Nuffnang

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Wednesday, December 16, 2015

Tutti Frutti Cookies


Assalam dan Bismillah..
Nak buat cookies tapi tak dak stok telur kat rumah, jadi jee buat yang eggless cookies. Jimat dan cermat di zaman gst lol! Hihi.. Saya yakin bukan sahaja kanak-kanak, tetapi ramai di antara kita yang gemarkannya. Walaupun tiada pemakaian telur rasa cookies ini boleh di katakan sangat istimewa!! Cookies ini berwarna-warni dan cantik menurut pandangan saya dan cukup mudah untuk membuatnya di rumah. Anak-anak saya juga menyukainya. Anda juga berminat untuk mencuba.. ?

Tutti Frutti Cookies
150 gram buah - buahan kering campuran
250 gram tepung serba guna
50 gram tepung kastard
15 gram susu tepung
1 tsp serbuk penaik
150 gram mentega
120 gram gula aising
1/2 tsp paste nanas
2 tbsp susu cair

Cara Membuat :
Ambil mangkuk masukan buah-buahan  kering, tepung serba guna, tepung kastard, susu tepung, serbuk penaik campurkan hingga rata. Ketepikan. Ambil mangkuk lain masukan mentega, gula aising, paste nenas pukul hingga berkrim, tambah susu atau air, gaul hingga sebati. Masukan tepung dan campuran buah-buahan kering, gaulkan hingga menjadi doh dan bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan gulung dengan kemas, letakan doh yang dah siap di bentuk di atas plastik. Rehatkan di dalam peti sejuk untuk 30 menit atau sehingga doh agak keras. Potong nipis menggunakan pisau yg tajam. Bakar pada suhu 160 C sehigga cookies masak.


Monday, December 14, 2015

Chocolate Crinkles Cookies


Assalam dan Bismillah..
Hmm harini tayang buat biskut coklat crinkles, rasanya seakan bronies pun ada. Lama rasanya nak mencuba resepi ni tapi ntah kenapa asyik tertangguh dengan benda lain saja! Adunannya begitu lembut dan perlu di simpan semalam dahulu sebelum di bentuk, kejadiannya sangat cantik merekah - rekah dan rasanya juga sedapp..


Biskut Chocolate Crinkles
Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula caster
1/2 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1/4 tsp garam halus
2 tsp baking powder

Bahan B :
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan cream masam / natural  yogurt

Bahan Salut :
1 cawan gula aising

Cara Membuat :
Di dalam bekas sebatikan bahan A dengan menggunakan whisk. Gaul sekata. Di dalam bekas lain campur bahan B pukul sebati. Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering ke dalam bahan basah, gaul menggunakan spatula hingga sebati dan tiada gumpalan.

Tutup menggunakan plastik dan rehatkan semalam di dalam peti sejuk. Panaskan oven pada suhu 180 Celcius. Lapik baking tray dengan kertas silikon / baking paper. Ambil sedikit doh dan bulatkan, golekkan ke dalam gula aising. Susun di atas baking tray. Bakar selama 10 - 15 menit. Sejukkan.


Thursday, July 30, 2015

Biskut Sarang Semut


Assalam dunia dan semua rakan - rakan di luar sana.. berjumpa lagi nak share kan satu resepi yang sangat mudah dan cepat cara buatnya, rasanya seakan biskut samperit menurut saya.. pertama kali buat biskut sarang semut ni untuk mengisi balang - balang kuih di bulan Syawal..

Biskut Sarang Semut ( Naz )
170 gram butter
120 gram gula
1/2 tsp vanilla
1/2 tsp serbuk penaik
100 gram tepung gandum
70 gram tepung jagung
120 gram tepung kastad
Coklat rice secukupnya sebagai hiasan

Cara Membuat :
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan asen vanilla dan baking powder. Pukul rata. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Gaul dan uli hingga sebati.

Sagat adunan ke dalam mangkuk besar. Buat hingga habis semua adunan disagat.
Sudukan adunan yang telah disagat ke dalam cawan kertas. Taburkan coklat rice di atasnya. Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


Sunday, July 26, 2015

Salam Lebaran dan Biskut Tat Nenas Bunga..

Salam Lebaran to all our Muslim friends we wish you all..  Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..

Assalamualaikum semua. Hari ni nak kogsikan bersama resepi tart bunga yg saya buat untuk persedian menyambut raya tiba. Untuk tahun ni saya tak buat tat gulung, tukar pada bentuk bunga la pulak..
Tat Nenas Bunga
250 gram mentega (nak sedap guna yang berkualiti)
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar susu pekat manis
40 gram gula halus
1 biji kuning telur
10 sudu besar tepung jagung / kastard - ayak
1 sudu kecil esen vanilla (opt)
350 gram tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik)
Inti nanas secukupnya - buat bebola kecil
paper cup kecil secukupnya
Pewarna makanan - jika suka

Cara Membuat  :
Mentega, susu manis, kuning telur, minyak sapi, gula halus, vanilla, pewarna dikacau hingga sebati. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.

Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga. Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum dan tekan2kan sikit di tengahnya.Isi inti nanas dan hias jika suka. Bakar pd suhu 165C-170C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2.

Sunday, May 24, 2015

Biskut Kelapa


Assalam.. walaupun syawal belum menjelma dan masih lambat lagi tetiba saja teringin nak makan biskut kelapa.  Dua hari yang lalu singggah di kedai bahan - bahan membuat kue terus saja saya capai satu peket kelapa bakar.. Resipi biskut kelapa paling mudah untuk disediakan memang sedap sebab banyak gunakan kelapa jom laa cuba.. Apa bahan yang perlu di sediakan, kita intaii..

Biskut Kelapa  ( Putri Manja )
225 gram tepung jagung*
150 gram tepung gandum *
1/2 camca teh baking powder * (*disatukan & diayak)
125 gram gula aising
75 gram kelapa kering
25 gram serbuk badam
1 biji telur gred A ( berat lebih kurang 60 gram sebiji )
1/2 camca teh sesen vanilla
155 gram butter

Untuk Hiasan :
ceri merah | dadu kecil
kelapa kering ( saya guna toasted coconut )
kuning telur untuk sapuan

Cara Membuat :
Satukan kelapa kering yang dikisar dengan serbuk badam dan tepung-tepung tadi. Ketepikan.Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan-akan serbuk roti.

Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat-bulatkan doh dan tutup dengan tuala lembap.
Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susun dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.

Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 12-14 minit @ ikut oven masing-masing. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Friday, August 1, 2014

Biskut Jejari Badam


Salam bersua lagi di bulan baru, bulan ogos dan masih di bulan syawal yanng mulia. Nak kogsikan resepi biskut raya yang tertunda kerana kesibukan melayan tempahan di bulan ramadhan. Biskut ni memang sedap dan rangup, mewah dengan cincangan kacang badam! Resepi ni saya ambik dari buku himpunan biskut raya Cef Zubaidah. Ok kita semak resepi kat bawah yaa!


Biskut Jejari Badam
Bahan - Bahan A :
170 ram mentega
125 gram gula aising

Bahan - Bahan B :
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan - Bahan C :
150 gram tepung gandum
100 gram tepung kastard
75 gram tepung jagung
50 gram serbuk badam

Hiasan :
1 biji putih telur
Secukupnya badam cincang

Cara Membuat :
Sebatikan bahan - bahan A dan masukkan bahan - bahan B, gaul rata. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga semuanya sebati. Canaikan dan terapkan dengan acuan biskut. Sapukan dengan putih telur dan taburkan dengan cincangan badam. Bakar di dalam ketuhar yang telah di panaskan pada suhu 160 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.


Wednesday, March 26, 2014

Biskut Kacang Peas


Assalam buat pembaca blog dan rakan - rakan kat luar sanaa. Saya pun ikut berduka cita atas peristiwa MH 370. Takziah di atas kehilangan krew dan penumpang penerbangan ini. Al - fatihah.
Berbalik pada  apa yang akan saya kongsikan kali ini. Buat kudapan lagi, lamaa saya beli tepung kacang peas ini. Terperap lama di dalam peti ais hari ini baru sempat nak olahkan menjadi cookies, penyedian nya cukup mudah, boleh ajak anak - anak join sekali membuat biskut ini!

Biskut Kacang Peas ( Fiza Nordin )
130 gram tepung green pea
90 gram gula icing
1/4 tsp garam
170 gram tepung naik sendiri
100 gram minyak sayuran - saya letak 120 gram
50 gram biji kuaci - untuk hiasan

Sapuan :
1 biji kuning telur + 1/2 tsp susu segar - pukul ringan

Cara Membuat :
Campurkan semua bahan kering dan gaul serata. Masukan sedikit demi sedikit minyak sayuran hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Kepal - kepalkan adunan menjadi bebola kecil. Jarakkan bebola di atas kertas pelapik kerana apabila dibakar, adunan akan mengembang.  Sapu sedikit bancuhan kuning telur di atas adunan. Hiaskan dengan biji kuaci jika suka.  Bakar 170 C  (ikut kesesuaian oven masing2) selama 15 minit atau sehingga biskut keperangan.


Saturday, February 1, 2014

Kastengel Cookies


Pagi yang cukup cerah dan berjumpa lagi kita dengan resepi cookies kastengel yang cukup istimewa! Di musim perayaan ini saya amat suka mencuba dan memperbaiki resipi cookies yang ada  dalam simpanan untuk di hadiahkan kepada kawan - kawan saya yang berbangsa cina dan saudara - mara sebagai hadiah untuk musim perayaan atau sahaja memenuhi balang - balang kosong yang terbiar lama di sudut dapur! hehe. Cookies yang rangup, lemak dan gurih rasanyee!

Kastengel Cookies
300 gram mentega ( butter + margarin )
350 gram tepung gandum / tepung rose
50 gram tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
100 gram keju edam -  parut
100 gram keju parmesan  - parut

Bahan Gliss :
Kuning telur - pukul ringan

Bahan Tabur :
Keju cheddar  - parut

Cara membuat :
Campur dan ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ketepikan.
Pukul mentega sekejap saja sehingga lembut (  tak payah lama - lama ). Masukkan keju edam dan permesan parut, kacau rata dengan senduk kayu. Masukkan campuran tepung, kacau rata dengan senduk kayu sampai rata dan adunan sudah boleh dibentuk.

Canai nipis adunan ( sekitar 1 cm ) lalu terapkan dengan acuan sesuai selera. Susun di dalam loyang yang di sapu nipis dengan margarin. Sapu dengan bahan gliss dan taburkan dengan keju cheddar parut. Bakar di dalam oven 180 C sehingga berwarna golden brown. Angkat dan sejukkan atas redai. Simpan di dalam balang / bekas kedap udara.


Thursday, December 19, 2013

Samperit Susu


Asalam  dan selamat pagii rakan - rakan saya kat luar sana. Sebetulnya biskut samperit juga boleh di jadikan kudapan yang sedap untuk cemilan dan raikan tetamu yang datang kat rumah, kan ? Inilah projek saya bersama anak - anak mengisi masa di waktu cuti sekolah petang kemarin, membuat nya pun tak payah pakai mixer just godek manja menggunakan spatula je. Ada juga yang mengelar semperit susu dan ada yang juga mengelar Dahila susu yang pasti biskut ini sangat mudah sedap dan tidak memerlukan kos yang mahal bahan asasnya memang ada sahaja stoknya kat dapur yer, ramai jugak yang dah mencuba. Thanks untuk tuan punya resepi asal!

Resepi Biskut Semperit Susu
125 gram susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125 gram butter lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230 gram tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600 gram

Cara Membuat :
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu guna whisk telur je. Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang / gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience 230 gram just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300 gram tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu 170 C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.


Thursday, September 5, 2013

Oatmeal Cookies


Masih ada stok oats di dapur! Plan nak habiskan sebab takut rosak. Pilihan tentu pada cookies lagi kerana step dan caranya sangat mudah. Cookies ni pun tak lah serumit mana, mula - mula hanya perlu pukul marjerin dan minyak sapi dulu dan step berikutnya hanya masuk oats dan tepung! Cukup rangup dan tak jemu makan biskut ni, sesuai sangat di jadikan kudapan untuk melepak depan tv!



Oatmeal Cookies
125 gram oatmeal - kisar halus
100 gram gula halus
1 sudu besar serbuk koko
100 gram mentega / marjerin
75 gram ghee
200 gram tepung biskut

Bahan Hiasan :
Susu tepung secukupnya

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan pukul mentega, minyak sapi dan gula halus hingga sebati. Masukkan serbuk koko dan oatmeal. Pukul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang lembut. Bentukkan mengikut acuan kegemaran. Bakar pada suhu 180 C sehingga cookies keperangan. sejukkan dan salut dengan susu tepung. Simpan di dalam bekas kedap udara  agar  kekal rangup.


Wednesday, August 28, 2013

Butter Cookies


Tak habis dengan projek cookies lagi! Selama ini  saya memang tercari - cari resepi butter cookies yang menjadi  kegemaran. Hari ini saya nak kongsikan resepi butter cookies yang sangat sedap dan cara membuatnya pun sungguh mudah, hanya di adun dengan senduk kayu saja. Tak percaya? Kena cuba ya! Tengok pada  bahan - bahannya pulak hanya menggunakan butter, tepung,  serbuk almond dan hasilnya, taraaa.. Selamat mencuba!


Butter Cookies
105 gram butter
40 gram gula aising
1 biji telur
120 gram tepung gandum - ayak
35 gram serbuk almond - ayak

Cara Membuat :
Pukul dengan menggunakan senduk kayu butter dan gula. Pukul sebati. Masukkan telur dan pukul rata. Masukkan tepung dan serbuk almond yang telah di ayak tadi. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle. Paipkan dengan kemas di dalam loyang yang telah di lapik dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180 C sehingga masak.


Tuesday, June 4, 2013

Pandan Makmur Cookies


Kemas - kemas almari kabinet lama saya terjumpa pulak pengepit kuih makmur ni!! Seronok bukan main, yeelah benda dah jadi barang antik dan sekarang susah nak cari, kan? Citer pasal kuih makmur, lama rasanya tak buat! So..  petang tadi saya dan anak - anak buatlah kuih nostalgia nih, sangat lembut dan sedap pada saya. Jom di cuba!

Pandan Makmur Cookies
Bahan A :
100 gram mentega
100 gram minyak sapi
50 gram gula perang
1 biji kuning telur
1/8 esen pandan
1/8 sudu kecil pewarna pandan

Bahan B ( ayan dan campur sekali )
330 gram tepung gandum
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan Inti :
100 gram kacang tanah cincang - sangai halus dan campurkan dengan 1 sudu besar gula halus
50 gram gula halus

Cara Membuat :
Putar semua bahan A sehingga kembang, satukan bahan - bahan B, masukkan ke dalam adunan mentega dan gaulkan menjadi doh. Rehatkan doh selama 15 menit. Ambil sedikit doh atau 1 sudu kecil dan bulat - bulatkan intikan dengan kacang tanah cincang. Bentukan seperti daun. Letakkan biskut di dalama dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 160 C selama 20 menit. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan. Salutkan biskut nipis - nipis saja dengan gula halus. sedia di hidang.



Saturday, June 1, 2013

Bakul Nenas Cookies


Minggu ini memang niat sangat - sangat nak bersihkan peti ais, tengok pun dah nampak kotor ada kesan kicap dan berbau tak sedap! Walaa.. Ada dua, tiga jenis bahan makanan yang dah cukup tempohnya kena masuk tong jawabnyee. Huh, membazir saja. Ooo ada juga lebihan jem nenas yang saya simpan dalam bekas yang masih nampak elok dan terbiar lama. Sayang, kan.



Kerana tak nak membazir lagi dan lagii. Saya akan olahkan jem nenas ini menjadi kudapan yang sangat istimewa! Prosesnyee perlukan sedikit kesabaran tapi hasinya sangat cantik dan menarik,saya gunakan dua jenis jem, satu jem nenas dan yang nampak hitam sikit tuu, itulah jem blueberry. Lenguh tangan saya nak perabis 200 gram adunan kuih ini, tetapi berbaloi dengan hasilnya. Sedap mata memandang,kan?

Bakul Nenas Cookies
125 gram butter
30 gram gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
200 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram susu tepung
Jem nenas untuk intinya

Bahan Gliss :
1 biji kuning telur untuk di sapu atas biskut

Cara Membuat :
Pukul butter dan gula sekejap aje, masukkan esen vanila dan juga kuning telur pukulkan sehingga sebati.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung pukul hingga sekata. Sediakan acuan tart bersaiz kecil dan sapukan denngan sedikit marjerin. bulat - bulatkan adunan sebesar biji guli. Tekankan kedalam acuan tart tadi dan bentukkan seperti bakul. Intikan dengan jem nenas atau jem blueberry.
sapu tart dengan sedikit kuning telur, bakar pada suhu 170 C sehingga keperangan.


Saturday, April 20, 2013

Water Melon Cookies


Asyik tayang cookies jaa, macam rayalah pulak! Petang tadi anak bongsu saya tunjuklah cookies tembikai ni di dalam sebuah majalah  lama saya, dan terus godek - godek buat. Resepi dari buku cookies Nyonya Liem yang saya beli  dua tahun lepas dan hari inilah baru rajin nak mencuba salah satu resepi di dalam buku masakan beliau! Banyak resepi yang cukup menarik di dalamnya, tak rugi untuk membeli atau menjadikan bahan bacaan koleksi peribadi di rumah memang berbaloi. Inilah cookies tembikai yang saya buat petang tadi, warnanya cukup memikat hatiku ini, Hihi..


Water Melon Cookies
Bahan - Bahan 1 :
200 gram mentega
100 gram margarin
170 gram gula halus
3 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh emplex

Bahan - Bahan 2 :
20 gram susu tepung
20 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1 sudu besar bijan hitam
Pewarna merah secukupnya

Bahan - Bahan 3 :
20 gram susu tepung
20 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum

Bahan - Bahan 4 :
20 gram susu tepung
20 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1 sudu teh pandan paste

Cara Membuat :
Campur dan pukul bahan 1  sehingga kembang dan gebu. Bahagi adunan menjadi 3 bahagian. Campurkan dengan bahan 2, 3, dan 4 kacau hingga sebati. Timbang adunan merah seberat 125 gram bentukkan bulat memanjang. Simpan di dalam peti ais sehingga keras.

Canai nipis adunan berwarna putih, letakkan adunan berwarna merah tadi di bahagian tengah dengan kemas. Simpan 20 menit di dalam peti ais sehingga keras. Canai nipis adunan berwarna hijau letakkan adunan yang telah di bentuk tadi sehingga tertutup seluruh adunan. Simpan dan rehatkan sehingga keras di dalam peti sejuk lagi.

belah adunan menjadi 2 bahagian. Potong dengan ketebakan 1/2 cm letakkan dan susun ke dalam loyang yang telah di sapu nipis marjerin. Bakar pada suhu 150 C sehingga masak. Note : taburkan sedikit tepung semasa membentuk adunan ( kerana adunan terlalu lembek ).


Monday, April 15, 2013

Cornflakes Drop


Ada setengah balang lagi cornflakes kat rumah, rasanya anak - anak dah jemu makan kot. Pada
kebiasanya depa suka makan di campur dengan susu, ala sarapan orang putih gituu. Hehe..
Balance cornflake yang terbiar ini akan saya olah menjadi cookies yang super simple! Cepat di
masak  dan sedap di makan. Rasanya yang rangup sesuai untuk kudapan dan time rehat kat
rumah sambil tengok tv yaa. Thanks Quinnie.

Cornflakes Drop
1 1/2 cawan tepung kek
1/2 cawan gula halus
250 gram marjerin atau butter
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
Cornflakes secukupnya - ramas kasar

Cara Membuat :
Pukul butter dan gula dengan senduk kayu hingga agak kembang. Masukkan telur dan vanila gaul sebati. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga rata. Jangan sesekali tambahkan tepung, yaa!!
( adunan agak lembek ).
Gunakan dua sudu kecil ambil ~ 1/2 sudu kecil dan dropkan ke dalam cornflakes gaulkan dan susun dalam loyang jarakkan sedikit. Bakar pada suhu 160 C sehingga keperangan.

Saturday, December 22, 2012

Sugar Cheese Cookies



Salam Kulinari. Jumpa lagi di hari sabtu dengan resepi yang baru!Hari ini asyik terperap saja di rumah, tak tahu nak buat apa.. Rasanya ada benda nak cuba petang ni. Yapp, buat cookies lagi. Saya tertarik dengan cookies yang jumpa di sini. Saya cek bahan - bahannya kebetulan cukup lengkap! Cuma cheddar cheese saja tinggal setengah kotak lagi, takut tak cukup. Ok kita mulai membaking! Ada beberapa tip yang saya nak bagi pasal cookies ni. Gulung perlahan dan gunakan plastik untuk melapik. Boleh taburkan tepung sedikit demi sedikit kalau adunan telalu lembek. Gulung dan padatkan dengan kemas. Masa membakar barulah kita nampak corak marble yang terhasil dari keju yang sudah mencair. Hm,
Menarik bukan ? Selamat mencuba! Thanks to Viani Cookies.


Sugar Cheese Cookies
150 gram mentega
60 gram gula halus
1 biji kuning telur
200 gram tepung gandum / red rose
50 gram tepung jagung
200 gram keju kraft - di parut
50gr gula pasir - untuk tabur atas cookies

Cara membuat :
Pukul mentega dan gula sehingga naik gebu, tambahkan kuning telur kacau rata. Masukkan tepung         gandum dan tepung jagung, kacau rata dengan spatula. Bahagikan adunan sama banyak. Nipiskan adunan setebal 1/2 cm bentuk persegi panjang lalu taburkan dengan keju parut. Ratakan. Gulung adonan seperti kita membuat swiss roll.  Gulung dan padatkan lagi. Potong setebal 1 cm, gulingkan di atas gula pasir kasar. Susun di dalam loyang yang di sapu marjerin dan di lapik dengan kertas roti. Bakar pada suhu 180 C sehingga keperangan.

Sunday, December 16, 2012

Cornflakes Cookies



Tadi pagi tengah kemas dan bersih - bersih kabinet dapur, saya jumpa satu kotak cornflakes.Teruslah datang ide nak buat cookies. Buat pun nak yang simple dan mudah, tak payahlah guna acuan. Natikan malas pulak nak basuh perkakasnya! Hehe. Apalagi tengah hujan - hujancam ni. Apa salahnya buat cookies kan walaupun bukan musim perayaan. Lumayanlah buat kudapan anak - anak sambil layan tv. Rasanya pun cukup sedap apalagi kalau ada kopi o panas lagilah terangkat dan enak.

Cornflakes Cookies
150 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
125 gram desicated coconut
100 gram cornflakes - kisar kasar
200 gram butter
100 gram gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Coklatchip untuk hiasan

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder. Kacau rata. Masukkan desicated coconut. Kacau rata. Ketepikan. Pukul butter  dan gula sehingga berkrim masukkan telur dan esen vanila. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Kacaukan sehingga tercampur rata. Ambil 3/4 adunan dengan menggunakan sudu kecil masukkan ke dalam cornflakes yang di kisar kasar tadi hiaskan dengan coklat chip, tekan atau leperkan sikit. Susun di dalam loyang yang telah di sapu nipis marjerin. Bakar pada suhu 180 C sehingga keperangan atau sehingga masak.


Saturday, October 6, 2012

The Famous Amer Chocolate Chips Cookies


Salam.
Hari ni buat kudap - kudap depan tv sambil menonton sambil kunyah biskut chip coklat resepi Chef Amer! Senang dan mudah untuk membuatnya, rasanya pun berbaloi sedap dan rangup. Yang bestnya kalau buat biskut chip coklat ni tak payahlah guna acuan, just buat bulat - bulat dan leperkan sikit dah siapp untuk di bakar!!

The Famous Amer Chocolate Chips Cookies
250 gram mentega
70 gram gula halus
80 gram gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1 biji kuning telur
60 gram kacang badan cincang - panggang sebentar
40 gram oat - saya letak nestum
250 gram cip coklat

Bahan - Bahan Ayak :
300 gram tepung
10 gram serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda karbonat
50 gram susu tepung

Cara Membuatnya :
Pukul mentega, gula, gula perang dan vanila sehingga sebati. Masukkan telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga sebati. Masukkan  campuran tepung perlahan - lahan sambil dipukul.

Masukkan campuran kekacang, oat dan cip coklat lalu di masukkan kedalam adunan. Gaulkan hingga sebati. Sudukan atau bulat2kan adunan dan letakkan di atas dulang yang telah di lengser. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C sehigga keperangan.

Adunan sebelum di bakar.


                             

Monday, September 3, 2012

Rainbow Tongue Cookies




Sekarang ni tengah trends yang serba  rainbow, kan? Cake atau pun biskut yang berwarna - warni menjadi daya penarik foodie blogger! Projek saya bersama anak - anak semasa cuti Hari Merdeka kemarin adalah membuat biskut ini, kebetulan stok putih telur tu ada  banyak lagi di dalam peti ais.
Sepatutnya layer tu kena buat enam warna sahaja, aitt kita terlebih rajin dan paip je suka hati. Hehe. Resepi asal saya tengok di sini! Thanks Bunda Ricke.

Bahan - Bahannya :
125 gram butter
125 gram marjerin
150 gram gula halus
1 sudu teh esen vanila
100 ml putih telur
200 gram tepung gandum - ayak
50 gram tepung jagung - ayak

Sebelum di bakar...

Cara Membuat :
Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Ketepikan sekejap. Di dalam mangkuk adunan pukul butter, marjerin dan gula halus sehingga kembang dan naik gebu. Masukkan esen vanila, pukul rata.

Kemudian masukkan juga putih telur pukul sehingga rata sahaja, masukkan tepung yang di ayak tadi. Pukul sehingga semuanya menjadi sebati. Bahagikan adunan menjadi enam bahagian dan warnakan.

Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam loyang mengikut urutan warna yang di kehendaki. Bakar biskut pada suhu 160 C selama 15 minit.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi