso tauhu goreng


Bahan - bahannya :
20 keping kulit wantan atau kulit popia
20 buah tauhu bentuk segitiga ~ goreng
minyak untuk menggoreng

Bahan isi
200 gram tepung sagu
175 gram daging tenggiri ~ kisar
100 ml air ais
2 sudu teh garam
1/8 sudu teh penyedap rasa
2 butir telur ~ dipukul ringan
1/2 sudu teh gula pasir

Bahan pelengkap
5 biji limau kesturi
5 sudu makan kicap manis

Bahan sambal
9 tangkai cili merah
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar gula merah
4 1/2 sudu teh garam
225 gram kacang tanah goreng
1 1/2 sudu teh cuka
1000 ml air

Cara Membuatnya
Kacau hingga sebati bahan isi dan uli sehingga elastik. Sudukan 1/2 bahagian isi ke kulit wantan, lekatkan bahagian hujungnya di tengah. Goreng sehingga kering dan masak. Korek tauhu, sudukan dengan bahan isi. Kukus 25 minit. Goreng tauhu sehingga masak.

Sambal: kisarkan cili merah, gula merah, garam, sos cili, cili kisar dan kacang tanah. Masukkan air. Didihkan, masukkan cuka. Kacau hingga sebati. Angkat. Hidangkan potongan bakso tauhu goreng dengan sambal dan bahan pelengkap.

                               

Friday, March 5, 2010

Ayam kapitan

Bahan ~ bahan :
1 ekor ayam ~ potong 8
20 ulas bawang merah ~ kisar
5 ulas bawang putih ~ kisar
1 cm halia ~ kisar
3 cm lengkuas ~ kisar
10 biji buah keras ~ kisar
1 cm kunyit hidup ~ kisar
10 tangkai cili merah ~ kisar
5 gm belacan ~ kisar
2 cawan santan pekat
5 helai daun limau purut ~ dihiris
1 biji lemon
Sedikit garam dan gula
Sedikit minyak masak


Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan kisar sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam bersama santan pekat, garam dan gula secukupnya.

2. Setelah itu perahkan lemon dan masukkan hirisan daun limau purut dan kacau
sekali - sekala. Renehkan di atas api sederhana sehingga ayam masak dan naik
minyak.

3. Barulah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih atau pulut kuning.
sumber ~ saji

Thursday, March 4, 2010

Pastri Palma

Bahan ~ bahan
[ 1 ]
130 gm tepung serbaguna ~ diayak
70 gm tepung superfine ~ diayak
100 ml air
10 gm gula aising ~ diayak
32 gm mentega bergaram

[ 2 ]
160 marjerin
1 biji telur gred A ~ dipukul
Gula pasir untuk di tabur

Cara Membuatnya
1. Pukul bahan 1 dengan mesin pengadun bentuk cangkuk hingga
sebati menjadi doh. Simpan doh dalam plastik selama 20 minit.

2. Kaup dan balikkan doh diatas permukaan meja yang ditabur
dengan sedikit tepung. Gelek doh dengan penggelek dan sapu
marjerin pada bahagian atas doh. Lipat doh menutupi marjerin.

3. Gelek doh maenjadi bentuk segi empat panjang. Lipat jadi
tiga lapis. Biarkan doh selama 10 minit.

4. Gelek doh menjadi bentuk segi empat panjang, lipat jadi tiga
dan biarkan selama 10 minit. Ulang proses ini dua kali lagi.
Akhir sekali, gelek pastri menjadi segi empat panjang setebal
0.5 cm.

5. Potong pastri dengan pisau tajam atau pemotong piza menjadi
segi empat panjang bersaiz 10 cm panjang x 7 cm lebar. Lipat
bahagian pastri ke tengah. Pastikan kedua-dua tepi pastri bertemu
di bahagian tengah.

6. Pastri menjadi bentuk rama-rama atau daun palma. Taburkan
gula pasir. Potong secara merentas setebal 1.5 cm.

7. Susun pastri palma dengan sisi ke bawah dalam loyang yang di
lapik kertas pelapik. Sapu telur atas pastri dan tabur sedikit gula
pasir. Bakar dalam ketuhar selama 15 - 18 minit hingga berwarna
kuning keemasan dan diselaputi gula. Simpan dalam bekas kedap udara.
sumber ~ rahasia pastri

Wednesday, March 3, 2010

Bubur nangka


Bahan ~ bahannya
1/2 kg nangka masak
1/2 liter santan kelapa
3 ketul gula melaka
100 gram biji sagu
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara membuatnya
1. Didihkan air dan masukkan gula melaka. Biarkan sehingga gula cair dan barulah
di masukkan biji sagu.

2. Apabila biji sagu nampak jernih, masukkan santan, daun pandan dan garam.
Kemudian masukkan nangka dan masak sehingga isi nangka menjadi lembut. Sedia
untuk di hidang. Kalau saya suka di hidang sejuk, lagi best!

Tuesday, March 2, 2010

Tempe sambal seafood


Tempe sambal seafood
2 bungkus tempe ~ potong dadu
100 gm udang
100 gm sotong
1 labu bawang besar ~ dikisar
10 tangkai cili api ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dimayang
5 tangkai cili merah ~ dikisar
2 tangkai cili hijau, dibuang biji ~ dikisar
5 helai daun bawang ~ dihiris
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya

Cara Menyediakan
Gaulkan tempe dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Angkat dan asingkan. Tumiskan pula bawang putih hingga naik bau  Masukkan udang dan sotong Kemudian

masukkan tempe tadi bersama cili, bawang besar, daun bawang dan cili api yang telah dikisar.

Tumiskan pula bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan sotong.Kemudian masukkan tempe tadi bersama cili, bawang besar, daun bawang dan cili api yang telah dikisar Gaulkan rata.Biarkan di atas api, angkat dan hidangkan panas bersama, nasi.

Monday, March 1, 2010

Tenggiri masak garo rica

Bahan ~ bahannya
500 gram kepingan ikan tenggiri
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh garam
12 biji bawang merah ~ hiris nipis
2 batang serai, ambil putihnya dan ketuk
3 helai daun salam
500 ml air
2 sudu makan kicap manis
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makam minyak untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
5 ulas bawang putih
8 biji cili merah besar, buang bijinya
6 biji buah keras, sangai
2 cm halia
1/2 sudu teh jintan manis

Cara membuatnya
1. Lumur kepingan ikan tenggiri dengan air asam jawa, dan garam. Perap selama
30 minit. Goreng kepingan ikan tenggiri dalam minyak yang telah di panaskan.
Dengan api sederhana sehingga berkulit.

2. Tumis bawang merah, serai, daun salam dan bahan kisar sehingga terbit aroma.
Masukkan ikan tenggiri. Kacau sehingga tersalut rempah.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit, kicap manis, garam dan serbuk lada sulah.
Masak sehingga kuah pekat dan rempah menyerap.
sumber ~ majalah sedap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi