Nuffnang

Thursday, June 28, 2012

Masalodeh




Tetiba sahaja teringin nak makan masalodeh. Kudapan kegemaran. Hehe. Lagi pun kacang dal memang ada dalam simpanan. Cukup buat satu cawan kacang dal, itu pun dapat banyak! Cause orang rumah kurang gemarkan kudapan satu ini, jadi makan sorang - sorang! Puas makan, kan...

Bahan - Bahannya :
1 cawan kacang dal - rendam semalam
1/2 labu bawang besar - cincang halus
Cili merah - hiris nipis
Daun kari - hiris nipis
1/2 sudu teh jintan manis - tumbuk kasar
1/2 biji telur - pukul ringan
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara Membuat :
Kacang dal yang sudah di rendam di kisar kasar. Siapkan mangkuk. Masukkan kacang dal yang di kisar, bawang besar cincang, daun kari, cili, jintan manis, tepung dan juga sedikit telur. Jangan lupa masukkan sedikit garam. Gaulkan adunan sehingga semuanya sebati. Bentukkan adunan menjadi beberapa bahagian. Goreng dalam minyak panas menggunakan api sedang sehingga keperangan.

Friday, June 15, 2012

Agar - Agar Santan Daun Pandan



Assalammualaikum...
Teringat satu masa dulu ketika masih bekerja. Ada seorang kawan saya yang rajin bahagi resepi. Dari rempah gulai yang di giling sendiri, kuih muih atau pun nak snack gaya mamak semuanya ada, semuanya boleh bahagi!

Ini salah satu resepi dari beliau, selalu juga buat. Simple tapi sedap. Mudah juga untuk membuatnya, inilah kenangan saya first time kali memasak. Hehe. Saya  taipkan di sini untuk adik - adik tersayang yang nak baru belajar membuat kuih muih.

Bahan - Bahannya :
20 gram agar - agar bertali / serbuk
1 1/2 cawan gula pasir - atau ejas mengikut citarasa
1100 ml air kosong
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Beberapa helai daun pandan
200 ml santan

Cara Membuat :
Masak air sehingga mendidih masukkan agar - agar bertali kacau sehingga larut. Masukkan daun pandan, garam, pewarna dan gula pasir kacaukan sehingga semuanya sebati.

Sementara itu kisarkan 200 ml santan dan telur, tuangkan ke dalam periuk tadi. Masak agar - agar sehingga mendidih lalu tutupkan api. Tuangkan agar - agar ke dalam acuan atau pun loyang yang telah di basahkan. Sejukkan.

musim panas, sedap makan agar - agar ni...

Thursday, June 14, 2012

Buah Melaka



Hari ni ajak anak - anak buat kuih muih. Kuih simple aje, semua orang pasti dah tahu kan
resepinya ? Tapi tak pa, kerana hari ni saya rajin saya taip untuk rujukan di masa akan datang!

So, petang ni kami ada laa.. kudapan untuk minum petang . Anak - anak suka kuih ni kerana
rasa lemak manisnyaa. Dua biji trus sekali buh dalam mulut sambil menyembang citer pasal
drama yang di tayangkan kat tv tiga. Hehe. Macam - macam! Ini resepinya..

Bahan - Bahannya :
250 gram tepung beras pulut
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur sirih - kalau tak letak pun ok!
2 sudu makan air perahan daun pandan
125 ml air
Sedikit pewarna hijau
100 gram gula merah - di hiris halus
1/2 biji kelapa di parut dan kukus bersama secubit garam

Cara Membuatnya :
Campurkan tepung pulut, garam dan pewarna, masukkan air kapur dan air perahan daun pandan. Uli sambil menuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunana yg boleh di bentuk.

Ambil 1 - 2 sudu teh adunan, bulatkan dan masukkan dengan hirisan gula merah. Bulatkan. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam air mendidih, masak sehingga kuih terapung, toskan dan masukkan ke dalam kelapa parut yang telah di kukus bersama sedikit garam. Hidangkan.


Senangkan dan selamat mencuba!

Friday, June 8, 2012

Roti Maryam



Roti Maryam adalah roti khas Timur Tengah yang memiliki tekstur berlapis - lapis kerana
mengadungi marjerin yang di sapukan di bahagian tengah roti.
Pada kebiasannya roti ini di sajikan panas dengan lauk berkuah seperti kari atau pun gulai.
Nak tau rasanya macam mana, jom kita cuba membuatnya!

Bahan - Bahannya :
500 gram tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar susu pekat manis / susu tepung
1 sudu teh garam
100 ml minyak masak
240 ml air suam
Marjerin secukupnya


Cara Membuat :
Siapkan mangkuk adunan. Masukkan semua bahan - bahan di atas kecuali air.Kacau hiingga rata. Tuangkan air suam sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi adunan yang kalis.

Bahagikan adunan seberat 70 gram ataupun sesuai selera. Sapukan adunan dengan sedikit minyak dan perapkan untuk 1 jam atau simpan semalam.

Nipiskan adunan dengan cara menebar ataupun di tarik perlahan - lahan. Sapukan dengan sedikit marjerin dan gulungkan dengan kemas. Buat semua adunan sehingga habis.

Sebelum di gulung melingkar, adunan yang telah di gulung tadi di tarik perlahan supaya mendapat lapisan yang semakin nipis.

Gulungkan kedua hujung, sehingga kedua hujungnya bertemu di tengah. Naikkan salah satu gulungan sehingga saling bertumpuk. Biarkan sekejap lalu nipiskan.

Panaskan kuali anti lekat dengan sedikit minyak. Masak adunan sehingga keperangan dengan menggunakan api yang sedang dan sesekali di balik - balikkan.


Thursday, June 7, 2012

Apam Balik Mudah



Lagi - lagi sajian serba sederhana selalu menjadi pilihan. Senang dan cepat, kan? Adunan
ni saya perapkan semalam di dalam peti ais dan keesokan paginya barulah di buat. 
Sesuai untuk sarapan atau pun minum petang. Untuk intinya, boleh juga di pelbagaikan
menurut selera dan citarasa. Saya letak jagung berkrim dan tabur aje dengan gula pasir...
memang sedap bertemankan secawan teh panas!

Bahan - Bahanya :
250 gram tepung gandum
65 gram gula pasir
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
400 ml air
1 sudu teh yis
1 biji telur - pukul ringan
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh soda karbonat
1 sudu besar marjerin - cairkan

Bahan Toping :
1 tin jagung berkrim
Gula pasir secukupnya

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan masukkan tepung, 25 gram gula ( dari 65 gram ), baking powder, dan garam. Kacau rata menggunakan whisk. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus di pukul sehingga 10 minit. Masukkan yis. Kacaukan sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit. Masukkan telur, soda karbonat, dan baki gula tadi. Kacaukan sehingga rata. Tambahkan marjerin. Kacau sebati. Tuangkan di kuali anti lekat yang di sapu nipis dengan minyak. Biarkan berlubang barulah tabur dengan gula pasir. Tutup sehingga masak. Angkat dan letakkan inti sesuai selera.

Resepi asal : Sajian Sedap.com

Tuesday, June 5, 2012

Hotpot Potatoes



Assalammualaikum...
Ternampak resepi di sini. Jadi ingin mencuba, lagipun menu ni kalau di makan semasa panas
memang sedap. Tak percaya? Kena cuba barulah tahu, kan... memang best anak saya cakap!
Anak - anak di rumah kalau ibunya masak style cam gini, memanglah suka, apalagi letak
cheese banyak - banyak lagilah yummy. Kalau nak cuba, apalah salahnyaa, hehe..

Bahan - Bahannya :
300 gram daging lembu - di cincang
2 labu bawang besar - cincang halus
4 ulas bawang putih - cincang halus
1 tin chopped tomato
1/2 peket sayur campur - carrot, peas, jagung
1 sudu besar serbuk kari
Mixed herbs - saya letak pepper sahaja
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar tepung gandum - larutkan dengan sedikit air
Garam dan perasa jika suka

Bahan Toping :
4 - 5 biji ubi kentang - saya rebus dulu dan hiris nipis baru saya gaulkan dengan garam,
pepper dan minyak.
Mozarella chesse
Sedikit daun parsley

Cara Membuat :
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan juga bawang besar sehingga layu dan naik baunya. Masukkan sayur campur. Kacau perlahan. Masukkan serbuk kari, daging dan masak dalam 10 minit.
Masukkan tomato, herbs dan bila hampir kering masukkan tepung gandum, garam dan kacaukan sehingga semuanya sebati. Greaskan baking pan ataupun mangkuk tahan panas.

Masukkan inti yang telah siap tadi. Susun ubi kentang di atasnya. Oven sehingga ubi kentang lembut dan keperangan dengan suhu 180 C, dan taburkan cheese. Tunggu sehingga cheese cair bolehlah di hidang.

Note : untuk mempersingkat prose pembakaran, ubi kentang saya rebus terlebih dahulu, Jadi semasa membakar menu ini saya mengambil masa 1/2 jam sahaja.


Sunday, June 3, 2012

Sup Buah - Buahan



Sekejap aje dah sampai awal bulan lagi. Cuaca pun sekarang ni tak menentu. Jap
hujan dan kadang - kadang tu, panas terik sangat ! Huhu.
Kalau cuaca panas macam ni, menu ringkas dan menyegarkan ini menjadi pilihan
makanan sampingan di petang hari. Jom cuba!

Bahan - Bahanya :
2 biji buah apel - potong dadu, perahkan skit air lemon agar tak berubah warna
2 biji buah pear - potong dadu
100 gram buah anggur - potong dadu
1 tin fruit cocktail 
3 biji buah jambu - potong dadu
1/2 tin susu pekat manis - atau ikut citarasa
500 ml air masak
Ais ketul secukupnya

Cara Membuat :
Masukkan potongan buah - buahan di dalam sebuah mangkuk. Tambahkan fruit
cocktail. Masukkan air masak, susu pekat manis dan air sirap. Kacaukan sehingga
semuanya sebati. Sesuaikan rasa. Simpan di dalam peti ais untuk 30 minit. Hidang
kan bersama ais ketul. Menyegarkan!

Bahan Sirap :
200 gram gula pasir
1 cawan air
1 sudu kecil esen vanila

Cara : 
Masak air dan gula sehingga mendidih masukkan esen vanila. Masak sirap sehingga
sedikit pekat. Ketepikan.


Note : buah - buahan yg di gunakan boleh di pelbagaikan mengikut citarasa anda

Tart Order



Tempahan tart dari Puan Maizura dan Cikgu Rosliza. Thank You.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi