Nuffnang

Tuesday, September 27, 2011

Order


Hanya untuk jamuan makan kat Sekolah Rendah Batu Maung. Di tempah melalui Kak
Izzati yang tolong buat promosi. Thanks!                                              

Roti Arab

 
Lama ingin mencuba Roti Arab resepi dari Kak Fiza. Banyak yang sudah mencuba dan ramai orang suka! Hari ini meluangkan masa untuk membuat Roti Arab ini dan hasilnya,  saya kongsikan di sini untuk rujukan di masa hadapan.

Bahan - bahan A :
1 peket yis
1 sudu besar gula halus
1/4 cawan air

Bahan - bahan B :
500 gram tepung gandum
1 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
200 ml susu cair
Minyak masak untuk menggoreng
Air secukupnya

Cara Membuatnya :

                   
Penyediaan yis ( Bahan A ), masukkan yis ke dalam mangkuk tambahkan air dan gula kacau sekejap. Ketepikan. Yis yang elok akan berbuih.Tepung gandum, gula, garam, marjerin gaul sebentar. Masukkan bancuhan yis tadi. Masukkan susu cair, dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
Tutup dengan kain lembab dan perapkan selama 1 jam.


Tumbuk2 kan doh untuk membuang udara di dalamnya. Bahagi kepada 16 ketul, bulatkan doh. Ambik sebiji doh dan canai, jangan terlalu nipis. Letakkan didalam dulang yang telah di tabur dengan tepung.

Bila dah selesai semuanya bolehlah di goreng. Semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti. Sedap di cicah dengan sambal sardin atau ikan bilis.

                   
                         

Monday, September 26, 2011

Ayam Masak Merah


Ada banyak jenis dan variasi  memasak ayam, dari mulai digoreng, bakar, sup atau di buat sambal tumis, semuanya sedap - sedap! Berkenan tengok ayam masak merah dari Dapur Tanpa Sepadan . Setelah mencubanya, anak - anak pun memberi komen yang positif, Sedap mom! Cubalah!

Bahan - bahannya :
1/2 kg ayam, basuh dan toskan
1 biji bawang besar - potong bulat
1/2 cawan  kacang tanah - buang kulit, saya rebus dan kisar halus
1 cawan santan
1/4 cawan cili kisar
2 camca besar tomato puree
1 tangkai daun sup dan daun bawang - potong kasar
Garam gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus :
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras

Bahan Tumis :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus

Cara Membuatnya :
Lumur ayam dengan garam dan kunyit, goreng tak berapa garing dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tomato puree, kacau dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan kacang tanah yang dikisar, santan. Kacau rata. Biarkan mendidih. Masukkan ayam, daun sup dan daun bawang, perasakan dengan garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan potongan bawang besar, gaul sekejap dan matikan api.

             
                 

Sunday, September 25, 2011

Strawberry Jam Cookies


Mencuba resepi dari Wendy@tablefor2ormore, olahan Hanamemories.blogspot.com Yum,  sedap! Cookies yang rangup dan makan sebiji memang tak cukup. Nak dan nak lagi. Bahan yang simple dan mudah  untuk membuatnya !!

Bahan - bahannya :
115 gram butter - saya guna marjerin
50 gram gula custor
170 gram tepung gandum
jam strawberry secukupnya


Cara Membuatnya :

Pukul butter / marjerin dan gula sehingga ringan dan kembang. Masukkan tepung. Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan anggaran sebiji limau calamansi. Kemudian. Leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah doh untuk membuat lubang. Masukkan jam. Panaskan oven pada suhu 180. Bakar selama 12 minit  hingga keperangan.


                                                                                     

Saturday, September 24, 2011

Order dari Ustazah Ma


Ustazah Ma cakap nak kek coklat yang deco simple2 je, jadilah petang tadi kita
contang - conteng atas kek coklat ini. Harap berpuas hati dengan hasilnya. And
thanks you di atas tempahan  ini.

                                                             

Thursday, September 22, 2011

Tempahan Syawal


Thanks you so much to cikgu Hayati, cik Haziz dan kawan - kawanya, cikgu - cikgu
from S.M.K. Batu Maung di atas  order ini.

                                                                 

Bakwan Jagung


Menu serba sederhana, tapi sedap. Cuba sahaja untuk sarapan ataupun minum petang. Beberapa variasi bahan boleh di  sesuaikan, kalau nak sedikit pedas, masukkan cili merah yang dicincang kasar, its very easy to make!!

Bahan - bahannya :
4 tongkol jagung manis, ambik isi  dan di tumbuk kasar
Sedikit daun sup dan daun bawang - potong halus
100 gram udang kecil - cincang kasar
1 biji telur
100 gram tepung gandum - kalau adunan cair, boleh letak lebih
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Masukkan isi jagung, daun sup, daun bawang, udang, telur dan tepung kedalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit kacau sehingga sebati. Masukkan bahan - bahan perasa, kacau rata.
Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, bolehlah  goreng dengan menggunakan dua buah sudu. Goreng hingga kekuningan, guna api  sederhana. Toskan bakwan jagung atas tisu dapur. Boleh dicicah dengan sos cili atau sos tomato.

                                                                       

Wednesday, September 21, 2011

Ayam Masak Bali


Bali is beautiful island! Some people believe that Bali is a cautry on its own. Bali
is great place to escape from every day stress. Beautiful white sandy beaches and
also good food! So i hope you enjoy the recipes!!

Bahan - bahannya :
1 ekor ayam potong  12 bahagian
10 ulas bawang merah - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2  sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu besar sos tiram

Cara Membuatnya :
Gaulkan semua bahan dengan ayam dan perap selama 1/2 jam. Goreng ayam
sehingga masak dan ketepikan sekejap.


Bahan B :
10 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci kunyit -  kisar
1/2 cawan cli kisar
3 sudu besar kerisik
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
1 cawan santan
1/2 cawan minyak  masak
1 cawan air
2 helai daun pandan - simpul
2 sudu besar air asam jawa
Secukupnya rempah campak / kulit kayu manis, cengkeh, bunga lawang
dan buah pelaga

Bahan Tabur :
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kacang pis

                       
Cara membuatnya :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar, daun pandan dan rempah
campak sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kerisik, kacau rata dan tumis lagi
sehingga garing.

Masukkan  kicap, gula dan air. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Masuk
kan santan, air asam jawa dan kacau lagi. Masukkan bahan A kacau rata. Masak
sehingga terbit minyak dan pekat. Taburkan bawang goreng dan kacang pis.

                   

Tuesday, September 20, 2011

Serabai Pandan


Salam, masih di bulan Syawal yg mulia. Sebetulnya ini menu sampingan hidangan pembuka di bulan ramadhan, tapi tak terlambat rasanya untuk saya kongsi di sini. Bagi yang benar - benar berminat, jom  kita tengok resepinya!

Bahan - bahannya :
200 gram tepung gandum
1 sdt baking powder
300 ml santan dari 1/4 biji kelapa
1 sdt yis
50 ml daun pandan
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
Minyak masak - untuk sapu atas kuali / acuan serabai

Cara Membuat :
Masukkan tepung gandum di dalam mangkuk. Di dalam mangkuk yang lain, pukul telur dan garam sehingga berbuih, masukkan  santan, dan air pandan gaul hingga sebati. Masukkan yis, kacaukan sekejap.


Tuangkan adunan ke dalam tepung sedikit demi sedikit, kacau sampai licin dan rata. Biarkan adunan selama 1 - 2 jam. Panaskan acuan serabai / kuali biasa ok juga. Sapu dengan minyak masak, tuangkan adunan 1 sudu besar.

Tunggu sehingga kelihatan ruang udara di permukaan serabai baru di tutup. Masak dan angkat dari acuan. Hidangkan dengan sos.

Bahan untuk sos :
500 ml santan dari 1 biji kelapa
Gula merah secukupnya
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
1 sudu teh tepung jagung untuk pemekat sos campurkan dng 1 sudu besar
air sejuk

Cara Membuat :
Masak santan, gula merah,  garam dan daun pandan, kacau sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung, tunggu sehingga kuah/ sos sedikit pekat. Boleh dihidang dengan serabai pandan.

                                                         

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi