Tempahan kek minggu ni. Kek coklat lembab, salut dengan buttercream.
Nuffnang
Sunday, September 30, 2012
Monday, September 24, 2012
Bukit Merah
Inilah pintu masuk Bukit Merah, menarik kan??
Memang sesuai untuk percutian dengan ahli keluarga!
Jangan lupa untuk mencuba kereta kabel, boleh melihat pemandangan yg cantik!!
Kawasan yang luas untuk bermain air, bersantai bersama keluarga.
Labels:
my albums
Monday, September 17, 2012
Donat Keledek
Bangun tadi pagi terus ingat pergi ke dapur! Biasalah nak buat sarapan sikit untuk orang rumah kita dan anak - anak. Ternampak ubi keledek warna oren yang saya letak di dalam raga plastik rupa - rupanya dah naik keriput kulitnyaa! Walaaa...
Buka komputer kejap dan carilah ide untuk di buat apa keledek ni. Ah, nak yang senang ajelah kita buat donat, kan sedap! Resepi dari NCC. Memang lembut dan enak, apalagi di makan waktu masih panas memang best!
Bahan - Bahannya :
500 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
11 gram ragi instant
200 gram keledek - di kukus dan haluskan than sejukkan
100 gram gula pasir
75 gram mentega
1/2 sudu teh garam
4 biji kuning telur - saya letak 2 biji sahaja pun ok!
100 ml air sejuk
Cara Membuat :
Di dalam mangkuk, campurkan tepung, gula, susu tepung, ragi aduk rata. Masukkan ubi keledek yang sudah di haluskan, tuangkan telur dan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli lagi sehingg kalis elastik, masukkan air jika perlu! Rehatkan untuk 15 minit. Canai nipis adunan. Terapkan dengan acuna donat, Diamkan sehingga mengembang. Goreng sehingga keperangan. Salutkan dengan gula aising.
Labels:
donat
Sunday, September 16, 2012
Puding Cendol
Minggu ini memang sibuk sikit, hari ini baru ja ada masa lapang mencuba resepi baru. Itu pun kerana ada satu peket cendol yang dah lama terperap di dalam peri ais kita! Resepi asalnya saya tengok di My resepi. Saya ejas sukatan gulanya kerana menurut kita terlalu manis. Jemputlah untuk mencubanya nati, bila ada masa lapang tentunya!
Bahan Lapisan Gula Merah :
600 ml air
150 gram gula merah + campur ngan gula pasir
400 ml santan cair
10 gram serbuk agar - agar
2 helai daun pandan - ikat simpul
Secubit garam
Cara Membuat :
Masak gula merah 1/2 dari pada 600 ml air. Tapis. Masak baki air tadi dengan agar - agar
serbuk sehingga larut dan mendidih. Masukkan santan dan biarkan mendidih seketika dng api
perlahan.Tuang lapisan gula merah ke dalam loyang atau acuan. Bekukan.
Bahan Lapisan Cendol :
500 ml air
180 gram gula pasir
300 ml santan pekat
10 gram serbuk agar - agar
500 gram cendol
Secubit garam
Cara Membuat :
Air, gula pasir dan agar - agar serbuk di masak sehingga mendidih dan larut. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih. Masukkan cendol kacau dan tutup api. Cakarkan dengan menggunakan garfu lapisan gula merah tadi. Tuangkan adunan cendol. Biarkan mengeras sepenuhnya.
Labels:
dessert
Monday, September 3, 2012
Rainbow Tongue Cookies
Sekarang ni tengah trends yang serba rainbow, kan? Cake atau pun biskut yang berwarna - warni menjadi daya penarik foodie blogger! Projek saya bersama anak - anak semasa cuti Hari Merdeka kemarin adalah membuat biskut ini, kebetulan stok putih telur tu ada banyak lagi di dalam peti ais.
Sepatutnya layer tu kena buat enam warna sahaja, aitt kita terlebih rajin dan paip je suka hati. Hehe. Resepi asal saya tengok di sini! Thanks Bunda Ricke.
Bahan - Bahannya :
125 gram butter
125 gram marjerin
150 gram gula halus
1 sudu teh esen vanila
100 ml putih telur
200 gram tepung gandum - ayak
50 gram tepung jagung - ayak
Sebelum di bakar...
Cara Membuat :
Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Ketepikan sekejap. Di dalam mangkuk adunan pukul butter, marjerin dan gula halus sehingga kembang dan naik gebu. Masukkan esen vanila, pukul rata.
Kemudian masukkan juga putih telur pukul sehingga rata sahaja, masukkan tepung yang di ayak tadi. Pukul sehingga semuanya menjadi sebati. Bahagikan adunan menjadi enam bahagian dan warnakan.
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam loyang mengikut urutan warna yang di kehendaki. Bakar biskut pada suhu 160 C selama 15 minit.
Labels:
Biskut
Saturday, September 1, 2012
Kuih Sagu
Kuih sagu ni, kita buat masa bulan puasa hari tu! Anak - anaklah kat rumah gemar buka puasa mesti cari kurma dan kuih dulu. Resepi ni memang manisnya sedang elok jadi kepada yang ingin mencuba jangan kurangkan sukatan gula tu, ya! Betul kata Izah, kuih ni senang dan kemas sahaja bila di potong! Tak percaya? Cuba dulu baru tahu..ok.
Bahan - Bahanya :
2 cawan sagu - basuh dan tus
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sikit air
Kelapa parut dan sedikit garam
Cara Membuat :
Subscribe to:
Posts (Atom)