Nuffnang

Saturday, March 30, 2013

Chicken Chop Goreng


Pagi semuaa,
dah masak belum? Ini menu luch semalam. Sahaja tukar - tukar selera asyik makan nasi jaa
kadang - kadang bosan juga! Hari ni saya nak kongsikan resepi chicken chop yang sangat
mudah di makan bersama sayuran rebus dan sos blackpepper. Sedap juga sesekali buat menu
macam gini apalagi di hidang panas!Menambat hati keluarga di rumah, fresh dan bersih kalau
buar sendiri, kan? Kalau tak puas makan seketul bolehlah makan dua ketul. Hihi.. ini bahannya.


CHICKEN CHOP & SOS LADA HITAM
4 bahagian peha / dada ayam  | buang tulang
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah / lada putih
Garam secukup rasa

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum + 1 sudu besar tepung jagung
100 gram bread crumbs

Cara Membuat :
Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais. Setelah cukup masa
memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum dan juga tepung jagung tadi. Pecahkan telur dalam
mangkuk dan kacau. Ambil ayam dan celupkan dalam telur salut dengan bread crumb. Buat satu
persatu sehingga siap. gorengan keperangan.

SOS LADA HITAM
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar (potong dadu)
Seketul kiub ayam knors
2 cawan air - nak sedap letak air rebusan ayam
Sedikit kicap pekat
2 sudu besar susu cair
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus) *boleh lebihkan amaun ikut selera
1 sudu kecil tepung jagung - cairkan dengan sedikit air

Cara Membuat :
Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau.Masukkan air tadi dan kacau. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.jgn sampai hitam sgt,agak2 kecoklatan dah cukup nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. Masukkan susu cair, kacau sekata.
.
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat. Boleh dihidangkan semasa panas.

Thursday, March 28, 2013

Kuih Lumpur Pandan


Beli acuan ni dah lama sangat, dua tahun lepas. Masa tu saya singgah Pasar Baru Bandung.. saja jalan - jalan tengah cari kain telekung terjumpa pula benda antik dan uniq ni teruslah beli bawa balik sini. Hehe. Untuk kuih yang saya buat harini  saya tengok di Sajian Sedap, dan banyak lagi resepi yang boleh di cuba di sana, yaa!! Okey, citer pasal kuih lumpur yang saya buat untuk sajian minum petang hari ini texturenya sangat lembut macam kuih bingka, berbau aroma daun pandan yang sangat wangi, berbaloi mencuba! Sampai jumpa..

Kuih Lumpur Pandan
75 gram margarin
200 ml air
200 gram tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
150 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 gram kentang kukus, dihaluskan
4 biji telur
350 ml santan dari 1 biji kelapa - saya letak santan cair
50 ml air daun pandan - boleh letak pandan paste
50 gram kismis untuk topping

Cara Membuat :
Panaskan margarin dan air sehingga mendidih. Masukkan tepung gandum, vanila esen,  gula pasir, garam, dan kentang. Kacau hingga kalis. Angkat. Sejukkan. Tambahkan telur satu per satu sambil di pukul rata. Tuang santan dan air daun pandan sedikit2 sambil di pukul rata. Tuang ke dalam acuan kuih lumpur yang sudah di sapu sedikit minyak sayur. dan dipanaskan . Biarkan setengah 1/2 masak. Tambahkan kismis dan tutup, biarkan masak sepenuhnya.

Wednesday, March 27, 2013

Puding Jelly Oren


Bertemu lagi dengan resepi puding. Kes teringin makan yang sejuk - sejuk barulah rasa selesa
dok cuaca panas dan terik ni. Dok boring di tengah hari sambil melayan anak - anak saya
yang tengah bercuti sekolah. Puding adalah makan kegemaran anak bongsu saya, dengar saja
saya nak buat puding terus saja nak tolong di dapur, bahagian basuh perkakaspun  jadilah!
Inilah puding oren yang dah siap ! Sungguh segar dengan rasa buah oren yang sebenar!
( macam iklan jaa.. ) Resepi saya  ikut di sini. Salam manis dan happy cooking!


PUDING JELLY OREN
Lapisan Jernih
4 g serbuk agar - agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing - masing)
sebiji oren diperah airnya ( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk. Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. Ketepikan.

Lapisan Puding
4 g serbuk agar - agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing - masing )
sebiji oren diperah airnya ( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :
Masukkan air, gula dan serbuk agar - agar di dalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. Masak sekejap dan ketepikan.

Cara melapis :
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis. Boleh la disimpan didalam peti sejuk. Jika
ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.


Tuesday, March 26, 2013

Cinnamon Scrolls


Dalam malas - malas nak masak sempat juga saya membuat roti! Rasa  nak makan roti yang
fresh dan baru kuar panas - panas dari oven saya tuu. Walahh..
Stok tepung roti sayapun memang ada lagi dalam simpanan saya. Jadi kita buat roti, yuk! Saya
teruja sangat melihat layer yang di hasilkan dari cinnamon scrolls ni, cantik macam bunga yang
baru mekar, hehe. Kalau ingin tengok stepnya boleh rujuk di sini dan sini!! Sangat berbaloi dengan
hasinya sangat sedap dan bau aroma kayu manis menyebar keseluruh ruang di dapur saya.



Cinnamon Scrolls

375 ml susu cair suam
3 sudu teh ragi instan, pastikan masih aktif
2 sudu makan gula pasir
600 gram tepung protein tinggi
1/2 sudu teh garam
1 butir telur, pukul ringan
1 sudu teh bread improver
70 gram gula perang + 2 sudu teh serbuk kayu manis, kacau rata
80 gram mentega - cairkan
1 buah apel hijau - cincang halus
30 gram kacang gajus - sangai dan cincang kasar
125 ml golden syrup

Cara membuat :
Siapkan mangkuk besar, masukkan tepung roti dan garam, kacau rata. Buat lubang di tengah tepung, tuangkan susu dan pukulan telur, kacaukan hingga bahan tercampur rata. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan selama 40 menit atau hingga mengembang. Siapkan oven, set disuhu 200'C. Siapkan loyang bulat diameter 22. Glisskan dengan marjerin dan lapik  dgn kertas roti.

Tuangkan adunan roti ke permukaan meja bertabur tepung, uli adunan hingga menjadi elastis, lembut  kira-kira 5 menit. Jika adunan terlalu lekit, lumur tangan anda dengan tepung baru pegang adunan, atau tabur sedikit tepung di permukaan meja. Jangan menaburkan tepung di permukaan adunan atau tergoda menambahkan banyak tepung.

Tabur meja dengan tepung, ratakan merata di permukaan meja, letakkan adunan dan nipiskan adunan dengan kayu pengelek selebar 30 x 40 cm.
Oles permukaan adunan dengan 1/3 mentega cair, gunakan kuas untuk memudahkan pekerjaan anda. Tabur 1/3 bagian gula perang + serbuk kayu manis  ke permukaan adunan.

Lipat sisi bahagian pendek adunan ke 2/3 bahagian adunan yg telah ditabur  isi. Lipat 1/3 adunan ke atas lipatan adunan sebelumnya. Nipiskan adunan menjadi berukuran 30 x 40 cm lagi.
Ulang step menabur dan melipat seperti sebelumnya. nipiskan adunan sekali lagi dan tabur dengan sisa mentega dan sisa gula perang, lipat kembali. Jadi kita melakukan step melipat dan mencanai sebanyak 3 kali.

Nipiskan adunan menjadi ukuran 30 x 40 cm, tabur dengan apel, cincangan kacang  dan percik dengan 1/2 bahagian golden syrup.
Gulung adunan memanjang dimulai dari sisi panjang adunan hingga menutup isi. Potong gulungan adunan sebanyak 11 potongan dengan menggunakan pisau tajam atau benang untuk menghasilkan potongan yang lebih rapi.

Susun potongan adunan ke loyang yang telah disiapkan, sisi potongan menghadap ke atas. Tutup dengan plastik wrap atau kain bersih, diamkan selama 15 menit. Percik permukaan adunan dengan sisa golden syrup, bakar di oven yang telah dipanaskan sebelumnya selama 5 menit. Turunkan suhu menjadi 180'C dan bakar selama 35 menit atau hingga permukaannya coklat keemasan dan roti masak. Keluarkan dari oven, biarkan didalam loyang selama 15 menit sebelum dikeluarkan dari loyang.

Banana Roll Puff

Salam,
Setelah kemarin mencuba sendiri menghasilkan kulit puff, hari ini teringin pulak membuat banana
roll puff. Masih menggunakan resepi dan step yang sama. Kebetulan stok pastry marjerin masih
ada di dapur saya, jadi nak perabis juga hari ini daripada rosak nantinya!


Banana Roll Puff

400 g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50 g mentega
220 ml air
300 g majerin pastry (yang ni boleh beli kat kedai jual bahan2 baking)
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan Isi :
6 pcs Pisang Raja
3 sudu besar gula perang
50 gram Mentega

Bahan Gliss :
1 biji kuning telur - pukul ringan
1 sudu teh air kosong - pukul ringan

Cara Membuat :
Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.

Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T".
Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.

Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
Lepas tu lipat seperti dalam gambar 4 dan lipat kan lagi seperti (lipat buku). Kemas2kan dan rehatkan 15 minit.

Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi). Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama
rehatkan 15 minit lagi
Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. Buat hingga siap.
Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm. Siapkan 1 biji pisang yang sudah
digoreng dengan Mentega dan gula perang. Sejukkan.

Lilit pisang dengan adonan puff, sisakan hujung dari pisang sehingga masih terlihat pisangnya.
Siapkan loyang yang sudah di sapu dengan shortening (nipis). Letakkan puff di atasnya. Sapu
dengan bahan gliss. Bakar dengan suhu oven 200 Celcius selama 20 menit. Hingga keperangan.

Saturday, March 23, 2013

Homemade pastry Puff


Hey..
mungkin ada yang mengatakan  memasak nasi lebih mudah daripada membuat pastri. ini ada
juga benarnya. tetapi ini adalah sekadar percubaan saya di rumah, mengisi masa lapang bersama
anak - anak! Bagi mereka yang tinggal di bandar besar jika tak mau membuat sendiri boleh
membeli pastri segera yang sedia di gunakan, kita hanya menyediakan inti dan membentuknya saja.
Ok. Tetapi ini sekadar membuat pilihan kepada mereka yang menggemarinya, seperti saya.
Hari ini saya akan membuat vol - au - vent ala Perancis, ianya seakan - akan mangkuk dan diisi
ala mushroom soup. Resepi asal saya ikut di sini! Jom semak stepnya..



PASTRY PUFF
400 g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50 g mentega
220 ml air
300 g majerin pastry (yang ni boleh beli kat kedai jual bahan2 baking)
Sedikit tepung untuk ditabur

Cara Membuat :
Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.

Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T", macam dalam gambar.
Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.

Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
Lepas tu lipat seperti dalam gambar 4 dan lipat kan lagi seperti gambar 5 (lipat buku). Kemas2kan dan rehatkan 15 minit.

Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi). Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama macam no 5. Rehatkan lagi 15 minit.

Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. Buat hingga siap.
Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm, kemaskan dan jika besar boleh kerat 2. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer untuk kegunaan kemudian....


VOL-AU-VENT
1 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
350 ml susu segar
1 helai bay leaf
1 camca besar, cincangan daun parsley
1 ulas bawang putih, cincang halus
8 kuntum cendawan butang, hiris nipis
2 batang sosej ayam, dadu sederhana besar
Secubit gula
Garam secukup rasa
Lada hitam serbuk secukup rasa
Puff Pastry secukunya

UNTUK ISIAN:- Panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih dan tepung gandum, kacau rata. Tuang susu perlahan2 sambil dikacau, hingga susu habis. Masukkan bay leaf, cendawan dan sosej (kalau guna udang, masukkan udang). Kacau rata dan masak dengan api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat, tambah lada hitam, secubit gula daun parsley dan garam secukup rasa. Angkat dan sejukkan sebelum diisi ke dalam pastry.

Canai pastry puff setebal 0.5 cm, terap dengan cutter bulat berukuran 5 inci. Kemudian, canai lagi, terap gunakan cutter 5 inci juga dan kali ini, gunakan cutter bulat berukuran 4 inci untuk menerap bahagian dalamnya untuk menghasilkan pastry berbentuk cincin.
Sapu kuning telur pada pastry 5 inci tadi, dan berhati2 letak pastry cincin tadi, tekan2 sikit dan biar selama 20 minit. Sapu sedikit kuning telur pada permukaan pastry cincin tadi dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, hingga kuning keemasan.

Jika oven anda ada "kipas", boleh di "on" kan...Sejukkan pastry tadi sepenuhnya atas jaringan. Lekuk kan sedikit bahagian dalam pastry (seperti dalam gambar atas sekali...) dan isi dengan bahan isian secukupnya. Hidangkan segera....

Tuesday, March 19, 2013

Bingka Ubi Kayu


Salam dan selamat petang semuaa,
Pergi pasar malam hari tu ada saya beli bingka ubi kayu, tapi tak puas makan sebab hanya beli sikit saja. kuih bingka adalah kuih kegemara orang rumah saya, tak jemu - jemu makan! Nah, kerana semalam saya dah prepare beli bahan - bahan membuat bingka ni jadi bolehlah buat. Resepi saya ikut di sini.Thanks ya kak An! Memang best dan  my husband pun cakap sedap. Ok jangan lupa cuba resepi ni, ya dan sampai jumpa lagi.

Bingka Ubi Kayu
4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.
2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir - saya letak gula kastor 3/4 cawan saja
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Sunday, March 17, 2013

Homemade Fruit Cocktail


Minuman dari buah - buahan merupakan alternatif yang sangat sihat dan menyegarkan untuk
anak - anak di rumah! Hari ini saya nak kongsikan my family favorite recipes, very easy and fresh.
Homemade fruit cocktail ini memang sangat segar dan sedap dan mempunyai banyak faedah.
Look at the colours very interesting! Jadi lain kali tak payahlah beli buah cocktail dalam tin lagi,
Cuba buat sendiri di rumah lebih sihat dan tiada lagi bahan pengawet!


Homemade Fruit Cocktail
1 1/2 liter air kosong
200 gram gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar air lemon
1/2 sudu kecil biji selasih - rendam dengan air panas dan tapiskan ( kebetulan ada stok di rumah )
kalau tak nak letakpun takpa!
100 gram buah tembikai susu - potong dadu
100 gram buah betik - potong dadu
3 biji buah apel - potong dadu
100 gram buah nenas - potong nipis
1/2 sudu kecil citrid acid - ada jual kat kedai barang kek
Ais ketul secukupnya

Cara Membuat:
Gula, garam, citrid acid dimasukan ke dalam air. Kacau rata. Rebus sehingga mendidih. Angkat
dan tapiskan lalu sejukkan. Di dalam mangkuk, masukkan potongan buah apel dan lemon kacau
kan dengan sudu agar buah apel tidak berubah menjadi lebam.
Masukkan semua potongan buah-buahan ke dalam rebusan sirap gula tadi, kacau rata. Sajikan
dengan menambah ais ketul untuk menambah kesegaran.



Order

Tempahan dari Ma, minggu yang lalu. Terimakasih.

Friday, March 15, 2013

Coklat Kek untuk Syaliza



Harini tak dak resepi,ya. Hanya nak post gambar kek yang di tempah oleh Syaliza. Good night!


Tuesday, March 12, 2013

Puding Sutera Cocktail



Heloo..
Hari ini memang teringin sangat nak makan puding, jadi saya luangkan masa sekejap untuk
membuat puding sutera yang super lembut dan menyegarkan tekak ini! Lagipun cuaca kat Penang
ni memang sangat panas, jadi sangat sesuai untuk menu sampingan pada tengah hari,caranya pun
sangat mudah juga ringkas, jom semak dan kita sejukkan tekak!

Puding Sutera Cocktail
7 gram serbuk agar - agar
1 tin susu pekat manis
5 tin susu air kosong - sukat dengan tin susu tadi
Jus oren sunquick secukupnya
1 tin fruit cocktail

Cara Membuatnya :
Di dalam periuk campurkan susu pekat, air dan serbuk agar - agar. Kacau sehingga rata. Rebus
sehiingga mendidih. Tutupkan api.  Kacau - kacau puding agar  cepat sejuk.
Tuangkan puding ke dalam cup kecil biarkan sehingga setengah beku. Tuangkan 1 sudu teh jus
oren sunquick ( tanpa di tambah air ) .
Biarkan sehingga beku sepenuhnya, masukkan 1 sudu besar buah cocktail dan 1 sudu besar air
cocktail. Sejukkan sebelum di hidang.

Sunday, March 10, 2013

My Friends


This is sweet memory to always remember, my friends Emily and Moriah. Hey girls , what are you
doing right now?
You are a good person!!

I bake some cupcake for Emily and her friends , Thanks for coming my house ! See you again ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi