Nuffnang

Sunday, July 15, 2012

Tat Nenas lagi...



Pagi tadi ada buat  tat nenas  untuk customer saya, tak banyak hanya 100 biji aje. Saya lebihkan adunannya untuk buat kudapan depan tv. Hmm lagi pun kejap lagi kita nak sambut bulan puasa kan, tinggal beberapa hari lagi. Resepi yang saya taip ni hanya 1/2 adunan sahaja kalau nak dapat banyak bolehlah gandakan. Selamat mencuba ...

Bahan - Bahannya :
125 gram butter
30 gram gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
200 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram susu tepung
Jem nenas untuk intinya
1 biji kuning telur untuk di sapu atas biskut

Cara Membuat :
Pukul butter dan gula sekejap aje, masukkan esen vanila dan juga kuning telur pukulkan sehingga sebati. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung pukul hingga sekata.Isikan doh di dalam acuan tat nenas. Paipkan memanjang dan letak jem nenas gulungkan dengan kemas. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah di sapu nipis marjerin. Sapu tat dengan sedikit kuning telur, bakar pada suhu 170 C sehingga keperangan.



Seseorang yang bertanyakan acuan / cetakan tat nenas, harap boleh membantu, ya. Ini alat yg saya gunakan.

Sunday, July 1, 2012

Brownies Kukus Pandan Keju



Hari ini ada buat brownies kukus. Mudah sahaja buat dia, rasanya pun cukup istimewa kerana ada parutan keju chedar di dalam adunan nya. Cuba satu potong memang tak cukup, lembut dan gebu kejadiannya. Apalagi tunggu, jom ke dapur!!

Bahan - Bahannya :
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh ovellete
200 gram marjerin - cairkan
75 gram keju cheddar - di parut
1/2 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu teh pasta pandan

Cara Membuat :
Panaskan periok pengukus. Sapu acuan dengan sedikit marjerin. Ketepikan. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Pukul telur dan gula kastor sekejap masukan ovallete, pukul sehingga pekat dan naik gebu. Masukkan tepung dan marjerin cair secara berselang - seli sambil di kacau rata gunakan spatula.

Bahagikan adunan menjadi dua bahagian. Untuk adunan keju tambahkan keju yang telah di parut, dan untuk adunan pandan masukkan pewarna hijau dan juga pasta pandan. Kacaukan sehingga sekata.

Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di siapkan tadi secara berselang - seli. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak. Sajikan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi