Nuffnang

Showing posts with label ala barat. Show all posts
Showing posts with label ala barat. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

Roti Lapis daging Berkeju


Salam semua. Bersua kembali dengan entri yang di buat beberapa hari yang lalu. Resepi mudah untuk minum petang atau juga untuk sarapan. Hidang dengan sos kegemaran atau di makan panas - panas memang sangat sedap, apalagi kalau ada budak - budak kat rumah masa cuti sekolah kejap saja boleh habiss! Resepi saya follow dari web Kak Ita. Terimakasih yaa.

Roti Lapis daging Berkeju
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping slice Cheese
Keju Cedar parut
garam secukup rasa

Cara Membuat :
Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar. Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu. Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi.Susun dalam loyang pembakar satu lapisan. Kemudian ratakan inti daging di atasnya.


Susunkan pula slice chese atas inti daging tadi. Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti.
Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar. Lapisan terakhir letakkan inti daging kemudian taburkan dengan parutan keju. Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit. Angkat setelah masak tunggu suam sikit dah boleh di potong. Makan panas-panas memang sedap sangat..

Resepi Inti Daging
300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger - di hancurkan
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - di dadu
1/2 peket perencah black paper Maggi / sos lada hitam
1 batang lada merah - hiris halus
daun sup dan daun bawang - di mayang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga harum. Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata. Masukan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering dan daging empuk Masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata.Tutup api dan biarkan sejuk.

Wednesday, October 22, 2014

Sup Cendawan Berkrim


Assalam, dah sarapan ka belum? Hari ni kita ada buat sup cendawan berkrim la pulak! Sesekali hirup sup berkrim cam ni sedapp la jugakan. Semua menggunakan bahan - bahan yang fresh rasanya nya pun lebih berkhasiat dari pada beli yang ready made di dalam tin tu kan! Lebih baik buat sendiri di rumah ya rakan - rakan semua! Resepi senang dan simple..

Sup Cendawan Berkrim
100 gram cendawan butang jenis segar
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley -  untuk hiasan

Cara Membuatnya :
Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil.

Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.

Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka.



Friday, August 1, 2014

Spaghetti Panggang Berkeju



Hari ini tiba - tiba ada orang tu request nak makan spagheti. Saya sangat suka sebab spagheti lah yang paling ringkas sekali nak masak. Bahan - bahan pun memang dah stand by kat rumah. Tak payah pergi kedai. Untuk sedekit kelainan resepi spageti hari ini setelah di masak saya masukan ke dalam mangkuk anti panas yang di sapu sedikit minyak dan di tabur dengan mozarella cheese dan daun pastry segar. Yummy di makan semasa panas!









Spaghetti Panggang Berkeju

  • 1 peket spaghetti
  • 200 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning - di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih - di cincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - di dadu
  • 1 batang carrot - di dadu kecil
  • 2 batang celery - di dadu kecil
  • 1 tin cendawan butang - dihiris Spag
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam, lada sulah dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju mozarella

Cara Membuat :
Rebus 1 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk / saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Sediakan mangkuk anti panas masukan spagheti dan tabur dengan mozareela cheese dan daun pastry. Bakar sekejap di dalam oven sehingga keju mencair selama 15 minit.


Friday, August 30, 2013

Meatloaf


Resepi terbaru saya. Hari ini buat meatloaf pulak! Hidangkan dari daging cincang yang di gaulkan bersama rempah ratus. Biasa buat tak? Sememangnya sedap dan sangat - sangat mudah. Main campak campak jaa, jangan risau pasti jadi punya! Hehe. Hidangkan ini sangat sesuai di gandingan dengan salad ataupun nasi untuk menu makan tengah hari ataupun malam, aci - aci jee. Ramai yang sudah mencuba kawan - kawan macamana? Selamat menjamu mata semuaa!

Meatloaf
500g daging cincang
1/2 cawan breadcrumb
1 biji bawang holland - cincang kasar
2 ulas bawang putih - cincang kasar
1 sudu besar butter
1 biji telur
sedikit garam dan pepper
1 sudu besar worcester sauce
1 sudu besar parsley

Bahan Gliss :
2 sudu besar tomato ketchup
1/2 sudu kecil mustard -  sebatikan kedua bahan ini

Cara Memasak :
Panaskan butter dan tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga naik bau. Di dalam mangkuk masukkan daging kisar, bawang tumis, telur, serbuk roti, worcester sauce dan parsey. gaulkan sehingg sebati. Masukkan garam dan pepper. kacau rata.

Bentukkan seperti silinder (bulat dan memanjang~ loaf). Letak atas nonstick pan dan tutup, biar beberapa minit untuk masak. Bukak tutup pan dan terbalikkan. Tunggu hingga benar - benar masak baru keluarkan. Sapu bahagian atas meatloaf dengan bahan glis. Atau boleh juga letak dalam oven bakar 180C selama 40 minit atau hingga masak. Sapu bahagian atas meatloaf dengan bahan glis.  Masukkan dalam oven  untuk beberapa menit lagi sehingga nampak garing. Sedia dihidang bersama sos kegemaran



Sunday, May 12, 2013

Baked Makaroni Klasik


Pagi tadi memang tak ada Ide nak buat sarapan. Masak nasi lemak dah memang selalu buat, rasanya
dah bosan kan sarapan benda yang hampir sama setiap hari!
Beberapa hari yang lalu saya ada beli makaroni kat kedai runcit dekat rumah . Dah lama juga terperap di dalam peti sejuk, apa kata buat makaroni bakar dan tabur dengan cheese pasti sedap, kan?
Anak - anak memang tak pernah menolak apa sahaja hidangan yang berasaskan cheese, semuaa pasti
sukee. Jangan lupa untuk menghidangkan makaroni ini selagi panas dan dip kan dengan sos cili atau
tambahkan juga dengan mayonis pasti best! Salam manis..

Makaroni Klasik
150 gram makaroni - rebus hingga masak ( masukkan sedikit minyak dan garam ).
1/2 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu makan tepung gandum
100 gram ayam cincang
500 ml susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
50 gram kacang pis
50 gram lobak merah - potong kiub
50 gram keju cheddar - parut
4 biji telur - di pukul ringan
2 sudu makan marjerin - untuk menumis
Keju mozarella secukupnya - untuk topping

Cara Membuat :
Panaskan marjerin di dalam kuali tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan ayam cincang
tumiskan seehingga berubah warna. Masukkan tepung gandum. Kacau rata. masukkan susu cair sedikit
demi sedikit. Masukkan makaroni, serbuk lada sulah, garam dan serbuk pati ayam. Masukkan kacang
pis dan juga lobak merah. Masukkan keju parut. Kacau sehingga rata. Angkat dan biarkan sejuk atau suam. Masukkan telur. Kacau hingga rata.

Tuangkan makaroni ke dalam mangkuk tahan panas yang telah di sapu nipis marjerin. letakkan di dalam
loyang yang berisi sedikit air panas. Bakar pada suhu 180 C sehingga 3/4 masak lalu tabur dengan keju
mozarella. Bakar lagi sehingga keju nampak mencair dan keperangan bolehlah di angkat. Hidangkan semasa panas dengan sos kegemaran.


Tuesday, June 5, 2012

Hotpot Potatoes



Assalammualaikum...
Ternampak resepi di sini. Jadi ingin mencuba, lagipun menu ni kalau di makan semasa panas
memang sedap. Tak percaya? Kena cuba barulah tahu, kan... memang best anak saya cakap!
Anak - anak di rumah kalau ibunya masak style cam gini, memanglah suka, apalagi letak
cheese banyak - banyak lagilah yummy. Kalau nak cuba, apalah salahnyaa, hehe..

Bahan - Bahannya :
300 gram daging lembu - di cincang
2 labu bawang besar - cincang halus
4 ulas bawang putih - cincang halus
1 tin chopped tomato
1/2 peket sayur campur - carrot, peas, jagung
1 sudu besar serbuk kari
Mixed herbs - saya letak pepper sahaja
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar tepung gandum - larutkan dengan sedikit air
Garam dan perasa jika suka

Bahan Toping :
4 - 5 biji ubi kentang - saya rebus dulu dan hiris nipis baru saya gaulkan dengan garam,
pepper dan minyak.
Mozarella chesse
Sedikit daun parsley

Cara Membuat :
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan juga bawang besar sehingga layu dan naik baunya. Masukkan sayur campur. Kacau perlahan. Masukkan serbuk kari, daging dan masak dalam 10 minit.
Masukkan tomato, herbs dan bila hampir kering masukkan tepung gandum, garam dan kacaukan sehingga semuanya sebati. Greaskan baking pan ataupun mangkuk tahan panas.

Masukkan inti yang telah siap tadi. Susun ubi kentang di atasnya. Oven sehingga ubi kentang lembut dan keperangan dengan suhu 180 C, dan taburkan cheese. Tunggu sehingga cheese cair bolehlah di hidang.

Note : untuk mempersingkat prose pembakaran, ubi kentang saya rebus terlebih dahulu, Jadi semasa membakar menu ini saya mengambil masa 1/2 jam sahaja.


Friday, May 11, 2012

Grilled Chicken Chop



Asalammualaikum.
Lama niat nak buat  ayam masak cam gini, kan! Tapi hari ini baru terlebih rajin dan
terpanggil untuk mencubanya. Aduhai. Ada beberapa tip dari tuan punya resepi ni.
Masa memilih ayam, pilihlah ayam muda baru. Dagingnya lembut dan tidak liat.

Semasa membuat perapan seeloknya peraplah semalam di dalam peti sejuk, kerana
selain dapat menyedapkan ayam, rempah perapan dapat melembutkan ayam. Atau
boleh tengok terus di sini, ya!!

Bahan - bahannya :
1 ekor ayam - di belah 4 dan debonekan ayam  ( dapat 4 keping )
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar jus limau
1 sudu besar jus halia
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat :
Satukan semua bahan - bahan sehingga rata. Perapakan ayam di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau pun semalam. Semasa membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di dalam oven. Jangan lupa untuk balik - balikkan ayam sehingga masak.

Bahan Membuat Sos Perang :
1 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air rebusan / air biasa
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato atau sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 kiub perasa ayam
Sedikit garam

Cara Membuat :
Panaskan mentega di dalam periok. Tumiskan bawang besar sehingga layu. Tepung gandum
di larutkan dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periok tumisan tadi.

Masukkan semua bahan - bahan dan juga sos. Kacau atas api sehingga pekat. Bolehlah di
angkat dan hidangkan.

Note : Hidangkan chicken cop dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato
segar. Selamat Mencuba !!



Saturday, October 22, 2011

Skotel roti


Skotel ( Bahasa Belanda ) bermakna mangkuk. Makanan ini muncul ketika kita di jajah Belanda. Skotel di buat dalam pelbagai versi. Kebanyakan veriasinya menggunakan pelbagai bahan. Pada mulanya, skotel hanya mengandungi daging yang telah di olah dan keju, akan tetapi dalam memperluaskannya, orang mulai mempelbagaikan isinya. Penambahan sayuran adalah paling kerap di temui.

Sudah tentu yang boleh di jadikan skotel, bukan sahaja makaroni. Isinya tidak trus menggunakan pasta, tetapi boleh jugak menggunakan kentang, sayuran, daging atau kombinasi kesemua bahan.

Bahan - bahanya :
3 keping roti tawar tanpa kulit, setiap keping dipotong 6 bahagian
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/8 sudu teh srbuk buah pala
100 ml susu cair

Bahan Sos :
1/2 sudu bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
100 gram ayam cincang
3 ketul sosej ayam, potong dadu kecil
100 gram jagung manis
1/2 biji lada benggala merah, potong dadu
100 gram sos tomato
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cili - tak letakpun tak pa
100 ml air
50 gram keju cheddar parut untuk taburan
2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
Pukul ringan telur, garam, serbuk lada sulah dan serbuk buah pala. Masukkan susu cair dan kacau rata. Celup roti tawar ke dalam campuran susu cair. Susun di mangkuk tahan panas yg disapu nipis marjerin.

Sos : tumis bawang besar dan bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan ayam.Tumis sehingga berubah warna. Masukkan sosej dan jagung manis. Kacau rata. Masukkan lada benggala merah dan tomato. Tumis sehingga layu.

Masukkan sos tomato, garam dan serbuk cili. kacau rata. Masukkan air. Masak sehingga pekat. Tuang diatas roti tawar. Taburkan keju. Letakkan pinggan berisi adunan di dalam loyang bersaiz lebih besar berisi air. Bakar selam 50 minit dengan api bawah suhu ketuhar 170 C sehingga masak dan keju cair. Hidangkan panas.


         
                   

Saturday, May 8, 2010

Breaded Chicken Chops


Bahan - bahan
300 gram isi paha ayam - cincang halus
1 sudu teh serbuk bawang putih
30 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji putih telur
Minyak untuk menggoreng

Bahan Sadur  ( kacau rata ) :
2 sudu makan tepung rempah serbaguna
1/2 sudu makan bijan putih
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah


Bahan Sos  :
3 ulas bawang putih - cincang kasar
1/2 labu bawang besar - hiris panjang
1 cm halia parut
1 sudu makan sos inggeris
1 sudu makan madu
3 sudu makan sos tomato
1 sudu teh kicap manis
1 sidu teh garam
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh gula pasir
300 ml air stok ayam
100 gram kacang pea
2 sudu teh tepung jagung dan 1 sudu makan air, larutkan untuk pemekat
1/2 sudu teh air perahan lemon
1 sudu makan marjerin untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Campurkan ayam, serbuk bawang putih,  tepung jagung,  garam,  serbuk  lada sulah dan putih telur. Kacau rata. Bentukkan bulat leper berdiameter 10 cm. Gulingkan di bahan sadur nipis - nipis. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan sehingga masak. Ketepikan.

2. Sos : tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga terbit aroma. Masukkan sos inggeris, madu, sos tomato, kicap manis, garam, lada hitam di tumbuk kasar, serbuk lada hitam dan gula pasir. Kacau rata.

3. Tuangkan air stok ayam. Didihkan. Masukkan kacang pea dan kacau rata. Pekatkan dengan larutan tepung jagung. Masak hingga meletup - letup.  Masukkam air perahan lemon. Kacau rata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi