Nuffnang

Sunday, June 15, 2014

Chicken Ball Goreng


Salam buat semua reader. Nak sharekan sarapan mudah ala Vemale.com. Menu ini cukup berkhasiat dan sihat kerana ada kandungan sayuran dan juga cincangan dari dada ayam, semuanya di buat fresh dan cepat saji untuk anak - anak dan keluarga tersayang! Cuba yok!!

Chicken Ball Goreng
Bahan A :
2 sudu besar mentega
100 gram daging ayam kisar
50 gram jagung manis
1 btg daun bawang - potong halus
100 gram lobak merah - potong dadu kecil
100 gram buncis - potong halus

Bahan B :
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk pati ayam

Bahan C :
300 ml susu cair
150 gram tepung gandum

Bahan D :
3 biji putih telur - pukul ringan
150 gram serbuk roti
MInyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Bahan A : panaskan mentega, masukkan ayam cincang, tumis hingga berubah warna dan masak. Tambahkan bahan lainnya kacau hingga rata. Masukkan Bahan B kacau sebati.Tambahkan Tepung gandum pada bahan C, sambil di tuang susu cair, kacau terus hingga rata dan kalis. Angkat. Sejukkan.

Ambik satu sudu besar adunan, bentukan bulat, gulingkan pada serbuk roti, celupkan pada putih telur, gulingkan lagi pada serbuk roti lagi. Lakukan hingga adunan habis. Panaskan minyak, goreng chicken ball hingga kuning keemasan. Angkat dan sajikan dengan sos kegemaran yaa!



Order


Tempahan anniversary kek dari cikgu Maz. Terimakasih ya!

Friday, June 6, 2014

Nasi Padang


Salam dan berjumpa kembali dengan cerita nasi padang. Masakan Padang adalah nama yang digunakan untuk menyebut segala jenis masakan yang berasal dari kawasan Minangkabau, provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Semua jenis masakan ini lebih popular dengan sebutan masakan Padang. Meskipun sesungguhnya berbagai resepi masakan Sumatera Barat mayoritas tidak berasal dari kota Padang, misalnya kota Bukittinggi, Solok,Padang Pariaman,Payakumbuh, dan sebagainya juga dikenal memiliki tradisi kulinari yang kaya. Rumah makan Padang atau rumah makan urang awak adalah sebutan untuk usaha rumah makan yang khusus menyajikan masakan Padang di luar daerah. Hari ini saya  nak sharekan beberapa resepi lauk yang telah di cuba di dapur saya, semoga membawa manfaat kepada rakan - rakan semua yang ingin mencuba yaa!

Begedil Padang
1/2 kg ubi kentang
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
1/2 biji telur ayam
1 biji telur ayam - pukul ringan untuk salut begedil
1 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek / tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu. Satukan kesemua bahan - bahan di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan lonjong ataupun bulat. Buat hingga habis. Dalam bekas lain,  pecahkan 1 biji telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.

Telur Dadar Padang
4 biji telor ukuran sedang
3 sudu besar kelapa parut
2 btg daun  bawang -  potong nipis
Garam secukupnya
2 sudu besar tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Rempah halus :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah

Cara membuat :
Pukul ringan telur, lalu masukan bumbu halus, kelapa parut.Tambahkan potongan daun bawang, garam dan tepung beras. Panaskan pan anti lekat dan beri 2 sudu besar minyak goreng.Tuangkan adunan telor lalu tutupkan sekejap dan masak dengan api sedang. Setelah masak, balikan telur.Tunggu sehingga telur betul - betul masak. Potong sesuai selera sebelum disajikan.

Sambal Cili Hijau Padang
100 gram cili hijau besar
50 gram cabai melaka (untuk hasil lebih pedas)
4 ulas bawang merah
3 sudu teh minyak goreng - utk menumis
2 ulas bawang putih
2 buah tomato hijau
1/2 sudu teh air limau nipis
Gula dan garam secukupnya

Cara Membuat :
Potong kasar cili hijau dan cabai melaka.  Kemudian kukus cili hijau dan cabai melaka bersama dengan bawang merah, tomat, dan bawang putih kurang lebih 5 menit. Angkat. Jika sudah layu, tumbuk bahan diatas secara kasar. Usahakan saat menumbuk, semua bahan tercampur sempurna. Siapkan minyak goreng dan tumis semua bahan - bahan sehingga naik bau.Tambahkan gula, air limau dan garam pada tumisan dan kacau rata.  Angkat sambal dan sajikan bersama lauk yang lain.

Urap Sayur Padang
100 gram tauge
100 gram kacang panjang - potong 1 inci
50 gram kelapa parut
2 sendok makan minyak goreng - utk menumis

Rempah haluskan :
3 biji cabai merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1sudum teh belacan bakar
1 inci kencur
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat :
Cuci bersih sayuran lalu rebus sekejap sahaja, jangan sampai sayuran terlalu lembut. Ketepikan. Tumis rempah halus dengan sedikit minyak Masukkan kelapa parut ke dalam rempah yang sudah di tumis tadi. Masukkan sayuran yang telah di celur tadi. Kacau sehingga rempah tercampur rata.

Ikan Tongkol masak Padang
500 gram ikan tongkol
3 sudu besar air limau nipis
Minyak utk menumis
Air secukupnya
2 keping asam gelugor
1 inci lengkuas - di ketuk
2 keping daun salam
2 keping daun limau purut
1 batang serai - diketuk bagian putihnya
2 biji  buah pelaga
Sedikit daun kunyit - siat halus

Haluskan :
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuat :
Bersihkan ikan, beri air limau nipis ketepikan. Tumis semua rempah dengan sedikit minyak sehingga rempah naik bau tambahkan asam gelugor, lengkuas dan rempahh yang lainnya. masukkan air, masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan kecilkan api, masak hingga kuah sedikit pekat.


Wednesday, June 4, 2014

Bubur Ayam Ala Bandung


Salam semuaa, hari ini kita singgah di Bandung pulak! Hehe. Bandung memang sangat femes dan kaya akan kulinari seperti batagor, es teller dan bubur ayam. Hari ini saya akan kongsikan cara membuat bubur ayam iaitu olahan nasi dengan tekstur lembut menjadi menu istimewa di padukan dengan berbagai kombinasi bahan - bahan yg lain. Memang cukup enak dan memberikan kelainan. Menu ini selalu di hidangkan pada waktu sarapan pagi, jom semak resepi daripada sajian sedap ini yaa!


Bubur Ayam Ala Bandung
200 gram beras - dicuci bersih
1500 ml air rebusan ayam
1/2 sendok teh garam
1/2 sendok teh serbuk lada sulah
2 lembar daun salam
2 sudu teh serbuk pati ayam

Bahan Kuah Kuning :
3 ulas bawang putih - dihaluskan
1 cm halia -  dihiris
30 gram udang kering -  dihaluskan
2 sudu teh rempah kari
750 ml air rebusan ayam
1/4 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
3/4 sudu teh gula pasir
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Pelengkap :
3 ketul pak tongko - di potong-potong
1/2 ekor ayam - direbus dalam air 1 liter toskan di beri garam dan serbuk kunyit dan goreng kemudian kemudian di siat -  siat halus.
keropok kanji goreng secukupnya
1 batang daun bawang - potong halus
1 batang daun sup - potong halus
3 biji telur rebus - masing - masing  di potong 4 bahagian

Bahan Sambal :
5 - 6 biji cabai melaka - di rebus kemudian tumbuk dan di beri sedikir garam dan air rebusan ayan tadi.

CaraMembuat :
Untuk bubur masak air rebusan ayam, beras, garam, serbuk lada sulah, daun salam, dan serbuk pati ayam sambil di kacau sehingga bubur menjadi pekat.
Untuk kuah  tumis bawang putih, halia, dan udang kering sehingga naik bau. Tambahkan rempah kari. kacau rata.Tambahkan air rebusan, serbuk lada sulah, garam, dan gula pasir. Kacau  rata. Sajikan bubur ayam bersama dengan bahan pelengkap, kuah kuning dan juga sambal jika suka.


Monday, June 2, 2014

Lontong Pecal


Salam. Tiba - tiba hari ini teringin nak makan lontong pecal. Terbayang - bayang akan kesedapan salad dari jawa ini! Hmm memang pecal adalah salah satu makanan favorite yang senang jer cara penyediaannya. Memandangkan anak - anak sedang bercuti dan ada di rumah saya buatlah kuah pecal ini tak berapa pedas, bolehlah depa nati join sekali kalau teringin nak cuba kan. Jom kita layan resepi dari Cik Mat dan Che Iza ini. Memang sangat menepati citarasa.

Lontong Pecal
5 cwn beras
daun pisang secukupnya
Lidi pencucuk
sedikit garam

Cara Membuat :
Basuh beras dan tosakan airnyer. Saya akan basauh at least 2 jam sebelum nak mengisi dlm daun.
Bersihkan daun pisang dan kerat daun sebesar 35cm. Gulung daun pisang. Lubang dia lebih kurang sebesar botol atau kayu penggelek  lebih kuranglah. Lipat hujung daun dan cucuk dgn lidi. Masukkan beras sebayak 2/5 kedlm bekas daun pisang tu.Cucuk hujung daun ngan lidi.Rebus sekurang-kurangnyer 2 jam. Masukkan sedikit garam dlm air rebusan.

Bahan Sayuran :
Pucuk ubi -  dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang -  kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun -  hiris memanjang
Ubi kentamg rebus -  hiris memanjang
Tauhu - goreng dan hiris
Tempe - goreng dan hiris
Taugeh - buang ekor dan celur sekejap, toskan

Bahan Kuah :
150 gram kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan dibakar
1 1/2 camca besar udang kering - rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering - kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
 Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.

Cara Penyajian : Susun semua bahan2 sayur dan juga potongan lontong dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. 

enjoy!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi