Nuffnang

Sunday, September 29, 2013

Red Bean Stollen


Dah dua tiga harini panas terik, alhamdulillah pagi ni hujan! Hujan merupakan kenikmatan dari Allah taala bersama - sama kita selalu bersyukur! Berkesempatan untuk berkongsi lagi, sempat ambil gambar roti yang saya buat untuk sarapan anak - anak di rumah. Pagi - pagi masuk dapur menyiapkan adunan roti sementara menunggu adunan naik kembang, saya pun tinggalkann  sekejap sambil  kemas - kemas rumah apa yang patut kan!! Untuk adunan roti kali ini saya tidak menambahkan pelembut roti di dalam adunan, selalunya saya akan menambah sukatan air sehingga adunan roti nampak sedikit lembut! Untuk memudahkan membentuk adunan roti ini biasanya saya akan tabur sedikit tepung itu saja tipnya, semoga bermanfaat untuk semua.


Red Bean Stollen
300 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
190 ml air suam
1 biji telur
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
4 sudu besar gula halus
2 sudu teh yis
60 gram butter / marjerin
Inti kacang merah secukupnya

Bahan Gliss :
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 sudu teh susu cair / susu segar

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan masukkan tepung roti, tepung gandum, telur, susu tepung, yis dan gula halus. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan menjadi licin. Masukkan butter dan garam
uli lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan dan juga bekas adunan. Perapkan untuk 40 menit.
Bahagikan doh seberat 50 gram dan bulatkan doh.

* Cara membuat Red Bean Stollen *
Sediakan inti kacang merah seberat 40 gram setiap satu dan dibulat - bulatkan. Ketepikan. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.

Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.


Apam Polkadot Lembut dan Gebu


Beberapa hari yang lalu ada mendapat tempahan apam polkadot dari Ustazah Ma untuk majlis baca doa di Sekolah Kebangsaan Batu Maung. Di bawah ini saya tulisan resepi apam polkadot yang menurut saya cukup lembut dan gebu kejadiannya!

Apam Polkadot
3 biji telur
2 sudu teh ovalete
3 sudu besar minyak masak
200 gram gula castor
250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder  - ayakkan
150 ml susu cair

Cara Membuat :
Pukul gula castor, telur dan ovalete sampai kembang dan gebu, adunan akan jadi nampak keputihan, pekat . Masukkan minyak masak dan pukul sekata. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair sampai habis dan pukul sehingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
 
Sediakan acuan ( saya guna acuan lompang ) , isikan cup kertas di dalamnya, masukkan sedikit adunan  paipkan separuh je, pastu letakkan  filling inti yang di sukai. Kemudian paipkan baki lagi separuh hingga memenuhi cup ambik kaler lain, dot2 kan atasnya (masa dot2 ni, gunting plastik piping bag buat lubang kecik je). kemudian panaskan kukusan hingga airnya mendidih kemudian kecilkan api, kukus selama10 menit atau sehingga apam masak.

Tempahan cream puff pada majlis yang sama. Thank you Ustazah!

Sunday, September 22, 2013

Pizza Margherita


Habiskan weekend dengan membuat pizza makanan khas orang Itali! Save duit dan meriah kan kalau rajin buat sendiri. Untuk toping boleh letak apa saja yang kita nakk!! Untuk bahan basenya sangat simple tetapi di jamin tidak menghampakan!! Bahanya hanya tepung, yis dan sedikit minyak zaitun. Kalau rajin peraplah semalam untuk mendapatkan doh pizza yang rangup. Kalau tak perap pun  kelimlah bahagian tepi pizza tuu cam kita buat karipap, lepas tuu.. sapu dengan sedikit minyak zaitun yee!!


Adunan pizza  Margherita
120 ml air suam
½ bungkus (4 g) yis instan
1 sdt gula pasir
150 gram tepung roti  protein tinggi
2 sudu besar minyak zaitun
½ sdt garam

Tomato Sos :

1 sudu besar mentega
50 gram bawang bombay, cincang halus
100 ml  tomato pure
1 sudu besar tomato paste
1 sudu teh oregano kering
1 sudu teh thyme kering
¼ sudu teh garam
½ sudu teh gula pasir
1/8 sudu teh  serbuk lada sulah
100 g keju mozzarella - parut halus

Bahan Toping :
50 gram daun basil
Roasted tomato
Sedikit paperoni
Keju mozarella
1/2 sudu kecil minyak zaitun

Cara Membuat :
Pizza: Campur air, yis, dan gula pasir. Kacau rata. Ketepikan. Dalam mangkuk, campur sisa bahan hingga tercampur rata. Tambahkan larutan yis uli hingga adonan kalis.

Fermentasi I: Bulatkan adonan, taruh di mangkuk. Tutup dengan plastik (cling wrap). Ketepikan di suhu  ruang hungga mengembang kurang lebih selama 30 menit.
Sos tomato : cairkan mentega dalam kuali tumis bawang besar hingga wangi. Tambahkan pure tomato, tomato paste, oregano, thyme, garam, gula pasir, dan lada sulah.  Kacau rata, masak hingga sos agak pekat. Angkat.

Bagi adonan pizza menjadi 2 bagian. Siapkan loyang pizza diameter 22 cm, tabur dengan sedikit tepung gandum. Nipiskan adunan di atas loyang, lalu rehatkan kembali selama 15 menit. Sapu permukaan pizza dengan sos tomato hingga rata. Letakkan bahan toping. Tabur  keju mozzarella dan daun basil Renjiskan dengan minyak zaitun. Bakar di dalam oven panas bersuhu 200 C selama 20 menit. Keluarkan, sajikan.


Resepi Roasted Tomato
50 gram tomato ceri
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak zaitun
1/2 sudu teh garam

Cara Membuat :
Masukkan semua bahan - bahan di atas di dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Siapkan loyang yang di lapik dengan kertas foil. Bakar tomato tadi sehingga nampak sedikit kecut dan garing.


Hmm, pizza saya yang sudah siapp!! Satu potong pizza sambil santai dan berangan ingin menjadi jutawan!! Hehe. Have a nice day kawan - kawan!!


Birthday Cake

Ada permintaan lagii, tempahan birthday cake untuk kanak - kanak. Tempahan dari seorang cikgu Sekolah Menengah. Terimakasih. Harga sangat berbaloi hanya Rm. 40 saja !! Tempahan di area Batu Maung Bayan Lepas,  dan sekitarnya. Boleh sms saya or call di talian 017 493877. Tempahan boleh di ambik pada hari Sabtu dan Ahad saja.


Monday, September 16, 2013

Roti Jala Sedap


Roti jala adalah salah satu menu favourite anak - anak! Jadi setelah malam tadi menemukan acuan roti jala / botol roti jala muncung tiga ni, truss semangat nak cuba benda baru ini! Hehe. Botol ini saya beli dekat MyDin dengan harga 2.90 sen saja! Sangat murah, kan? Jadi rakan - rakan yang belum mempunyai botol acuan roti jala seperti ini boleh terus membelinyee di MyDin di bahagian barangan plastik yaa!!
Inilah roti jala yang sudah saya sediakan sebagai menu sarapan kegemaran anak - anak, di cicah dengan kuah dal lebihan semalam, memang dah cukup sedap!


Resepi Roti Jala
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair / santan cair
1 1/2 cawan air kosong
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
2 biji telur
2 sudu besar butter cair

Cara Membuat :
Satukan semua bahan ke dalam blender dan kisar sebati.
Masukkan pewarna kegemaran. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala muncung 3.
Panaskan kuali non-stick. Kirai / jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama satu minit (hingga masak). Kemudian angkat. Lipat/gulung. Sedap di makan bersama kuah dal / kari / sambal sardin. Note: Jika adunan cair, tambah sedikit tepung. Kalau pekat tambakan sedikit air! Selamat mencuba!


Birthday cake

Tempahan kek untuk menyambut hari lahir adik daniel, Nelly dan Darvis!

Pisang Molen Ala Bandung


Tercapai sudah hajat nak buat pisang molen ala Bandung ni di dapur sendiri! Menghabiskan stok pastry
marjerin yang terperap di dalam peti simpana. Hehe. Kulit puff untuk pisang molen ini saya cuba buat sendiri! Sampai lenguh - lenguh tangan saya di buatnyaa! Tapi berbaloi dengan kesedapan dan hasil air tanganku iniii, betulll!! Jadi kalau ke Bandung jangan lupa untuk mencari ole - ole yang sememangnya cukup femes dan menjadi kegilaan bagi penggemar kuih muih dari bakery terkenal Kartika Sari. Yok di cuba!Untuk kulit puff kali ini saya intai di sini yaa!! Terimakasih.

Pisang Molen Ala Bandung
Bahan Kulit Puff :
250 gr tepung  protein tinggi
125 ml air ais
10 gram gula halus
Garam secukupnya
10 gram susu tepung
1 biji kuning telur
25 gram margerin
15 gram mentega
125 gr shortening / mentega putih - saya gunakan pastry marjerin

Bahan Inti :
5 biji pisang - potong menjadi 2 bahagian
100 gr keju cheddar - parut / potong nipis
Sedikit coklat rice

Bahan gliss :
1 biji kuning telur, pukul ringan

Cara membuat:
Campur semua bahan kulit kecuali shortening, uli sehingga hingga kalis. Diamkan adunan dalam peti pendingin selama 10 menit. nipiskan adunan hingga setebal 0,5 cm. sapukan dengan 1/3 bagian shortening pada permukaan adunan, lipat bagian. Simpan dalam peti pendingin selama 15 menit.
Ulangi mengoles shortening dan melipat adunan hingga 3 kali (hingga shortening habis). rehatkan adonan dalam  peti sejuk selama 30 menit.

Inti : potong pisang menjadi 2 bahagian. Keluarkan adonan kulit, tipiskan hingga setebal 0,3 cm. Potong berbentuk persegi ukuran 10x10 cm. Letakkan keju dan pisang di atas tiap potong adonan kulit, tabur coklat rice, lipat seperti membuat sampul surat. susun adunan di atas loyang yang di lapik kertas minyak. Sapu pisang molen dengan kuning telur. Bakar dalam oven bersuhu 160 °C hingga masak dan kekuningan, Angkat.


Saturday, September 14, 2013

Kek Hantaran


Salam rakan - rakan semua, minggu ni memang sibuk sikit ada beberapa tempahan yang kena di buat! Kita layan gambar kek untuk hantaran pertunangan untuk Ellya dan juga Hafizi. Terimakasih kerana menempah dan maafkan jika ada kekurangan selamat bertunang.

Monday, September 9, 2013

Daging Masak Merah Ala Thai


Salah satu menu wajib di pesan kalau singgah di restoran Thai lagi. Selain dari pada Penang Char Hor Fun, daging masak merah ala Thai ini adalah hidangan kegemaran anak - anak. Di dalam peti ais masih ada stok daging batang pinang yang saya beli dekat pasar tani beberapa hari yang lalu. Hmm, nampak nya saya akan masak daging  merah ala Thai kegemaran mereka ! Apa bahan - bahan yang harus di sediakan dalam membuat hidangan ini? Meh kita semak bersama - sama!

Daging Masak Merah Ala Thai
1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - di potong bulat
3 biji bawang putih - di ketuk
5 biji cili api / cili merah - di ketuk  / potong nipis
1/2 sudu kecil kicap pekat
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - dititik
Serbuk pati ayam secukupnya
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya :
Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air di ikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata. Kemudian masukkan garam, gula, dan serbuk pati ayam  kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi  bawang besar, dan cili padi. sebatikan, hidangkan bersama nasi putih.


Popia Seaweed


Sedap juga rupanyee popia nori ni! krap krup - krap krup tak sedar dah nak habis setenga balang! Hehe. Satu lagi resepi cemilan yang sangat mudah di buat. Hanya gabungan dari kulit popia, telur dan seaweed boleh menghasilkan kudapan enak dan berperisa! Kalau ada masa terluang korang cubalah nati, memang berbaloi super simple super sedapp. Sampai berjumpa lagi.

Popia Seaweed
1 bungkus kulit popia
1 bungkus dried seaweed
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Secubit garam
Minyak untuk mengoreng - secukupnya

Cara Membuat :
Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakan garfu masukkan serbuk lada dan serbuk pati ayam. Pukul sebati. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur tadi di atas permukaan kulit popia  hingga mnutupi keseluruhannya.
Susun dried seaweed di atas kulit popiah yg sudah dsapu telur tadi dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lagi. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popia / dried seaweed habis.

Gunting kulit popiah yg sudah berinti tadi mengikut bentuk dan saiz yg di sukai. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan. Angkat dan toskan. Naahhh..sdh sedia utk dimakan begitu saja atau bersama sos  / topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara. SELAMAT MENCUBA!


Friday, September 6, 2013

Penang Char Hor Fun


Selalunya kalau singgah di gerai makan semestinya saya akan order char hor fun ini, boleh di katakan juga sebagai menu feveret keluarga! Di hidangkan panas - panas memang tersangatlah sedap! Makan sepinggan memang rasa tak cukup kadang - kadang rasa macam nak tambah lagi. Hehe.
Hidangan ini cukup femes di Malaysia dan juga Singapore. Pernahkah rakan - rakan mencuba  sendiri membuatnya di rumah? Kalau belum, apa kata kita belajar bersama - sama! Cukup mudah dan rahasia untuk melezatkan lagi char fun ini, selepas siap di masak kena hidang dengan segera! Selamat memasak kawan!!

Penang Char Hor Fun
500 gram kuetiaw
1 sudu besar kicap
3 sudu besar minyak masak
3 cawan air /  rebusan udang / ayam
1 pokok sawi - di potong
50 gram udang
1 peket fish cake - digoreng dan potong
1 biji telur
Sedikit carrot - potong bulat
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 biji cili merah - potong memanjang

Bahan sos :
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap ikan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air - larutkan

Cara Membuat :
Panaskan minyak, masukkan kuetiaw dan kacau, masukkan kicap  dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Ketepikan sekejap. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih bersama cili merah potong kacau goreng.

Masukkan air / air rebusan, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, masukkan kicap manis, kicap ikan, serbuk lada, sos tiram garam dan gula. Masukkan sayur sawi dan carrot, kacau.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit.

kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih masukkan fish cake dan udang. Kacau sekejap. Pecahkan telur dan masukkan kedalam kuah tadi, kacau  bentuk bulat menggunakan copstik dan terus tutup api dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi. Hidang semasa panas!


Thursday, September 5, 2013

Oatmeal Cookies


Masih ada stok oats di dapur! Plan nak habiskan sebab takut rosak. Pilihan tentu pada cookies lagi kerana step dan caranya sangat mudah. Cookies ni pun tak lah serumit mana, mula - mula hanya perlu pukul marjerin dan minyak sapi dulu dan step berikutnya hanya masuk oats dan tepung! Cukup rangup dan tak jemu makan biskut ni, sesuai sangat di jadikan kudapan untuk melepak depan tv!



Oatmeal Cookies
125 gram oatmeal - kisar halus
100 gram gula halus
1 sudu besar serbuk koko
100 gram mentega / marjerin
75 gram ghee
200 gram tepung biskut

Bahan Hiasan :
Susu tepung secukupnya

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan pukul mentega, minyak sapi dan gula halus hingga sebati. Masukkan serbuk koko dan oatmeal. Pukul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang lembut. Bentukkan mengikut acuan kegemaran. Bakar pada suhu 180 C sehingga cookies keperangan. sejukkan dan salut dengan susu tepung. Simpan di dalam bekas kedap udara  agar  kekal rangup.


Sunday, September 1, 2013

Sotong oriental


Salam tengah hari buat semua, terimakasih kerana masih sudi singgah - singgah kat sini! Hiyy, ada kee? Sebetulnya harini sangat malas nak masak ingat nak tapau je dari kedai tomyam ka, kedai mamak ka, nak rehat banyak - banyak gituu, tetapiiii si adik pulak nak makan lauk sotong kegemaran dia. Opss masuk juga dapur akhirnya. Hehe. Untuk resepi sotong ni saya selongkar dapur Madiha pulak!! Rasa yang sedap dan agak unik. Itulah citernya.  Happy cooking semuaa!

Sotong oriental
500 gram sotong
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih -  hiris halus
1/2 biji green capsicum -  dipotong
1/2 biji red capsicum -  dipotong
5-6 biji cili padi -  diketuk (optional)
Gula dan garam secukup rasa

Bahan sos :
2 camca besar pes tomyam
2 camca teh serbuk kari ikan
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca teh sos ikan (nampla)
Sedikit air

Cara Memasak :
Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.

Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.

Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi