Nuffnang

Sunday, February 23, 2014

Cornflakes Cluster



Masa cuti adalah masa yang sangat sesuai untuk membuat kudapan di rumah. Kudapan yang saya buat ini adalah campuran cornflakes dan juga kacang badam. Sangat sedap,  makan 2 - 3 ketul memang tak cukup! Tak percaya? Cuba dulu barulah tahu kan. Stok cornflakes dan kacang badam memang saya ada simpan dah cukup lama dalam almari dapur bahan - bahan yang tak habis masa membuat biskut raya hari tu, tapi stil elok dan masih boleh di gunakan lagi. Thanks pada  Chef Asma kerana berkongsi resepi yang sangat best!

Cornflakes Cluster
  • 150 gm cornflakes ( kellogs @ nestle )
  • 50 gm almond strip - bakar dahulu
  • 20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella
  • 200 gm milk coklat
  • 200 gm dark coklat
  • Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup
Cara Membuat :
Cairkan coklat dengan cara " double boiler " . Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati. Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug, supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.  Dah siap dapat dalam anggaran 70 pcs. Kalau nak cantik hiaskan dengan white coklat yang di cairkan dulu & masukkan dalam pipping bag dan paip dengan kemas. Sejukan sekejap sebelum di simpan di dalam balang.


Saturday, February 22, 2014

Brownies Almond Coklat


Heloo semua harap sihat selalu yaa, berjumpa lagi dengan entry bronies yang sungguh sedapp. Almond brownies panggang yang cukup simple. Walaupun kek ini kek yang bantat tetapi ada peminatnya yang tersendiri kan! Konon nya brownies di buat pertama kali di Amerika, asal nya ada seorang chef yang membuat dengan campuran bahan - bahan yang tak di sengajakan dan ternyata bantat. Tidak di sangka ternyata cake bantat ini menjadi kek kegemaran sampai sekarang, hampir di seluruh dunia! Resepi ni memang yummy, Anda peminat brownies? Jom semak resepi di bawah ini! Resepi dari Sajian Sedap.

Brownies Almond Coklat
  • 100 gram margarine
  • 200 gram dark cooking coklat -  potong kecik
  • 2 biji telur
  • 100 gram gula pasir
  • 40 gram tepung protein sedang / tepung gandum - ayak
  • 25 gram serbuk koko - ayak
  • 1/4 tsp baking powder - ayak
  • 50 gram kacang almond bakar - cincang kasar 
  • 15 gram almond slice -  untuk tabur / hiasan

Cara membuat :
Cairkan margarine di atas api sedang. Tutupkan api.Tambahkan potongan dark cooking coklat. Kacau sehingga adunan cair. Ketepikan dan biarkan pekat. Pukul telur dan gula pasir 2 menit hingga rata dan pekat. ( jangan terlebih pukul, nanti macam adunan kek pulak). Masukkan campuran margarine sedikit - sedikit sambil di pukul rata sahaja. ( Saya kacau rata menggunakan spatula atau whisk).

Tambahkan campuran tepung gandum, serbuk koko dan baking powder  dan di pukul perlahan . Masukkan kacang almond. Kacau rata. Tuang di Loyang 30x10x4 cm  yang di sapu margarine dan di lapik kertas roti. Taburkan almond slice. Oven dengan api bawah suhu 180  celcius selama 30 menit sehingga permukaan bronies nampak mengkilat dan sedikit retak.


Tuesday, February 18, 2014

Martabak Manis vs Apam Balik


Syukur pada Allah yang Esa masih di beri kesihatan pada pagi ini. Nak kongsikan resepi martabak manis yang saya intai dari Dapur Vivie. Sesuai untuk minum petang atau sajikan pada waktu sarapan pagi memang boleh membuka selera! Martabak manis ni kalau di sini sama juga dengan apam balik, lain tempat lainlah pulak nama kan! Kuih ni cukup lembut, dan berpori  halus macam kejadian kuih bingka ambonlah pulak. Apapun, kuih ni memang sangat best boleh di jadikan menu favorite agaknya!


Martabak Manis
500 gram tepung gandum
1sdt baking powder
150 gram  gula pasir
2 biji kuning telur
1/4 sdt esn vanila
1/2 sdt garam
750 ml  air kosong

Bahan tabur:
1 sudu besar jagung berkrim
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar kacang tanah kisar

Bahan tambahan :
1/4 sdt baking powder
1/4 sdt soda kue

Cara membuat :
Ayak tepung  dan baking powder, masukkan gula pasir tambahkan kuning telur, vanila dan garam.
Tuang air kedalam adonan, mixer dengan kelajuan rendah sampai lembut. Diamkan 1 jam. Adunan siap di gunakan. Sebelum adonan di tuang ke acuan tambahkan 1/4 sdt baking powder dan 1/4sdt soda kuih, kacau rata. ( saya timbang 300 gram + 1/4 baking dan soda kuih, kacau rata dan trus letak dalam pan anti lekat ).

Kemudian tuang adonan dicetakan yang sudah dipanaskan dengan api kecil selama 15 menit. Acuan tidak perlu di sapu margarine. Biarkan Adonan berlubang kecil / berpori. Tabur gula dan tutup hingga masak. Angkat, sapu martabak dengan margarine. Tabur dengan toping kegemaran. Sapu bahagian kulit martabak dengan sedikit margarin.  Potong - potong dan hidang panas! Yum..

Penambahan baking powder dan soda kue pada bahan tambahan perloyang tergantung pada besar dan kecilnya acuan ya.., 1/4 sdt baking powder dan soda kuih itu untuk acuan diameter 22 cm.


Saturday, February 15, 2014

The Best Tau Sar Piah


Salam untuk rakan - rakan semua. Lama juga tiada entry dan menu baru kat sini kan! Biasalah saya juga macam orang lain ada sedikit  kesibukan yang tak boleh di elakan. Lama menyimpan hasrat ingin membuat kuih kegemaran saya ini, kalau tengok stepnya dan cara melipat kulit kuih tau sar piah ini memang sama dengan cara melipat kalau  kita membuat puff pastry, kan ? Perlukan sedikit kesabaran dan waktu terluang barulah rasa puas hati dapat menikmati kuih kegemaran zaman saya masih remaja dulu! Hehe. Untuk hari ini saya intai resepi dari sini!! Meh kita semak resepi yang saya taipkan di bawah ini!


Tau Sar Piah
Bahan Inti :
100 gram kacang hijau tanpa kulit
80 gram gula kastor
1 1/2 tsp gula perang
1/2 tsp garam
1/4 tsp serbuk lada putih
4 tbsp bawang merah kecil yang dicincang halus
40 ml minyak masak (saya guna minyak jagung)
1 biji kuning telur dicampur dengan beberapa titik air - untuk gliss

Cara Membuat :
Rendam kacang hijau tanpa kulit dengan air semalaman. Kemudian kukus selama 30 minit sehingga lembut. Angkat dan tuangkan kacang dalam bekas penapis untuk membuat lebihan air. Kisar dalam pengisar sehingga halus.

Satukan gula castor, gula perang, garam dan serbuk lada putih dalam bekas. Ketepikan.
Goreng bawang merah dalam 40ml minyak masak sehingga menjadi perang kemudian masukkan kacang dan kacau sehingga rata. Masukkan pula campuran gula tadi dan goreng lagi selama 2 minit sehingga separuh kering. Tutup api dan ketepikan supaya inti sejuk sebelum digunakan.

Doh  Minyak :
120 gram cake flour @ hong kong flour
50 ml minyak masak

Cara Membuat :
Ayak tepung. Tambahkan minyak masak. Dengan mengunakan spatula, kacau minyak dengan tepung. Jika doh masih kering boleh tambah sedikit lagi minyak. Uli mengunakan tangan supaya ia menjadi doh. Balut doh dengan mengunakan plastik dan ketepikan selama 20 minit


Doh Biasa :
120 gram cake flour @ hong kong flour
2 cubit garam
50 ml minyak masak
30 ml air (pastikan pada suhu bilik)
1 tbsp golden syrup (optional - tak ada pun tak apa)

Cara Membuat :
Ayak tepung bersama garam dan masukkan kedalam bekas. Masukkan minyak masak dan kacau dengan mengunakan spatula. Tambah air sedikit demi sedikit dan dengan mengunakan spatula gaul sehingga sebati. Tambah golden syrup dan kacau sehingga adunan sebati. Kemudian uli dengan mengunakan tangan sehingga menjadi doh yang licin dan lembut. (jika teraa lembik, taburkan sedikit tepung dan uli semula)
Balut dengan plastik dan ketepikan selama 20 minit.

Cara membuat tar sau piah :
Inti : Uli memanjang dan kemudian dipotong separuh, kemudian potong satu perempat dan potong lagi sehingga dapat 32 keping. Alas baking tray anda dengan greaseproof paper.

Doh : Uli memanjang potong halves (separuh), kemudian quarters, dan seterusnya sehingga anda dapat 32 keping. Lakukan perkara yang sama dengan doh berminyak. Leperkan doh biasa dengan rolling pin. Letakkan satu doh berminyak kedalam doh biasa, balut dan picit bahagian tepinya supaya doh berminyak tak terkeluar dan benar-benar tertutup. Leperkan doh tersebut dan buat ikut step seperti gambar di bawah.

Panaskan oven pada kepanasan 200 c. Bakar selama 10 minit. Keluarkan tray dari oven dan kemudian sapukan telur kuning diatasnya kuih dan masukkan semula tray dalam oven bakar lagi selama 5 hingga 10 minit atau sehingga ia keperangan.

Cara melipat macam puff pastry yaa!

Saturday, February 1, 2014

Kastengel Cookies


Pagi yang cukup cerah dan berjumpa lagi kita dengan resepi cookies kastengel yang cukup istimewa! Di musim perayaan ini saya amat suka mencuba dan memperbaiki resipi cookies yang ada  dalam simpanan untuk di hadiahkan kepada kawan - kawan saya yang berbangsa cina dan saudara - mara sebagai hadiah untuk musim perayaan atau sahaja memenuhi balang - balang kosong yang terbiar lama di sudut dapur! hehe. Cookies yang rangup, lemak dan gurih rasanyee!

Kastengel Cookies
300 gram mentega ( butter + margarin )
350 gram tepung gandum / tepung rose
50 gram tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
100 gram keju edam -  parut
100 gram keju parmesan  - parut

Bahan Gliss :
Kuning telur - pukul ringan

Bahan Tabur :
Keju cheddar  - parut

Cara membuat :
Campur dan ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ketepikan.
Pukul mentega sekejap saja sehingga lembut (  tak payah lama - lama ). Masukkan keju edam dan permesan parut, kacau rata dengan senduk kayu. Masukkan campuran tepung, kacau rata dengan senduk kayu sampai rata dan adunan sudah boleh dibentuk.

Canai nipis adunan ( sekitar 1 cm ) lalu terapkan dengan acuan sesuai selera. Susun di dalam loyang yang di sapu nipis dengan margarin. Sapu dengan bahan gliss dan taburkan dengan keju cheddar parut. Bakar di dalam oven 180 C sehingga berwarna golden brown. Angkat dan sejukkan atas redai. Simpan di dalam balang / bekas kedap udara.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi