Nuffnang

Sunday, March 8, 2015

Seri Kaya Pandan


Nak makan kaya pandan sapu atas roti untuk sarapan, hmm sedapnya! intai - intai pokok daun pandan kat belakang rumah, ooo nampak rimbun dan terlihat sungguh hijau. Hehe. Homemade pandan kaya ni saja - saja buat kerana nak merasa kaya buatan sendiri..


Seri Kaya Pandan ( Cik Mat )
350 ml pati santan
3 biji telur gred A
4 helai daun pandan
180 gram gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul

Cara Membuat :
Daun pandan dicuci, kemudian lap kering. Potong kecil dan masukkan ke dalam alat pengisar atau blender. Tuang pati santan. Kisar hingga daun pandan hancur. Tuang dalam tapis dan perah hingga hampas daun pandan kering, asingkan. Ketepikan sebentar.

Pukul telur dan gula hingga larut dan berkrim, gunakan whisk. Tuang santan (no. 1) dan pukul sebati. Masukkan secubit garam, kacau rata dan tapis sekali lagi ke dalam periuk. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti.

Masak hingga pekat, keluarkan daun pandan dan terus memasak dengan api kecil hingga seri kaya kelihatan kental. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biarkan sekejap. Isi seri kaya pandan dalam botol bersih yang telah direbus dan dikeringkan terlebih dahulu. Biar seri kaya sejuk, baru ditutup dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Selamat mencuba!!


Ayam Sweet Sour


Siang tadi masak yang ringkas - ringkas saja. Masih ada stok ayam segar di dalam fridge nak masak sweet and sour! Menyelerakan sesuai sangat di masak pada hari bekerja cepat dan mudah..

Ayam Sweet Sour ( iresepi.com )
300 gram dada ayam - potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
1 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas -  potong dadu ( pilihan anda )
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan :
Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.

Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.

Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.


Onde - Onde Kacang Hijau


Assalam dan berjumpa lagi di bulan march. Pagi ni kita nak sarapan dengan kuih yg berinti kacang hijau ( onde - onde ). Ada perbagai jenis kuih onde - onde, namun yang paling banyak dijumpai adalah jenis onde - onde bersalut bijan dengan inti cukup bervariasi seperti kacang hijau dan juga  inti kelapa. Bahan utama pembuatan onde - onde adalah tepung pulut. Bahan inilah yang kemudian membuat onde - onde terasa kenyal saat dikunyah, yum - yum! Resepi saya intai di sini!


Onde - Onde Kacang Hijau
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh :
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

Inti kacang hijau
250 gram kacang hijau - di rendam
1/2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir - atau sesuai selera
1/2 cawan kelapa parut muda
2-3 sudu tepung gandum
Air secukupnya

Cara Membuat Inti :
Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat2.

Cara membuat kuih :
Leperkan adunan doh dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat2 tadi.Tabur/salut bijan. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng dengan api yang sederhana hingga keemasan. Angkat dan hidangkan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi