Nuffnang

Monday, August 25, 2014

Tempahan Kek


Order dari Encik Zam untuk isteri tersayang yang menyambut hari lahir petang tadi. Terimakasih.


Thursday, August 14, 2014

Pulut Serunding


Bertemu kita sekali lagi di hari kamis yang ceria ini. Lama tak makan pulut serunding buatan sendiri. Gara - gara dah teringin sangat, jadilah petag ni kita layan pulut yang di salut serunding kelapa. Buatnya tidak lah susah mana, hanya pulut yang ditanak (tapi saya kukus) kemudian dibentukkan bulat ajee. Jom kita intai resepinyee!!


Pulut Serunding
300 gram beras pulut - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
Santan cair secukupnya
1/4 camca teh garam
1 helai daun pandan - disimpul

Bahan Serunding
1 biji kelapa  - diparut
2 batang serai -  hiris halus*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
4 biji cili merah*
3/4 camca besar ketumbar* - sangai
1/2 camca teh jintan halus* - sangai
1/2 camca teh jintan kasar* - sangai
1 camca besar udang kering  -  rendam 10 minit dan toskan*
2 camca besar gula pasir* (*dikisar halus)
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Tumis bahan - bahan bertanda (*dikisar halus)  hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut.

Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20 minit, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan.


Tuesday, August 12, 2014

Sayur Lodeh Udang Basah






Assalamualaikum semua.. Sayur lodeh ni saya makan bersama nasi impit resepi macam biasa je, pada peminat sayur lodeh tu, bolehlah mencubanya, manalah tahu mungkin ia akan menjadi hidangan yang paling di gemari oleh keluarga nanti. Tak payahlah tunggu hingga hari istimewa untuk mencubanya. Jadikan setiap hari dalam hidup anda adalah istimewa!!

















Sayur Lodeh Udang Basah
  • 100 gram kacang panjang - potong 1 inci
  • 2 biji terung - potong bulat
  • 100 gram kobis bulat - potong sesuai selera
  • 1 peket tempe - potong kecil dan di goreng
  • 2 keping tauhu putih - potong dadu dan di goreng
  • 1 peket pucuk kering dan suhun - rendam hingga kembang
  • 1 - 2 batang serai - di titik
  • 1 biji kelapa - ambil santan
  • 100 gram udang kecil
  • 10 gram kunyit hidup - kisar
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 1 sudu besar udang kering - kisar
  • 2 helai daun salam

Cara Membuat :
Masukkan bawang, serai, daun salam, kunyit hidup, udang kering dan santan ke dalam periuk. Jerang hingga mendidih. Hendaklah di kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan kesema sayur yang sudah di potong, tempe, pucuk, tauhu kering dan suhun. Biarkan hingga mendidih Masukkan udang dan garam secukup rasa. Hidangan sayur lodeh bersama nasi impit!


Sunday, August 10, 2014

Tuna Roll


Assalamualaikum semuaa..
Meroti la pulak. Kali ni resepi dicopykan dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Minta izin yea Cik Mat. Pada saya  roti ini sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Buat dua jenis versi untuk keperluaan anak-anak menikmatinya untuk sarapan pagi dan juga minum petang.


Roti  versi yang kedua dari resepi doh yang sama canai doh roti tadi dalam bentuk empat segi tepat, kemudian potong kepada beberapa bahagian dan lilitkan pada sosej, pasti kan punca doh tadi berada dibawah lilitan pertama, ini utk mengelakkan doh terbuka. Lilit hingga ke hujung dan selit kan bawah lilitan terdahulu. Kemaskan dan susuh dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. 

Tuna Roll
250 gram tepung roti ( high protein flour )
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur ( pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang )
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam ( kalau guna Breadmaker guna air biasa )

Bahan Inti :
1 camca besar mentega - dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering - lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar - dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai) - hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi - perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar - asingkan sedikit untuk hiasan

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit.

UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang.


Adunan yang siapp di bakar..

Saturday, August 2, 2014

Bihun Sup Utara



Salam..
Juadah saya hari ini, buat bihun sup. Menghabiskan stok daging yang ada dalam fridge kerana hari isnin nanti dah nak mula sibuk denga rutin harian balik. Bihun sup utara adalah salah satu menu favorite kami sekeluarga
dan untuk lebih sedap lagi jika menggunakan tulang lembu segar! Jom layan resepi kat bawah ni!




















Bihun Sup Utara
  • 1 bungkus Mihun 
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning telur 
  • Daun sup 
  • Daun Bawang 
  • Bawang goreng 
Cara membuat :
Rendam bihun hingga lembut. Celur bihun dalam air panas dan masukkan pewarna kuning telur. Angkat dan toskan. Sementara tu siapkan sup dan sambal sebagai pelengkap bihun sup.



Bahan Membuat Sup
  • 1 kg tulang dan daging lembu 
  • 5 - 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1-2 inci halia 
  • 1 sudu besar lada putih
  • 1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 kulit kayu manis
  • 4 biji pelaga
  • 1 sudu besar rempah sup ( serbuk) 
  • Sedikit gula batu dan garam
  • sedikit perasa / kiub ayam 
Cara Membuat :
Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk. Masak hingga daging empuk. Sesuaikan rasanya. Tutup api, hidangkan dengan bihun celur tadi dan juga sambal jika suka.


Bahan Membuat Sambal ( Fiza Cooking )
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos tomato dan juga sos cili kacau rata sehingga sebatii dan pecah minyak. masukkan cuka, garam dan gula. Masak sehingga sambal memjadi pekat. HIdanghan bersama bihun sup tadi.

Friday, August 1, 2014

Spaghetti Panggang Berkeju



Hari ini tiba - tiba ada orang tu request nak makan spagheti. Saya sangat suka sebab spagheti lah yang paling ringkas sekali nak masak. Bahan - bahan pun memang dah stand by kat rumah. Tak payah pergi kedai. Untuk sedekit kelainan resepi spageti hari ini setelah di masak saya masukan ke dalam mangkuk anti panas yang di sapu sedikit minyak dan di tabur dengan mozarella cheese dan daun pastry segar. Yummy di makan semasa panas!









Spaghetti Panggang Berkeju

  • 1 peket spaghetti
  • 200 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning - di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih - di cincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - di dadu
  • 1 batang carrot - di dadu kecil
  • 2 batang celery - di dadu kecil
  • 1 tin cendawan butang - dihiris Spag
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam, lada sulah dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju mozarella

Cara Membuat :
Rebus 1 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk / saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Sediakan mangkuk anti panas masukan spagheti dan tabur dengan mozareela cheese dan daun pastry. Bakar sekejap di dalam oven sehingga keju mencair selama 15 minit.


Biskut Jejari Badam


Salam bersua lagi di bulan baru, bulan ogos dan masih di bulan syawal yanng mulia. Nak kogsikan resepi biskut raya yang tertunda kerana kesibukan melayan tempahan di bulan ramadhan. Biskut ni memang sedap dan rangup, mewah dengan cincangan kacang badam! Resepi ni saya ambik dari buku himpunan biskut raya Cef Zubaidah. Ok kita semak resepi kat bawah yaa!


Biskut Jejari Badam
Bahan - Bahan A :
170 ram mentega
125 gram gula aising

Bahan - Bahan B :
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan - Bahan C :
150 gram tepung gandum
100 gram tepung kastard
75 gram tepung jagung
50 gram serbuk badam

Hiasan :
1 biji putih telur
Secukupnya badam cincang

Cara Membuat :
Sebatikan bahan - bahan A dan masukkan bahan - bahan B, gaul rata. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga semuanya sebati. Canaikan dan terapkan dengan acuan biskut. Sapukan dengan putih telur dan taburkan dengan cincangan badam. Bakar di dalam ketuhar yang telah di panaskan pada suhu 160 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi