Nuffnang

Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Kari Daging Ala Ibundo


Kari daging ni saya masak atas permintaan anak - anak buat hidangan tengahari. Sudah agak lama juga saya tidak memasak masakan ni. untuk memberi kelainan pada sajian hari ni saya mencuba dan follow resepinya dari blog Ibundo. Terimakasih yaa, cukup sedap dan menyelerekan pada saya.

Kari Daging Ala Ibundo
1 kilo daging dipotong cube
3 ulas bawang merah dihiris nipis.
1 ulas bawang putih dihiris nipis.
3 sudu besar pes cili kering
3 biji ubi kentang dibelah
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 inci kunyit *
2 batang serai *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang merah*
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar kerisik
1 biji kelapa diambil santannya
1 cube stok daging
2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Blender bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan campurkan dengan rempah kari. Gaul rata bersama daging. Perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah briyani dan pes cili. Tumis sehingga masak. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering. 

Masukkan santan cair dan masak sehingga kuahnya pekat. Tambah santan pekat, kentang, kerisik, stok daging. Masukkan air asam apabila kentang sudah empuk. Mak bundo bagi petua. Kalau masak kentang, jangan masukkan asam sebelum kentang empuk. Nanti kentang tu tak empuk-empuk.


Saturday, March 8, 2014

Ikan Masak Asam


Ikan masak asam adalah hidangan yang paling mudah dan cepat di sediakan. Boleh gunakan ikan sardin atau pun ikan kembung ikut kesesuaian apa - apa saja stok barang dapur yang ada di rumah. Kalau tengah malas nak masak menu inilah menjadi pilihan, tak payah lauk lain dah cukup sedap dan menyelerakan!

Ikan Masak Asam
  • 4 ekor ikan kembung / ikan sardin
  • 1 biji bawang besar - di potong bulat
  • 2 ulas bawang putih - potong nipis
  • 1 biji cili merah - potong nipis
  • 1 batang serai - racik halus
  • 1 sudu  besar kicap manis
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kiub ikan bilis / pati ayam
  • Sedikit lada hitam yang di tumbuk

Cara memasak :
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam, serbuk kunyit  angkat dan toskan. Lebihan minyak goreng ikan cedok minyak untuk disimpan dan tinggal untuk ditumis ajerk.Tumiskan bawang besar, bawang putih, serai,  dan cili hingga wangi dan masukkan air asam jawa ( pandai2 agak asam jawa tu supaya tak masam sangat kuah tu ).

Biarkan mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ikan bilis, kacau sebati dan rasakan boleh tambah lagi bahan2 untuk seimbangkan rasa tu. Masukkan ikan goreng tadi dan serbuk lada hitam dan kicap manis kacau, biarkan seketika dan boleh di angkat.


Monday, December 16, 2013

Ikan Siakap Kerabu Mangga


Assalam buat rakan - rakan saya kat luar sana. Memandangkan cuti sekolah yang agak panjang. Masa inilah semua ahli keluarga dapat berkumpul dan makan bersama - sama. Hari ni masak special sikit ikan siakap kerabu mangga! Boleh di jadikan menu pelengkap untuk juadah makan tengah hari. Rasa ikan yang cukup menyegarkan. Rasa masam sedikit pedas dan manis sangat enak di nikmati bersama - sama nasi panas adalah kenikmatan  yang sangat luar biasa. Rasanya meronta - ronta nak tambah satu pinggan lagii. Hehe. Meh kita semak resepi dan bahan - bahan yang perlu di sediakan.

Ikan Siakap Kerabu Mangga
1 ekor ikan siakap 
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji mangga muda
1 biji tomato  - potong dadu
Bawang besar - potong nipis
Cili padi / cili merah - potong nipis
1 sudu teh sos ikan
2 sudu besar jus limau nipis
1 batang serai  - potong nipis
1/2 kuntum bunga kantan -  potong halus
Garam dan gula secuup rasa
sedikit daun ketumbar - di hiris halus

Cara Membuat :
Ikan di bersihkan, lumur dengan serbuk kunyit, garam dan tabur dengan sedikit tepung jagung kemudian di goreng garing. Sementara itu parut pelam muda, ketepikan. Bawang besar dihiris nipis, tomato yang di potong dadu dan juga cili padi. Campurkan parutan pelam dan bahan-bahan hiris yang lain, sos ikan, jus limau nipis, bawang besar dan juga cili padi. Gaul sehingga sebati dan letak garam, sos ikan dan gula secukup rasa. Hidangkan.


Wednesday, October 16, 2013

Ikan Bawal Ala Thai


Salam buat semua pengujung blog. Masak ringkas - ringkas saja hari ini. Badan rasa letih dan tentunya penat dengan tugas harian yang tidak ada habisnya!! Walaupun resepi ikan ni sangatlah mudah tetapi sangat sedap bila di nikmati bersama ahli keluarga untuk sajian makan tengah hari. Bahan - bahannya boleh di sesuaikan dengan stok bahan atau barang dapur yang ada di rumah ya! Selamat memasak!

Ikan Bawal Ala Thai
1 ekor ikan bawal saiz besar
3 ulas bawang putih | ketuk
2 tangkai cili padi | ketuk
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili thai
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
1 hiris air asam limau nipis
Gula dan perasa

Bahan untuk hiasan :
1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
1 inci halia | dimayang halus
Cili merah | dipotong
Hirisan daun ketumbar
Buah nenas atau buah tomato - potong dadu

Cara Membuat :
Ikan diperap dengan sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit. Goreng dengan minyak yang banyak.
Tumisan bawang putih, daun limau dan cili padi, seterusnya masukkan cili kisar dan kesemua jenis sos.
Masukkan sedikit air, jika suka masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan gula dan perasa.Tutup api dan masukkan bahan untuk hiasan. Kemudian curahkan sos tadi ke atas ikan dan perahkan limau nipis ke atasnya. Sedia untuk dinikmati.

Sunday, September 1, 2013

Sotong oriental


Salam tengah hari buat semua, terimakasih kerana masih sudi singgah - singgah kat sini! Hiyy, ada kee? Sebetulnya harini sangat malas nak masak ingat nak tapau je dari kedai tomyam ka, kedai mamak ka, nak rehat banyak - banyak gituu, tetapiiii si adik pulak nak makan lauk sotong kegemaran dia. Opss masuk juga dapur akhirnya. Hehe. Untuk resepi sotong ni saya selongkar dapur Madiha pulak!! Rasa yang sedap dan agak unik. Itulah citernya.  Happy cooking semuaa!

Sotong oriental
500 gram sotong
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih -  hiris halus
1/2 biji green capsicum -  dipotong
1/2 biji red capsicum -  dipotong
5-6 biji cili padi -  diketuk (optional)
Gula dan garam secukup rasa

Bahan sos :
2 camca besar pes tomyam
2 camca teh serbuk kari ikan
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca teh sos ikan (nampla)
Sedikit air

Cara Memasak :
Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.

Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.

Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.


Friday, April 12, 2013

Ikan Pesmol


Salam,
Harini dapat ikan murah lagi! Terharu di buatnya, terharu dengan kebaikan pakcik penjual ikan langganan saya ini. Syukur, selalu saja saya jumpa orang baik. Harini nak masak simple saja or ala - ala kampung pasti best. Oooh, baru teringat rasanya nak masak ikan pesmol lahh.. Resepi asal dari Chef Wan. Bahan - bahan untuk memasak ikan memang saya dah siapkan sehari sebelumnya, memandangkan perut saya ni dah mula bunyi minta di isi, jom ke dapur nak siapkan hidangan saya hari ini!

Ikan Pesmol
1 ekor ikan siakap dibersihkan
Garam secukup rasa
Lada hitam yg baru dikisar
1 batang serai - dititik
2 cm lengkuas - dititik
4 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat - letak 1/2 cawan santan cair saja
Air perahan daripada 1 biji limau nipis
Gula secukup rasa

Bahan dikisar :
5 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm halia

Cara Membuat :
Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

Wednesday, February 13, 2013

Ikan Siakap Kukus



Hari ini masih bercuti lagi, seronok sangat boleh hidang bermacam menu di rumah! Kalau boleh
dan sempat nak cuba banyak lagi resepi yang dah disenaraikan, kalau sempatlah tentunya.
Tadi pagi ada pergi pasar membeli keperluan dapur, eeh ternampak pulak ada ikan siakap yang
nampak masih segar dan trus beli dua ekor. Lagipun hari ini dapat harga murah, seekor hanya
lima ringgit sahaja! Iam happy laaa, dapat barang murah!! hehe..
Hari ini ikan siakap saya nak buat masak stim, menu sihatlah kononnya. Resepini saya ikut dari
buku masakan Chef Florence Tan, ayuuu di cuba!!



Ikan Siakap Kukus

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis *

Cara Memmbuat :
Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. seeloknya di makan segera selepas proses mengukus!

Monday, October 1, 2012

Ikan Siakap Bersos



Wah, lama rasanya tak share resepi. Masa inilah baru ada kelapangan nak berehat dan menaip kat sini! Resepi saya tengok di blog Kak Ita, gambar masakannya memang cukup menarik hati! Dan terus ingin mencuba, tak nak tunggu - tunggu dah. Hehe. Sebetulnya menu ni saya buat di penghujung minggu yang lalu. Menu ringkas bagi saya dan anak - anak di rumah. Orang rumah saya cukup suka hidangan ini! Cukup istimewa dan cukup ringkas tapi membuka selera! Hidang bersama nasi yang baru aje masak, panas gituu lagi lah terangkat! Semak bahannya kat bawah ini..

Bahan - Bahannya :
1 ekor ikan siakap sederhana besar - cuci, tos dan kelar - kelar
1 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
3 cm halis - cincang halus
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap pekat ABC
1 sudu besar   kicap manis
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh cuka makan
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1/3 benggala merah dan kuning - potong dadu
50 gram tomato kecil

Cara Membuatnya :
Lumurkan ikan dengan sdikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam sehingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan yg sesuai. Di dalam kuali panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik bau, masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air.

Masak sehingga mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat sedikit. Masukkan kesemua sayur dan masak sekejap. Seimbangkan rasa  dan tutup api. Tuangkan sos ke atas ikan tadi. Hidangkan.


Wednesday, May 9, 2012

Udang Tepung Masam Manis


             
Kadang - kadang tak tahu menu apa yang patut di masak. Menu kami tengah hari tadi. Lagi
pun rasanya tak pernah masukkan entry ini di dalam blog masakan saya ini. Menu biasa aje
tetapi cukup mudah, cepat dan senang di buat! Jempulah tengok resepinye, yaa!!

Bahan - Bahannya :
Udang bersaiz sedang 250 gram, bersihkan. Ekor udang jangan di buang, ya!
Air perahan limau nipis  2 sudu makan
Bawang putih 3 ulas, haluskan
Tepug gandum 100 gram
Baking powder 1/2 sudu teh
Garam secukup rasa
Telur ayam 1 biji - pukul ringan
Minyak goreng secukupnya

Bahan Sos :
1/2 biji bawang besar - cincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
2 sudu teh gula pasir
2 sudu makan air perahan limau nipis
300 ml air rebusan kulit udang/ stok ayam
1 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan sdikit air
1 sudu makan marjerin

Cara Membuat :
Gaulkan air perahan limau bersama garam dan bawanng putih. Masukkan udang yang
sudah di bersihkan tadi. Gaulkan sehingga rata dan perapkan selama 15 minit.

Di dalam sebuah mangkuk masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaulkan 
dengan menggunakan whisk. Masukkan telur dan air sedikit demi sedikit. Kacau
sehingga rata.

Panaskan minyak di dalam kuali, celupkan udang ke dalam adunann tepung, goreng
sehingga warna keperangan. Ketepikan sekejap.

Sos : panaskan marjerin, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan sos cili,
sos tomato, serbuk lada sulah, garam gula, air perahan limau nipis dan air rebusan
udang /stok ayam. Masukkan potongan bawang besar. Kacau sekejap. Masukkan
larutan tepung jagung masak kuah sehingga sedikit pekat. Sajikan udang bersama sos.



Saturday, July 2, 2011

Ikan Rempah Kuning



Salam di hari Sabtu yang ceria. Kau orang ceria tak ? Share lagi satu jenis masakan kampung ala mak saya tercinta yang jauh di mata but dekat di hati. Sebetulnya resepi ini ada pelbagai , ini cara saya membuatnya. Jom tengok!

Bahan - bahan :
500 gram ikan bawal - cuci dan toskan 
2 cm lengkus - diketuk
1 biji limau nipis
2 batang serai - di ketuk
3 - 4 ketui cabai melaka - di ketuk
1/2 camca teh cuka
Sedikit daun bawang - potong memanjang
1 biji tomato - belah empat
2 - 3 keping daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Rempah dikisar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 cm halia
1/2 camca teh biji lada sulah
2 cm kunyit hidup         

Cara Membuatnya :
Lumur ikan bawal dengan air perahan limau nipis dan garam. Ketepikan sekejap. Kemudian bakar ikan sehingga masak.  Panaskan minyak sayur, tumiskan rempah kisar dan daun limau purut sehingga naik bau. Masukkan serai dan jugak lengkuas. Masukkan sedikit air masak sehingga mendidih dan kuah sedikit pekat.  

Masukkan ikan bawal yang telah di bakar tadi, masukkan potongan daun bawang, cabai melaka, tomato dan cuka. Sesuaikan rasa. Masak sehingga rempah menyerap pada ikan. Hidangkan panas.


                                                                         

Thursday, June 2, 2011

Ikan Bawal Balado



Lauk satu ini memang mudah dan cepat penyediaanya. Untuk rakan - rakan yang bekerja menu ringkas tentu menjadi pilihan. Rasa rangup dari ikan bawal goreng di tambah  dengan rempah pedas dari cabai merah segar, sesuai di padankan dengan nasi yang hangat. Selamat mencuba !!   

Bahan - bahannya :
500 gram ikan bawal
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 sudu makan air limau nipis
2 sudu makan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Bahan di tumbuk kasar :
200 gram cabai merah segar
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 buah asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Lumur ikan dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, garam dan air limau nipis,
sehingga rata. Tabur seluruh badan ikan dengan tepung gandum sehingga rata.
Goreng di dalam minyak yang sudah di panaskan sehingga masak. Ketepikan.

Panaskan 3 sudu makan minyak sayur. Tumis bahan - bahan yang sudah ditumbuk
sehingga naik bau. Angkat. Letakkan ikan di pinggan saji, curahkan rempah tumis
tadi, sajikan  bersama nasi putih hangat.
                

Tuesday, May 24, 2011

Udang rica - rica


   
Selain menu yang berbahan udang, masakan ini boleh juga disesuaikan  dengan bahan yang lainnya, contohnya ayam. Kata rica berasal dari Manado Indonesia yang bermakna '' pedas '' atau '' cabai ''. Resepi untuk membuat udang rica - rica sangat bervariatif, begitu juga cara memasaknya. Persamaan, hanya terletak pada rasanya yang pedas. Jom semak resepi senang ini !

Bahan  - bahannya :
1/2 kg udang bersaiz besar
1 sudu teh air limau nipis
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak untuk menumis
100 ml air

Bahan dikisar :
2 camca besar cili boh / cili kisar
4 biji cili merah besar
4 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/2 sudu teh belacan, bakar dulu yaa!
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya :
Lumurkan udang dengan  air perahan limau nipis dan garam. Perapkan selama 10 menit. Ketepikan. Tumis bahan yang dikisar sehingga terbit aroma. Masukkan udang tadi dan kacau sehingga berubahwarna.

Perisakan dengan garam dan gula, beri sedikit air. Msk sehingga rempah menyerap pada udang. Kemudian bakar udang sambil disapu baki rempah sehingga terbit aroma. Sajikan bersama taburan bawang goreng.                                

                                                                                

Monday, November 29, 2010

Rendang Tongkol


Ada banyak jenis rendang, mulai dari rendang daging, ayam dan udang. Semuanya
mempunyai rasa yang sangat lazat. Lauk yang mudah di siapkan tidak bermakna
kelazatannya diabaikan. Rasanya akan tetap menjadi pilihan bagi mereka yang telah
merasainya.   

Bahan - Bahan :
800 gram ikan tongkol segar - dipotong  beberapa bahagian
1 sudu makan air perahan limau
1 sudu teh garam
2 helai daun kunyit
2 batang serai - diketuk
8 helai daun limau purut
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir
750 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Kisar :
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
12 biji cili merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara Memasak :
Lumur ikan tongkol dengan air perahan limau dam garam. Perapkan selama 15 minit.
Kemudian goreng ikan tongkol. Tumiskan bahan kisar, daun kunyit, serai, daun limau
sehingga naik bau.

Masukkan ikan tongkol goreng, garam dan gula. Kacau rata. Tuangkan santan dan
biarkan kuahnya sehingga agak kering. Memasak rendang perlulah di atas api kecil
supaya rempahnya akan meresap ke dalam isi ikan.

                                                                      
                                           

Wednesday, October 6, 2010

Satay Bebola Berempah Oriental


Salam, kita sudah biasa dengan satay ayam ataupun daging, bukan ?Kesedapannya sememangnya memiliki rasa yang sangat unik. Ingin mencuba menyediakan satay berkonsep oriental dengan memakai bahan bebola sebagai bahan asasnya, istimewa juga rasanya !

Bahan - Bahan :
20 ketul bebola ayam, dipotong dua bahagian
10 batang lidi pencucuk satay

Rempah Perapan :
3 ulas bawang putih - cincang halus
4 ulas bawang merah - cincang halus
3 sudu makan sos tomato
2 biji cili kering - cincang halus
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan daun ketumbar cincang
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir

Cara Membuatnya :
Kacau rata rempah perapan. Masukkan bebola ayam dan kacau rata. Perap selama 25 minit. Cucuk - cucukkan di lidi pencucuk satay. Bakar dalam kuali pan sehingga masak dan terbit aroma.                                                                         

Sunday, August 29, 2010

Ikan Bakar Melaka

Salam..  Biarpun ikan bakar ini menggunakan bahan - bahan yang sedikit dan ringkas, namun ia tetap memberi rasa yang istimewa. Jom masak !




Bahan - Bahan :
1 ekor ikan  senangin
5 biji buah keras - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
4 biji cili kering - kisar
2 biji cili merah - kisar
1 cm kunyit hidup  - kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Pembalut aluminium

Cara Membuat :
Tumis bahan kisar sehingga wangi. Ikan di belah dua dan di letak dalam piring yang
yang di balut kertas aluminium. Tabur daun kunyit, bahan tumis dan hirisan tomato
di atasnya, jika suka ( saya tak letak ). Selamat mencuba.

Sunday, August 15, 2010

Rendang Udang

Bulan Ramadhan yang mulia menjelma lagi. Mari kita menyusun menu puasa supaya penyajian hidangan bersahur dan berbuka akan berjalan dengan lancar. Langkah pertama menyediakan makanan yang tahan lama. Misalnya Rendang, juadah ini bukan sahaja sesuai disediakan ketika  waktu berbuka, tetapi juga untuk bersahur..

                                 
Bahan - Bahan :
1/2  kg udang
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
4 biji buah keras
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
3 cm lengkuas
1 batang serai
Santan secukupnya
1/2 sudu besar kerisik
1/2 sudu besar gula merah
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh pes asam jawa adabi

Cara Menyediakan :
Kisar cili padi, cili kering, buah keras, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daun limau, gula merah dan sedikit pes asam jawa adabi. Kacau sebati. Masukkan udang dan santan.

Tunggu sehingga agak kering kemudian masukkan kerisik dan garam. Biarkan kering dan sambil  itu harus sering di kacau. Selamat mencuba!

Friday, July 2, 2010

Udang Bakar Lada Hitam

Salam sejahtera semuanya, satu lagi resepi yang mudah dan senang disediakan...


Bahan - Bahan :
500 gram udang saiz agak besar
1/2 sudu teh air limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Rempah ( kacau rata ) :
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili merah, buang biji - cincang halus
1 cm halia - diparut
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
2 sudu teh lada hitam, digoreng tanpa minyak - ditumbuk kasar
1 sudu teh garam
2 sudu makan sos cili
50 ml air

Cara Membuat :
Lumur udang dengan air limau nipis dan garam. Diamkan 15 minit. Cuci bersih.
Lumur udang  dengan bahan rempah,  kecuali air.  Perapkan selama 20 minit.
Panaskan minyak. Tumis udang dan jugak  rempah.  Kacau sehingga berubah
warna. Tuang air. Masak  sehingga pekat. Bakar udang sambil di sapu baki
rempah di atas bara api sehingga masak.

                                       
                           

Sunday, May 30, 2010

Udang Goreng Cili Kering




Bahan  - Bahannya :
300 gram udang jerbung sederhana, tinggalkan ekornya dan belah belakang
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk menumis

Bahan Pencelup  ( kacau rata ) :
75 gram tepung gandum
15 gram tepung sagu
1/4 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 biji ( 15 gram ) putih telur
115 ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan minyak masak

Bahan Sos :
1 labu bawang besar - hiris panjang
3 ulas bawang putih - cincang kasar
1 cm halia parut
4 biji kering - potong 1 cm
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos cili
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
500 ml stok ayam - saya letak air biasa
1 sudu makan tepung sagu dan 1 sudu air - larutkan
1 batang daun bawang - hiris serong
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan minyak untuk menumis



Cara Membuatnya :
1. Lumur udang jerbung dengan air perahan lemon, garam dan serbuk lada sulah. Perapkan selama 15 minit. Celupkan ke dalam larutan pencelup. Goreng sehingga masak dan kering. Sos : tumis bawang besar, bawang putih, halia  dan  cili  kering sehingga terbit aroma. Masukkan sos tiram, sos tomato, garam, lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.

2. Tuangkan stok ayam. Masak sehingga mendidih.  Pekatkan  dengan  larutan tepung sagu. Masukkan daun bawang dan minyak bijan. Kacau rata dan angkat. Hidangkan udang bersama sosnya.

Sumber : Paduan Seni Kuliner

Sunday, May 23, 2010

Ikan Bakar Bersambal



Bahan - bahannya :
600 gram ikan kembung - di bersihkan
15 tangkai cili kering - kisar
4 labu bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 batang serai - hiris nipis
2 helai daun limau purut - hiris halus
1/4 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
Daun pisang untuk membungkus

Cara Membuatnya :
1. Campurkan bahan - bahan kisar dengan serai, limau purut, santan pekat,
air asam, garam  dan  serbuk kunyit  kemudian gaulkan pada ikan sehingga
rata sebelum di bungkus seekor demi seekor dengan daun pisang.

2. Susun dalam dulang kemudian bakar dengan kuasa high selama lapan mi-
nit atau atas dapur pun  ok juga. Hidangkan panas - panas.


Tuesday, May 4, 2010

Udang Berempah


Bahan - bahan :
1/2 kg udang saiz besar
50 ml air asam jawa
Minyak untuk menumis
100 ml santan pekat
10 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan di kisar :
20 gm bawang merah
10 gm cili merah
5 gm bawang putih
5 gm halia
5 gm belacan
2 gm kunyit hidup

Bahan di tumbuk :
2 gm ketumbar
2 gm jintan putih
2 gm jintan manis

Cara Membuatnya :
Tumis bahan kisar sehingga garing, kemudian masukkan bahan yang  di tum-
buk dan kacau hingga berbau harum. Masukkan daun kari kemudian masukkan
udang dan gaul rata. Masukkan santan dan kacau lagi. Masukkan garam dan
gula secukup nya, sesuaikan rasa dan sedia untuk di hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi