Nuffnang

Showing posts with label kek lapis. Show all posts
Showing posts with label kek lapis. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

Kek Lapis Asam Manis


Hari ini saya nak kongsikan resepi yang dah lama teringin nak buat. Kek lapis asam manis versi bakar. Kalau kata nak kukus pun bolehlah juga! Terpulang pada selera masing - masing yer. kalau nak buat kek lapis ni perlukan kesabaran yang tinggi mesti memberikan perhatian dan komitmen pada kek itu tanpa meninggalkannya walaupun sesaat, kan? Untuk resepi kali ini saya selongkar rumah Dayang, dapurku sayang. Resepi yang cukup sedap pada saya.Terimakasih!

Kek Lapis Asam Manis ( loyang 6x6 )
5 biji telur A
100 gram tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
50 gram tepung hongkong / superfine / tepung gandum - ayak
225 gram mentega berkualiti
1/2 sudu besar ovallete
1/2 sudu kecil esen vanilla
75 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
Hawflake secukupnya
pewarna kuning, merah dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

Cara Membuat :
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong / superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, merah dan kuning. Bakar / grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 3 @ 4 sudu makan adunan). Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)!


Friday, December 20, 2013

Kek Lapis Cheese


Pagi tadi berkesempatan membuat kek lapis cheese resipi asal dari rumah Roz@HomeKreation dan juga Roz@RNet. Terimakasih! Agak senang membuatnya dan rasanya tak terlalu manis. Saya suka resepi ni sebab menggunakan hanya 5 biji telur. Kebiasaan nya kek lapis menggunakan 10 - 30 biji telur ( memang takut nak cuba ). Hehe. Tetapi  bergantung pada resipi kan! Untuk peminat - peminat cheese kat luar sana bolehlah mencubanya memang sangat sedap.

Kek Lapis Cheese
Bahan A :
200 gram butter
125 gram cream cheese

Bahan B :
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
140 gram gula castor
1 tsb ovallette
125 gram tepung gandum
50 gram air ais
1 tsp baking powder

Cara Membuat :
Pukul butter hingga kembang (putih). Masukkan cheese dan pukul hingga sebati. Di mangkuk yang lain, pukul bahan B hingga kembang bila mixer diangkat, adunan tak jatuh. Ayak tepung bersama baking powder.
Masukkan tepung berselang-seli dengan air ais (air sejuk dari peti ais). Masukkan Bahan A dan campurkan adunan hingga sebati.

Bakar guna loyang 7×7 pada suhu 180 C. Loyang tak perlu di gris, cukup dengan dilapis menggunakan kertas minyak di bahagian bawah. Bakar lapisan pertama dengan api atas bawah180 Cdalam 10 minit. Lapisan seterusnya bakar dengan api atas sahaja dalam 5 minit atau sampai permukaan kek nampak dah masak / garing.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi