Nuffnang

Saturday, December 22, 2012

Sugar Cheese Cookies



Salam Kulinari. Jumpa lagi di hari sabtu dengan resepi yang baru!Hari ini asyik terperap saja di rumah, tak tahu nak buat apa.. Rasanya ada benda nak cuba petang ni. Yapp, buat cookies lagi. Saya tertarik dengan cookies yang jumpa di sini. Saya cek bahan - bahannya kebetulan cukup lengkap! Cuma cheddar cheese saja tinggal setengah kotak lagi, takut tak cukup. Ok kita mulai membaking! Ada beberapa tip yang saya nak bagi pasal cookies ni. Gulung perlahan dan gunakan plastik untuk melapik. Boleh taburkan tepung sedikit demi sedikit kalau adunan telalu lembek. Gulung dan padatkan dengan kemas. Masa membakar barulah kita nampak corak marble yang terhasil dari keju yang sudah mencair. Hm,
Menarik bukan ? Selamat mencuba! Thanks to Viani Cookies.


Sugar Cheese Cookies
150 gram mentega
60 gram gula halus
1 biji kuning telur
200 gram tepung gandum / red rose
50 gram tepung jagung
200 gram keju kraft - di parut
50gr gula pasir - untuk tabur atas cookies

Cara membuat :
Pukul mentega dan gula sehingga naik gebu, tambahkan kuning telur kacau rata. Masukkan tepung         gandum dan tepung jagung, kacau rata dengan spatula. Bahagikan adunan sama banyak. Nipiskan adunan setebal 1/2 cm bentuk persegi panjang lalu taburkan dengan keju parut. Ratakan. Gulung adonan seperti kita membuat swiss roll.  Gulung dan padatkan lagi. Potong setebal 1 cm, gulingkan di atas gula pasir kasar. Susun di dalam loyang yang di sapu marjerin dan di lapik dengan kertas roti. Bakar pada suhu 180 C sehingga keperangan.

Friday, December 21, 2012

Soft Bread



Salam dan selamat petang semua. Masih ada yang selongkar dan cari resepi? Nah harini saya nak kongsi satu lagi basic membuat roti manis, resepini saya ikut dari NCC cuma saya kurangkan penggunaan telur dari empat biji ke dua biji memang lembut dan boleh di bentuk berbagai cara! Biasanya saya letak inti harini cuma tabur dengan cheddar cheese dan gula pasir. Ini pun dah cukup sedap bagi saya. Kuar saja roti ni dari oven si adik dah menunggu sambil penggang pinggan nak dua biji katanya!!



Soft Bread
500 gram tepung roti protein tinggi
100 gram gula
100 gram mentega
11 gram ragi instant
1/2 sudu teh bread improver
4 biji kuning telur - saya guna 2 biji saja
200 ml air sejuk
1/2 sudu teh garam

Cara membuat :
Campur semua bahan kering, kecuali garam kacau rata. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masukan telur uli sehingga adunann rata. Masukkan mentega dan garam. Uli lagi sehingga menajdi adunan yang kalis elastik. Diamkan 30 menit. Adunan siap di bentuk dan dipelbagaikan ikut selera dan citarasa masing - masing. Kalau saya, adunan di timbang seberat 40 gram dan masukkan di dalam kertas paper cup tebal. Tunggu hingga adunan kembang taburkan dengan chedar cheese dan gula pasir. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak.


Tuesday, December 18, 2012

Chiffon Cake Labu Kuning



Minum petang harini  dengan kek chiffon labu kuning. Pernah cuba ? Ada pelbagai resepinya, tapi yang ini memang lain sikit! Kek yang di tambah adunan labu dan kismis memang campuran yang sempurna. Dah lembut, gebu ada rasa masam manisnya! Cuaca harini pun tak menentu kejap panas kejap mendung. Nampak macam nak hujan, santai saja kat rumah dengan anak - anak sambil layan citer kegemaran sambil kunyah kek chiffon yang baru saja masak dan kuar dari oven. Salam.

Chiffon Cake Labu Kuning
100 gram labu kuning kukus - dihaluskan
60 gram santan pekat instan
60 gram minyak goreng
150 gram tepung berserbuk penaik
75 gram gula  halus
5 kuning telur
2 tetes pewarna kuning tua
50 gram kismis - dipotong 2 bagian
5 putih telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh cream of tartar
75 gram gula halus

Cara Membuat :
Aduk rata labu kuning halus dan santan. Blen hingga halus. Tambahkan minyak goreng. Kacau rata. Tuang sedikit – sedikit ke campuran tepung terigu dan gula pasir halus sambil di kacau perlahan. Masukkan kuning telur. Kacau rata. Tambahkan pewarna kuning tua. Kacau rata.  Tambahan kismis. Kacau rata dan ketepikan.

Pukul putih telur, garam, dan cream of tartar sampai setengah mengembang. Tambahkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul sehingga kembang. Masukkan ke dalam campuran tepung sedikit-sedikit sambil di kacau perlahan. Tuang di loyang chiffon tanpa di sapu marjerin. Bakar selama 30 menit dengan suhu 180 Celsius sehingga masak.


Sunday, December 16, 2012

Cornflakes Cookies



Tadi pagi tengah kemas dan bersih - bersih kabinet dapur, saya jumpa satu kotak cornflakes.Teruslah datang ide nak buat cookies. Buat pun nak yang simple dan mudah, tak payahlah guna acuan. Natikan malas pulak nak basuh perkakasnya! Hehe. Apalagi tengah hujan - hujancam ni. Apa salahnya buat cookies kan walaupun bukan musim perayaan. Lumayanlah buat kudapan anak - anak sambil layan tv. Rasanya pun cukup sedap apalagi kalau ada kopi o panas lagilah terangkat dan enak.

Cornflakes Cookies
150 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
125 gram desicated coconut
100 gram cornflakes - kisar kasar
200 gram butter
100 gram gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Coklatchip untuk hiasan

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder. Kacau rata. Masukkan desicated coconut. Kacau rata. Ketepikan. Pukul butter  dan gula sehingga berkrim masukkan telur dan esen vanila. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Kacaukan sehingga tercampur rata. Ambil 3/4 adunan dengan menggunakan sudu kecil masukkan ke dalam cornflakes yang di kisar kasar tadi hiaskan dengan coklat chip, tekan atau leperkan sikit. Susun di dalam loyang yang telah di sapu nipis marjerin. Bakar pada suhu 180 C sehingga keperangan atau sehingga masak.


Friday, December 14, 2012

Tosei Mamak Penang



Meh join sarapan ala kedai mamak. Hari ni saja nak belajar buat tosei. Bahan - bahannya pun saya dah prepare sebelumnya. Kalau menurut saya tosei lebih sihat berbanding dengan makan roti canai kan? Untuk orang yang gemar mengamalkan pemakanan sihat tosei memanglah makanan yang sesuai. Bahan utama di dalam penyediaan roti tosei ini adalah kacang tosei atau ulundhu di dalam bahasa tamil. Senang sahaja kalau nak cari kacang tosei ni, tengok saja dekat bahagian kedai menjual rempah ratus memang ada jual! Thanks pada Mamak Haji dah sudi kongsi resepi yang sedap ini.


RESEPI TOSEI MAMAK PENANG
1 cawan kacang tosei
3 cawan beras / Tepung beras - saya letak 2 cawan
1 sudu biji Halba / ( Fenngreek seed )
1 sudu kecil garam.
1 cawan nasi sejuk (untuk mengebukkan tosei dan membantu proses pemerapan)*.

Cara Membuat :
Basuh kacang tosei, beras dan halba dan rendamkan dalam air sekurang-kurang 6 jam. (Pagi rendam, petang mula mengisar dan keesokan pagi anda boleh memasak). nota: sekiranya gunakan tepung beras tidak perlu direndam. Adunkan saja dengan kacang tosai yang telah dikisar.

Kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Tentukan kisaran anda jangan terlalu cair . Kisar sehingga halus. Masukkan adunan itu dalam bekas dan peram semalaman. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan didalam peti sejuk. Bleh digunakan tiga atau empat hari.

Jangan masukkan garam semasa pemeraman, kerana garam boleh membunuh bakteria semasa proses pemeraman. Adunan tidak menjadi. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal. Hanya masukan garam semasa mula memasak tosei.
Jika bancuhan adunan anda terlalu pekat, cairkan sedikit dengan menggunakan air sejuk (tap water). Bancuhan tosei boleh diuji kepekatan dengan menggunakan senduk dengan menceduk sedikit adunan. Sekiranya adunan yang baik akan melekat pada permukaan senduk.

Masak tosei sama seperti kaedah membuat ketayap (kuih gulung inti kelapa). Ceduk penuh adunan dengan senduk sederhana dan tuang di kuali tak melekat atau kuali leper (kuali leper permukaannya perlu sapu minyak). Buat putaran sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat. Tutup permukaan tosei dgn penutup. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dgn cepat 1-2 minit. Keluarkan tosei anda dan lipat sama rata.


Notes :
* Kalau anda ingin Tosei anda lembut, tambah lebih sedikit kacang tosei.
** kalau anda inginkan tosei anda rangup tambahkan lebih sedikit beras atau tepung beras.


Tosei boleh di makan dengan sambal tumis ikan bilis, daging rendang, kari ayam, kari sardin.Tidak di galakan makan tosei dengan sambal kelapa seperti di restoren, kerana kelapa punyai lemak yang tinggi. Saya makan cicah dengan kentang  masala saja. Simple tapi sedap.

Kentang Masala
4 biji ubi kentang saiz besar  - di potong dadu
1/2 biji carrot - di potong dadu
1 biji tomato - di potong dadu
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campuran
1 biji bawang besar - di potong dadu
1 biji cili hijau dihiris
1 sudu kecil jintan manis  - di kisar halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Membuat :
Panaskan kuali, tumiskan halba campuran, bawang besar, cili hijau dan daun kari sampai naik bau. Masukkan buah tomato dan kacau. Masukkan ubi kentang, carrot, dan serbuk kunyit dan gaulkan hingga sebati. Masukkan air secukupnya. Tunggu sehingga kentang empuk. Perasakan dengan garam Masukkan jintam manis yang di kisar,  kacau sekejap dan tutup api.

Kuping Gajah



Dulu ketika duduk di Jakarta saya selalu makan kudapan ini depan tv! Jadi teringin ... nak cari kat mana ?Ah, saya cuba buat. Cari punya cari saya jumpa resepi ini versi majalah Femina. Di sebabkan hari ini ada masa lapang saya pun memulakan projek ini petang tadi. Bahannya pun simple saja hanya guna tepung, gula, telur dan bahan - bahan yang selalu ada di dapur rumah! Apasal nama dia kuping gajah? Kuping itu bermakna telinga so kuih telinga gajahlah kut!! Hehe.. oklah semak resepinya di bawah. Salam manis ...



Kuping Gajah
300 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
80 gram gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
75 ml santan instan
1 1/2 sudu besar serbuk koko - saya letak coklat paste
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :
Di  dalam mangkuk adunan campurkan tepung, gula, dan garam. Kacaukan sehingga tercampur rata. Masukkan telur, esen vanila dan santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian yang sama banyak. Bahagian yang satu tambah
kan dengan coklat paste.

Nipiskan adunan berwarna putih dan coklat. Letakkan lapisan coklat di atas lapisan berwarna putih. Gulung dan padatkan. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 2 jam atau sehingga keras. Potong nipis adunan menggunakan pisau yang tajam setebal 1 cm. Tabur sedikit tepung dan nipiskan lagi. Buat sehingga adunan habis. Goreng keperangan. Toskan dengan tisu dapur. Simpan di dalam bekas kedap udara agar kekal rangup.

Wednesday, December 12, 2012

Donat Labu Coklat



Jom jamu mata dengan donat labu!!
Pada hari ini resepi donat boleh di variasikan. Boleh letak ubi kentang, labu kuning, ubi merah dan mungkin banyak lagi yang boleh di campurkan agar adunan terasa lebih lembut, gebu dan sentiasa moist! Hari ini saya letak labu kuning yang di haluskan dan di campurkan ke dalam adunan tepung. Lagi pun si bongsu kat rumah  dah dua tiga hari ni memang minta di buatkan donat. Nah memang berbaloi! Terbayar sudah hutang saya! Inilah donat labu yang sudah di hias ikut citarasa kanak - kanak, ya. Hehe.


Donat Labu Coklat
Bahan A :
300 gram tepung  protein tinggi
30 gram susu tepung
2 sudu teh ragi instant
50 gram gula pasir halus

Bahan B :
2 biji  kuning telur
50 ml air sejuk
150 gram Labu kuning - kukus, haluskan dan sejukkan

Bahan C :
50 gram mentega
½ sudu teh garam halus

Cara membuatnya:
Campur semua Bahan A, kacau rata. Masukkan Bahan B,  uli hingga berketul. Masukkan bahan C uli terus sehingga menjadi adunan yang kalis. Bulatkan dan rehatkan 15 menit. Canai nipis adunan dan terap dengan acuan. Tunggu sehingga donat naik atau mengembang. Goreng keperangan.  Hias dengan coklat masakan yang di cairkan atau salutkan dengan gula icing.

Donat - donat ... satu seringgit hehe ...

Saturday, December 8, 2012

Tofu Nuggets



Nugget merupakan makanan kegemaran kanak - kanak! Biasanya kalau saya goreng nugget kejap saja dah lincin. Pinggan tak angkatpun. Saya juga yang kena kutip simpan. Adui. Memandangkan semua bahan - bahan membuat nugget ada di rumah, seawal jam enam pagi saya memulakan projek homemade nugget ini!! Lumayan dapat banyak juga. Sebahagian saya goreng untuk sarapan dan sebahagian lagi saya frozenkan. Selain bentuk persegi, boleh juga nugget ini di terap dengan acuan cookies untuk bentuk yang lebih menarik.


Tofu Nuggets
300 g daging ayam cincang
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telur ayam - pukul ringan
100 g tahu putih - lecek halus
1 buah (75 g)  lobak merah -  cincang halus
25 g tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 biji bawang besar - cincang halus
1 sudu teh serbuk stok ayam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Salut :
200 g  serbuk roti
2 biji telur - di pukul ringan

Cara membuat:
Tumiskan bawang besar bersama  satu sudu besar marjerin. Kacau rata tahu, garam, serbuk lada. Tambahkan telur, ayam, lobak merah, bawang besar tumis dan juga tepung. Kacau hingga rata.Taruh adonan dalam loyang yg di sapu nipis dengan minyak dan di lapik dengan kertas roti. Kukus selama 15 menit atau sehingga masak.

Angkat dan sejukkan. Keluarkan dari loyang dan cetak bentuk persegi atau sesuai selera. Celupkan ke dalam telur dan gulingkan ke dalam serbuk roti. Buat sehingga habis. Goreng dalam minyak banyak dan panas hingga kuning keemasan. Angkat dan hidang.

Friday, December 7, 2012

Chiffon Pelangi



Ibuuuu nak kek! Itulah jeritan si bugsu petang kemarin.
Rasanya betul juga lama tak buat kek. Kek apa yang mudah dan cepat proses membuatnya? Ah, buat chiffon kek sahaja! Resepi kek dari Chef Kevin Cai, dan saya tengok resepi ini dari blog Kak Yati. Thanks ya kak. Banyak lagi rasanya resepi - resepi yang ingin di cuba! Ok. Belambak lagi kerja kena buat. Sila semak resepinya  di jamin sedap, enak, lembut dan membelai lidah. Salam ...



Chiffon Pelangi
Bahan A :
6 biji kuning telur
4 tbsp Minyak jagung/minyak masak
60ml Susu segar
1/2 tsp Esen vanila
50g Gula Kastor
110g Tepung naik sendiri

Bahan B :
6 biji putih telur
100g Gula Kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara Membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. Tak perlu di sapu dengan marjerin. Ketepikan. Masukkan bahan B dan gula kastor ke dalam mangkuk mixer dan putarkan sehingga  adunan  menjadi soft peak. Ketepikan. Dlm bekas yang lain, satukan semua bahan A kacau dan sebatikan dengan menggunakn whisk  dan ketepikan sekejap.

Tuangkan adunan A ke dalam adunan B (putih telor). Putarkan dengan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Titiskan sedikit pewarna hijau, warna pink, kuning dan coklat (1 tsp serbuk koko).

Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam acuan / tin yang telah disediakan tadi. Tuangkan warna kuning dulu diikuti warna coklat, warna pink dan warna hijau. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.

Thursday, December 6, 2012

Crispy Roti Poket



Cepatnya jarum jam berputar. Kejap sahaja dan masuk asar. Penat pun belum hilang lagi. Dah harus pergi ke dapur untuk memasak! Sebetulnya ini adalah menu sarapan tadi pagi. Lama saya membelek resepi ini, nampak mudah dan intinya boleh di pelbagaikan. Inilah cara yang mudah untuk membuat roti poket yang jimat masa! Hehe. Thanks kepada mama Zieza, dan juga Kak Nor, di atas perkongsian ini. Resepi yang cukup ringkas tetapi sedap!


Crispy Roti Poket
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
serbuk roti / breadcrumbs secukupnya
sos cili secukupnya
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY
1/2 batang lobak merah - dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis - dihiris nipis
1/2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 biji cili merah - dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup - dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam

Cara Membuatnya :
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak. Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi. Masukkan ke dalam bekas, masukkan sayuran, bawang besar, cili merah, dan juga daun sup. Gaulkan. Masukkan mayonis, serbuk lada dan garam. Gaul sebati dan ketepikan.

Nipiskan roti dgn kayu penggelek  (tanpa buang kulit tepi) sehingga nipis buat hingga habis. Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat  yang sepadan dengan saiz roti. )

Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti. Salutkan roti dgn breadcrumbs hingga rata. Goreng roti di dalam minyak yang sudah di panaskan. sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika digoreng. Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi. Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut. Buat sehingga habis. Hidang atas pinggan dan picitkan sos untuk menambah keenakkannya..

* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur.
** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack). Api biar sedang2 jer..

Wednesday, December 5, 2012

Kuey Teow Kantonis



Hari ini cuaca lembab. Teringin nak makan menu yang berkuah dan panas! Rasanya memang ada benda nak buat hari ini, resepi ni lama terperap dan hari ini baru ada masa lagi nak mencuba. Kalau tak cuba tak tahu, kan? Ok. Resepi saya tengok di sini. Memang best di makan semasa panas. Dan sesuai sangat kalau ada kanak - kanak dekat rumah tuu, menu ni memang tidak  pedas! Ok. Jumpa lagi dengan resepi yang berbeza.

Kuey Teow Kantonis

Jika menggunakan kuey teow yg basah - celur sekejap
200 gm udang basah - kopek kulit
250 gm isi ayam - dihiris
3 keping fish cake
5 ulas bwg putih - diketuk lalu dicincang halus
1 cm halia muda - hiris halus memanjang
1/4 labu bawang besar
2 pokok sawi
½ cawan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 biji telur
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak @ secukupnya
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
lada sulah secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam utk tabur
1 cawan air rebusan ayam
2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya ( saya tak buat )
air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak)



Cara Membuat :
Panaskan 2 sudu minyak biasa & 1 sudu minyak bijan dlm kuali.Tumiskan bawang putih, halia hingga agak garing ( jgn sampai jd coklat tua) dan masukkan pula bwg besar, tumis seketika. Masukkan isi ayam & sedikit air dan garam dulu, msk seketika. Masukkan air secukupnya dan serbuk pati ayam. Masukkan air tepung jagung, serbuk lada sulah, gula dan garam secukup rasa. Kacaukan agar tak bergentel. Biarkan mendidih. 

Masukkan tauhu, sayuran2 tadi dan udang, biar seketika hingga sayur sedikit layu. Kalau rasa kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi. Biar mendidih. Akhir sekali masukkan telur dan di  kacau skit.Tuang kuah ke atas kuey teow yg dicelur / rebus tadi lalu taburkan dengan cili jeruk atau cili hijau.  

Monday, December 3, 2012

Air Soya Aneka Perisa


Adui penatnya hari ini. Penat mengemas rumah setiap harinya. Cuci pinggalah, mop lantailah.
Tadi saya ada singgah Tesco dan ternampak kacang soya organik dan terus beli.
Lama tak minum air soya kalau belipun sekali - sekala sahaja, saya lebih suka membuat sendiri
baru terjamin tak ada benda asing seperti pengawet yang di masukkan ke dalam air minuman
ini! Buatpun mudah jaa, kan? Hanya perlu rendan kacang soya semalam dan terus kisar ...Jom
ke dapur membuat homemade kacang soya bersama saya! Saya buat tiga perisa yang berbeza
untuk menambat selera anak - anak saya di rumah.

Bahan - Bahannya :
500 gram kacang soya
2 liter air
1/2 kg gula pasir
1 sudu teh esen strawbery
1/2 sudu teh pewarna merah
2 sudu teh serbuk teh hijau
1/2 sudu teh pewarna hijau

Cara Membuat :
Cuci bersih kacang soya lalu toskan. Rendamkan kacang soya dengan 1000 ml air mendidih.
Simpan semalam lalu cuci bersih dan toskan.
Kisarkan kacang soya dengan sebahagian air sehingga halus. Perah dengan menggunakan kain
yang bersih. Ulang proses ini sehingga kacang soya habis.

Kemudian masukkan air kacang soya tadi ke dalam periuk. Masukkan gula secukup rasa. Masak
air kacang soya sehingga mendidih. Bahagikan tiga bahagian. Masukkan perisa kegemaran.
Masak lagi sehingga mendidih dengan api kecil. Hidangkan.


Puding Strawbery



Salam dan selamat petang semuaa. Cuaca di Pinang dah mula panas jadi memang sesuai sangatlah kalau nak buat menu atau hidanganan yang menyejukkan tekak kan? Dapat dua peket strawbery pemberian dari adik ipar. Dah dua hari tersimpan di dalam peti ais, tak ada sapa makan kah? Saya cuba 2- 3 biji memang masamlah! Patutlah anak - anak buat tak layan jaa.Hehe. Menu saya hari ini memang simple tapi percayalah puding ni memang lembut dan terasa masam manisnya. Sapa yang ingin mencuba, sila yaa! Jom semak resepinya di bawah ini ...


Bahan - Bahannya :
10 gram serbuk agar - agar
150 gram buah strawbery
200 gram gula pasir
1/2 tin susu pekat manis
250 ml air
900 ml air
3 biji putih telur
10 biji buah strawbery untuk hiasan
Sedikit pewarna merah

Cara Membuatnya :
Kisarkan buah strawbery bersama 250 ml air. Masak 900 ml air bersama gula dan serbuk agar - agar. Campurkan buah strawbery yang di kisar tadi. Kacau sebati. Tunggu sehingga mendidih. Ketepikan. Sementara itu pukul putih telur sehingga soft peak. Kemudian masukkan agar - agar tadi sedikit demi sedikit sambil di pukul dengan kelajuan rendah.

Pukul sehingga adunan agar - agar menjadi suam. Basahkan acuan agar - agar. Susun buah strawbery di dasar acuan. Tuangkan agar - agar tadi, dalam 1/2 adunan dulu. Bekukan. Setelah beku cakar agar - agar tadi menggunakan garfu, tuang lagi baki agar - agar tadi. Sejuk dan hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi