Nuffnang

Tuesday, May 28, 2013

Ogura Pandan Cake


Salam dan selamat petang buat semua. Dalam kesibukan mengerjakan beberapa tempahan, sempat juga saya membuat ogura pandan cake ini. Pertama kali mencuba dan terus anak - anak di rumah sukee! Cake ini begitu ringan seakan - akan kapas, sangat lembut kerana kaedah membakarnya dengan cara bain marie. Saya rasa cake ini sangat sesuai juga di jadikan sebagai bahan asas untuk membuat cake harijadi ataupun cake hantaran. Untuk sesiapa yang gemarkan cake yang ringan dan juga lembut resepi ini memang sesuai sangat di cuba di rumah!

Ogura Pandan Cake
Bahan A :
Tepung cake 85 gram
Tepung jagung 15 gram
1/4 sudu teh garam halus
55 gram minyak canola / minyak jagung
Susu cair 70 gram
1 sudu teh pandan paste
5 kuning telur
1 biji telur
20 gram gula halus
 1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B :
5 biji putih telur
70 gram gula halus
1/4 sudu teh cream tartar

Cara Membuat :
Ayak tepung cake, tepung jagung dan juga garam. Ketepikan. Di dalam mangkuk adunan masukkan kuning telur, telur, susu cair, gula halus, pandan paste dan minyak canola. Pukul hingga semuanya sebati. masukkan tepung yang di ayak. Masukkan esen vanila. Pukul hingga rata. Ketepikan.

Di dalam mangkuk yang bersih dan kering masukkan putih telur. Pukul hingga sedikit berbuih. Masukkan cream tartar dan gula halus sedikit demi sedikit. Pukul sehingg putih telur menjadi adunan yang pekat  ( soft peak ).  Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, kaup balikkan sehingga sebati. Buat dua bahagian lagi sehingga adunan putih telur dan adunan tepung tadi tercampur dan sebati.

Siapkan acuan yang telas di sapu dengan sedikit minyak masak dan di lapik dengan kertas roti . Ketuk ketukan acuan untuk membuang udara yang terperangkap di dalam adunan cake.Bakar adunan  dengan cara steamed bath atau bakar kukus pada suhu 170 C sehingga masak.


Monday, May 27, 2013

Sate Ayam atau Daging


Salam dan selamat tengah hari buat semua. Harini nak cuba buat satay. Dah lama juga rasanya tak buat
satay, biasanya saya akan buat bersama - sama anak - anak di rumah ketika musim cuti sekolah bermula. Kerana teruja sangat nak buat bahan - bahan dan persiapan yang lainya di kerjakan oleh anak bongsu saya, saya tengok dan rehat saja. Hehe. Si kakak tukang potong bawang dan adik si tukang popek dan komen.


Sate Daging atau Ayam
400 gram daging / ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik
1/2 sudu teh garam
40 gram gula
lidi sate - direndam dengan air
3 sudu besar minyak masak
1 batang serai - dititik utk merenjis sate

Bahan dikisar :
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar - disangai
1/2 sudu teh jintan manis - disangai
1/2 sudu teh jintan putih - disangai
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
1 batang serai

Cara Membuat Sate :
Perap daging / ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap semalaman)
Cucuk daging / ayam pada lidi sate. Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.

Kuah Kacang Sate

300 gram kacang tanah - disangai
100 gram gula pasir
150 gram gula merah
40 gram asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan minyak masak

Bahan - Bahan Kisar :
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - disangai
1 sudu kecil jintan putih - disangai
1 susu kecil jintan manis - disangai
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai lada kering - direbus
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - dihiris
20 gram udang kering

Cara Membuat :
Satukan gula merah dan asam jawa - diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan air asam jawa. Bancuh kacang tanah kisar Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali
dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan gula, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit dan gaul rata
Masukkan bancuhan gula merah, air asam jawa dan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumis.
Masak atas api yang sederhana hingga keluar minyaknya


Saturday, May 18, 2013

Pai Ayam


Kalau anak - anak di rumah banyak Ide dan cadangan nak masak, buat ini dan itu macam - macam sampai pening di buatnya! Aduii. Ini adalah pai yang di buat tadi pagi intinyee saya letak sayur - sayuran dan juga ayam. Sangat berkrim dan sedap. Sesuai sangat di jadikan menu untuk sarapan yang inginkan kelainan. Meh kita semak step dan cara membuatnya. Berhati - hati yaa.. hehe.


Pai Ayam
Bahan Untuk Kulit Pai
200 gram marjerin
30 gram gula halus
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar air ais
2 kuning telur
400 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Bahan Inti :
2 sudu besar butter
1/2 labu bawang besar - cincang halus
4 sudu besar tepung gandum
400 ml susu cair
200 gram ayam rebus - potong kiub
100 gram lobak merah - potong kiub
100 gram buncis - potong kiub
50 gram kacang peas
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Sedikit daun bawang - potong halus
100 ml krim pekat - untuk masakan

Bahan Gliss :
1 biji kuning telur - pukul ringan

Cara Membuat :
Inti : panaskan butter. Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung. Kacau hingga berketul tuang susu cair. Tambahkan ayam, lobak merah, buncis, kacang peas, garam, serbuk lada, gula pasir dan serbuk pati ayam. Kacau sehingga adunan meletup - letup. Masukkan krim dan daun bawang. Kacau rata. Ketepikan.

Kulit Pai : kacau marjerin, gula, garam, air ais dan kuning telur. Kacau rata. Masukkan tepung gandum dan baking powder sambil di ayak. Kacau sehingga berketul. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 m.
Ambil 3/4 adunan. Nipiskan. Masukkan di dalam acuan pai bersaiz 20 cm. Tusuk adunan mengunakan garfu. Oven dengan api bawah dengan suhu 170 C selama 20 menit sehingga 1/2 masak. Sejukkan.

Canai nipis balance adunan. Potong panjang dengan lebar 1 1/2 cm dan di bentuk dengan acuan biskut bentuk bunga. Sudukan bahan inti ke dalam mangkuk pai. Hiaskan dengan potongna kulit pai membentuk jaring. Hias tepi pai dengan adunan berbentuk bunga. Sapu dengan bahan gliss atau kuning telur tadi. Oven lagi dengan api bawah dengan suhu 170 C sehingga masak.

Ayam Masak Minang


Ini adalah salah satu masakan kegemaran di rumah, tidak terlalu pedas atau pun kalau yang gemarkan
menu yang pedas boleh ejaskan sukatan cili kisarnya! Anak - anak memang dah lama minta di buatkan
ayam masak minang ni. Biasanya saya akan masak kalau anak - anak nak makan. Apalagi kalau time cuti macam ni, depa akan selalu lapar memanjang! okey semua, hari cuti memang hari untuk memasak
dan memanjakan semua ahli keluarga di rumah!Yaa, tak? Happy Cooking.

Ayam Masak Minang
1 ekor ayam - potong 12 bahagian
Sedikit minyak masak
3 labu bawang besar - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 cm halis - kisar
2 batang serai - di ketuk
5 cm lengkuas - di ketuk
10 biji buah keras - di kisar lumat
250 ml air
20 tangkai cili kering - kisar
5 cm kunyit hidup - kisar
200 ml santan ataupun susu cair
garam gula secukup rasa

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan semua jenis bawang, lengkuas, serai sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga 10 menit, di ikuti buah keras dan kunyit hidup. Kacau sebati.
Setelah bahan tadi masak masukkan ayam dan biarkan seketika. Kemudian masukkan santan / susu cair
garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat dan bolehlah di hidang.


Order


Beberapa tempahan sempena hari ibu dan hari guru.


Tempahan cupcake kartun.


Tempahan kek coklat lembut.

Sunday, May 12, 2013

Baked Makaroni Klasik


Pagi tadi memang tak ada Ide nak buat sarapan. Masak nasi lemak dah memang selalu buat, rasanya
dah bosan kan sarapan benda yang hampir sama setiap hari!
Beberapa hari yang lalu saya ada beli makaroni kat kedai runcit dekat rumah . Dah lama juga terperap di dalam peti sejuk, apa kata buat makaroni bakar dan tabur dengan cheese pasti sedap, kan?
Anak - anak memang tak pernah menolak apa sahaja hidangan yang berasaskan cheese, semuaa pasti
sukee. Jangan lupa untuk menghidangkan makaroni ini selagi panas dan dip kan dengan sos cili atau
tambahkan juga dengan mayonis pasti best! Salam manis..

Makaroni Klasik
150 gram makaroni - rebus hingga masak ( masukkan sedikit minyak dan garam ).
1/2 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu makan tepung gandum
100 gram ayam cincang
500 ml susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
50 gram kacang pis
50 gram lobak merah - potong kiub
50 gram keju cheddar - parut
4 biji telur - di pukul ringan
2 sudu makan marjerin - untuk menumis
Keju mozarella secukupnya - untuk topping

Cara Membuat :
Panaskan marjerin di dalam kuali tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan ayam cincang
tumiskan seehingga berubah warna. Masukkan tepung gandum. Kacau rata. masukkan susu cair sedikit
demi sedikit. Masukkan makaroni, serbuk lada sulah, garam dan serbuk pati ayam. Masukkan kacang
pis dan juga lobak merah. Masukkan keju parut. Kacau sehingga rata. Angkat dan biarkan sejuk atau suam. Masukkan telur. Kacau hingga rata.

Tuangkan makaroni ke dalam mangkuk tahan panas yang telah di sapu nipis marjerin. letakkan di dalam
loyang yang berisi sedikit air panas. Bakar pada suhu 180 C sehingga 3/4 masak lalu tabur dengan keju
mozarella. Bakar lagi sehingga keju nampak mencair dan keperangan bolehlah di angkat. Hidangkan semasa panas dengan sos kegemaran.


Tuesday, May 7, 2013

Bolu Oren Putih Telur


Tetiba saja cuaca menjadi gelap macam nak hujanlah pulak! Anak sulong saya belum balik dari sekolah lagi, dia cakap ada kawad kat sekolah hari ini. Risau juga dah pukul lima belum sampai rumah.. sambil
menunggu anak - anak balik dari sekolah saya buat kuih saja buat hilangkan rasa bosan ! Kebetulan kat
dalam peti ais ada simpan putih telur bekas buat kuih tat hari itu. Memang banyak dekat satu kilo saya
timbang, sayangkan kalau rosak atau terbiar macam tu saja. Eh, nasib baik ada ide bagus hari ini, saya
olah buat kuih bolu berperisa oren jeee. Tengoklah kejadiannya, menjadi lembut dan sangat gebu!

Bolu Oren Putih Telur
300 gram putih telur
1/4 sudu teh cream tartar
150 gram gula halus
130 gram tepung gandum - ayak
15 gram susu tepung - ayak
15 gram tepung jagung - ayak
1/2 sudu teh serbuk penaik - ayak
40 gram air kosong
60 gram butter - cairkan
1 sudu besar oren sunquick
1/2 sudu teh pewarna oren

Cara Membuat :
Pukul putih telur dan cream tartar sehingga berbuih. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit. Pukul hingga putih telur menjadi soft peak. masukkan air dan pukul sebati sahaja.
Tambahkan bahan - bahan yang telah di ayak. pukul sebati. Kemudian masukkan butter cair, oren sunquick dan pewarna. Pukul dengan kelajuan rendah hingga tercanpur rata. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak tuang adunan tadi. Kukus selama 20 minit atau sehingga bolu nampak masak.


Ubi Getuk Goreng


Tengok ada ubi kayu kat pasar malam truss je beli sebab teringin sangat - sangat nak makan ubi getuk
goreng yang macam jual dekat warung tepi jalan! Rasanya tak payah cakaplah memang kuih favorite !
Untuk memudahkan kerja melumatkankan ubi. Saya menggunakan lesung dan di tumbuk semasa masih panas lagi dan bentukkan seperti bebola, salut ngan bancuhan tepung dan goreng hingga naik perang.
Meh kita cuba..

GETUK UBI
1 kg ubi kayu putih / kuning | kupas kulit, rebus dan lenyek
1 cawan kelapa parut - ( putih sahaja )
1 1/4 cawan gula

Bahan salutan
70 gram tepung gandum
10 gram tepung kastard
10 gram tepung ubi
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh minyak masak
1/2 biji telur
150 gram air kosung

Cara Membuat :
Kupas kulit ubi, rebus hingga empuk dan toskan. Lenyekkan ubi hingga lumat ketika masih ubi masih panas lagi.Gaulkan ubi yang telah dilenyek tadi dengan gula dan kelapa parut hingga sebati.Kepal bulatkan ubi. Buat sehingga habis.Celupkan bebola ubi getuk tadi ke dalam bancuhan tepung.Goreng hingga salutan masak.




Saturday, May 4, 2013

Rempeyek Kacang dan ikan Bilis


Hello Again!
Pernah makan rempeyek? Kami biasa sebut rempeyek tetapi ada sesetengah orang sebut tempeyek. Setahu saya, mengikut pengalaman, setakat ini ada beberapa jenis rempeyek yang di hasilkan menggunakan bahan asas yang sama, termasuk rempeyek kacang tanah, rempeyek ikan bilis campur kacangpun ada!Semuanya terpulang pada selera masing - masing.

Berikutan keenakannya, kuih itu turut digemari kaum lain termasuk Cina dan India. Kini rempeyek boleh dianggap sebagai kuih 1 Malaysia. Berdasarkan sejarah, rempeyek ini popular dalam kalangan  masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu.

Rempeyek Kacang dan ikan Bilis
100 gram tepung beras
100 gram tepung jagung
200 ml air / santan cair - mungkin perlu di tambah untuk adjust kecairan adunan
2 ulas bwg putih - ditumbuk lumat
1 biji telur 
Garam dan gula secukup rasa
Kacang tanah secukupnya
Ikan bilis -  jika suka


Bahan dikisar kering:
1 sudu besar udang kering
1/2 sudu bear ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar jintan manis

Cara Membuat :
Ayak tepung beras dan tepung jagung. Satukan kesemua bahan lain ke dalam tepung kecuali kacang tanah dan ikan bilis. Kacau hingga sebati.  Panaskan minyak secukupnya dengan api yang sedang.
Ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalan acuan rempeyek, pusing hingga adunan nampak kemas
dan nipis Segera taburkan kacang dan ikan bilis. Masukkan ke dalam minyak yang sudah panas. Biar
sehingga kepingan rempeyek lekang dan meluncur sendiri ke dalam minyak gorengan. Goreng hingga
kacang masak dan kepingan rempeyek garing.




REMPEYEK NIPIS
Adonan kena cair. Selalunya pembuat rempeyek merasa tak percaya , rempeyek dibuat dari adonan yang sangat cair. Sehingga mereka menambahkan tepung beras dan tepung ubi lagi.  Rempeyek boleh jadi nipis karena dibuat dari adonan yang cair dan ringan


Lepat Pisang


Assalammualaikum buat semua, bersua kembali di hari sabtu yang ceria. Harini saya ada stok pisang yang lumayan banyak, pemberian jiran saya. kesian saya tengok pisang yang dah lembik dan kulitpun dah nampak tak bermaya lagi. Kesian terbiar terlalu lama di dapur!
Rasa - rasa saya akan olah menjadi kuih kegemeran saya iaitu lepat pisang. Kuih ni kalau dimakan panas
baru lepas masak memang nikmat sangat bagi saya! Ok, meh kita layan resepi mudah hari ni yaa..

Lepat Pisang
9 biji pisang awak, dilecek
2 sudu besar kelapa parut
6 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
Secubit garam

Daun pisang secukupnya, dilayur atas api.
*Sedikit kelapa parut digaul dgn secubit garam untuk inti.

Cara Membuat :
Di dalam satu bekas gaulkan semua bahan kecuali daun pisang & inti. Sudukan satu sudu besar adunan ke   ke atas daun pisang. Letakkan sedikit inti kelapa dan tutup semula dengan satu sudu adunan. Bungkus kemas. Kukus selama 15 minit ke 20 minit.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi