Nuffnang

Monday, June 28, 2010

Dried Shrimp Chili Sauce


                                             

Ingredients :
15 red chilies, sliced and seeded
2 Tbs. dried shrimp paste
2 medium-sized tomato, chopped
2 small shallots, peeled and sliced
2 cloves garlic, peeled and bruised
2 Tbs. oil
1 tsp. sugar
1 Tbs. salt
1 Tbs. lime juice

Instructions :
Heat oil over medium heat and sauté the first five ingredients for approximately 2-3 minutes.With a mortar and a pestle, grind the sautéd ingredients along with the rest of the ingredients.  Note : keeps up to 1 week or longer if refrigerated.
Source : kitchencake.com
                       

Kek Gula Hangus

Siapa yang tidak menggemari kek gula hangus yang cukup popular ?  Selain
memiliki rasa yang sangat istimewa, aroma gula hangus juga sungguh harum dan
membangkitkan keinginan untuk menikmati. Selain di panggil kek gula hangus,  
ada juga yang menggelar dengan nama kek sarang lebah.  Ini kerana tekturnya
yang berlubang - lubang seakan sarang lebah. Ini resepinya...

                                                    
Bahan - bahan :
425 gram gula pasir
450 ml air panas
180 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
8 biji telur ayam
150 gram marjerin
2 sudu teh soda bikarbonat
200 ml susu pekat manis

Cara Membuat :
Masukkan gula pasir ke dalam kuali, masak di atas api sehingga hangus keemasan. Tuangkan air panas. Biarkan mendidih dan gula larut menjadi karamel. Angkat. Pukul marjerin dan susu pekat manis sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus di pukul. Hentikan mesin pemutar.
     

Masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan marjerin sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Tuangkan karamel ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga rata. Perapkan adunan selama 2 jam. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu marjerin dan di taburi tepung. Bakar dlm ketuhar, suhu 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak.                                                                                                                                                                

Sunday, June 27, 2010

Fuyunghai


Bahan - Bahan :
4 biji telur
100 gram kentang - parut kasar
50 gram udang tanpa kulit - cincang halus
1/4 labu bawang besar, cincang halus
1 batang daun bawang - hiris halus
1 sudu makan tepung gandum
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :
Pukul ringan telur. Masukkan telur, udang, bawang besar, daun bawang, tepung
gandum, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau  rata. Tuangkan dalam
kuali cengkung berisi minyak yang telah di panaskan.  Goreng sehingga masak.

         
Bahan Sos :
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/4 labu bawang besar - cincang halus
1 biji tomato, celur dan potong dadu
3 sudu makan sos tomato
1 sudu teh kicap inggeris
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir
200 ml stok ayam
1 sudu teh tepung sagu dan 1 sudu teh air
1/2 sudu teh air perahan lemon
1 sudu makan minyak untuk menumis
1 batang daun bawang - potong serong

Cara Membuat :
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan tomato,
sos tomato, kicap inggeris, garam, serbuk lada sulah, gula pasir dan stok ayam.
Masak sehingga matang. Pekatkan dengan larutan tepung sagu. Masak sehingga
meletup - letup. Masukkan air perahan lemon dan daun bawang. Kacau rata.
Tip : Minyak perlulah  banyak supaya telur mengembang.

Sumber : Sedap
               

Saturday, June 26, 2010

Crackers Udang Goreng


Bahan - Bahan :
2 sudu makan marjerin
250 gram crackers persegi
300 gram udang saiz sedang - rebus dan cincang kasar
75  gram bawang besar - cincang halus
75 gram tepung gandum
200 ml susu segar
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :
Cairkan marjerin, tumis bawang besar sehingga naik bau, masukkan udang dan kacau sebati. Tambahkan tepung gandum,  kacau dan tuang susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga licin.  Masukkan garam, serbuk lada sulah, kacau  hingga sebati.

                      
Ambik sekeping crackers, sapu dengan adunan udang tadi, tutup dengan sekeping crackers lagi. Tekan sehingga padat, buat sehingga habis.  Panaskan minyak, goreng crackers sehingga garing dan berwarna kuning keemasan. Sajikan.  

Sumber : Nuraini. w    

Bihun Sup



Bihun Sup
600 gram daging tulang
1 paket bihun - dicelur

Bahan B : dimesin
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
4 sudu ketumbar
10 ulas bawang merah - dihiris
7 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu kecil lada sulah

Bahan C :
1/2 inci halia - dihiris
2 sudu besah rempah kurma
1 uncang sup bunjut
2 kiub perencah sup tulang
Air secukupnya

Bahan D :
1 sudu besar  lobak masin
Daun sup dan daun bawang
2 biji asam limau
4 keping tauhu - digoreng dan dihiris nipis
Garam gula secukup rasa
Bawang goreng secukupnya

Cara  Membuat :
Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga wangi. Kemudian masukkan bahan C dan air secukupnya. Masukkan daging tulang dan rebus hingga dagingnya empuk, tambah air jika perlu. Kemudian masukkan garam secukup rasa.  Setelah masak boleh dihidang bersama bihun dan bahan D.

                                                
Cara Menghidang :
Masukkan bihun, daun sup, daun bawang, bawang goreng, dan lobak masin. Perah limau nipis dan tabur cili potong jika suka, sebelum  menghidang.

Wednesday, June 23, 2010

Sambal Mangga


Bahan - Bahan :
5 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji mangga muda - dihiris
1 cm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit udang kering
Garam dan gula secukupnya
Sedikit bahan perasa

Cara Membuat :
Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Kemudian masukkan
mangga yang di hiris halus.  Masukkan sedikit ikan bilis dan udang kering.
rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.   Masukkan sedikit bahan   
perasa dan gaul rata. Enak dimakan bersama ulam - ulaman segar.


Tuesday, June 22, 2010

Ayam Goreng Ala Thai


Bahan - Bahan :
800 gram ayam  -  dipotong kecil
10 gm bawang putih - dihiris
80 gm bawang besar - dihiris
2 biji cili padi - dihiris
10 gm halia - dihiris
80 gm lada benggala merah dan hijau
1 batang serai - dititik
4 helai daun limau
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap ikan Thai
2 sudu makan kicap cair
1 biji air limau nipis
1 sudu makan pes tomyam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketumbar
50 ml minyak masak

Cara Membuat :
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan - bahan lain dan
kacau hingga masak. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

                                                 
                                   

Monday, June 21, 2010

Beef Goulash

''Goulash adalah sup atau hidangan tradisional orang Hungaria yang di buat dengan daging, bawang besar merah, sayur - sayuran,  rempah dan lada benggala. Orang Hungaria menyebutnya Gulyasleeves.   Maknanya,   sup  lembu  penternak  atau penggembala. Ciri istimewa sup ini pekat dengan warna kecoklatan yang diperolehi dari lemak.''


Beef Goulash
300 gram daging perut bahagian dalam - potong dadu
1 biji tomato / buang biji dan potong dadu
1 biji lada benggala hijau - potong dadu
200 gram kentang - potong  dadu
100 gam lobak merah - potong dadu
1 ulas bawang putih, cincang kasar
1 labu bawang besar, potong dadu
2 sudu makan pes tomato
1/2 sudu teh serbuk jintan
1/2 sudu teh serbuk paprika
3 helai daun bay
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu teh garam
1/2 sudu  teh serbuk lada  sulah
1/2 sudu teh gula pasir
1500 ml air
2 sudu makan marjerin untuk menumis

Cara Membuat :
Tumis bawang putih, bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan daging. Kacau sehingga berubah warna. Masukkan tomato, lada benggala hijau, lobak merah dan kentang, kacau sehingga layu.
Masukkan pes tomato, serbuk jintan, serbuk paprika, daun  bay, lada hitam, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir.  Kacau rata.  Tuangkan air. Masak sehingga pekat dengan api kecil.  Jika  goulash mulai memekat, kacau terus supaya tidak hangus.
sumber : Sedap      

Saturday, June 19, 2010

Vanilla Blueberry Cake


Nak kogsikan resepi kek yang cukup lembut dan sedap ini, bahan - bahannya pun sangat simple dan ringkas tetapi boleh menjadi hidangan yang cukup istemewa. Resipi asal sponge cake dari Chef Alex Goh. 

Vanilla  Blueberry Cake
3 biji kuning telur
20 gram gula halus

100 gram tepung gandum -  diayak
50 gram mentega cair
1 camca teh esen vanilla

3 biji putih telur
100gm gula halus

Isian Blueberry dan whipping cream utk hiasan

Cara Membuat :
Pukul kuning telur bersama gula halus sehingga sebati. Ketepikan. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga kembang dan kental.Masukkan gula halus. Teruskan memukul sehingga kental dan tidak tumpah
bila mangkuk diterbalikkan. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Gaul sebati. 

Kaup balikkan tepung gandum. Lakukan sekadar tepung gandum sebati dengan adunan. Jangan terlebih pukul.Kaup balikkan mentega cair dan esen vanilla.Tuang ke dalam acuan yg telah dilapik kertas gris. Bakar selama25min - 30min. Keluarkan serta-merta setelah siap dibakar dan sejukkan atas redai.Potong kek kepada dua bahagian dan lapiskan dengan isian blueberry & whipping cream.

Friday, June 18, 2010

Macam - Macam Ada

Hai semua, nak share gambar - gambar ni bolehkan.. gambar ni tak lah cantik
mana, tetapi sedap mata memandang. Jom tengok!




                                         
                                          
                 
                     
   
                                         

                                                                                                                                   

Tuesday, June 15, 2010

Daging Goreng Kunyit

Selamat Pagi, harap sihat walafiat semuanya yee. Simple dish hari ini..

                                          
Bahan - Bahannya :
1/2 kg daging  lembu / di rebus hingga empuk dan dipotong nipis

Bahan  Di kisar :
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
1 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan Lainnya :
1 labu bawang besar - potong bulat
1 biji tomato - potong bulat
Sedikit minyak masak untuk menumis
2 sudu teh serbuk kunyit
Cili merah atau cili hijau - potong nipis
Sedikit daun kari
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Gorengkan daging yang telah di rebus lebih  kurang 2 - 3  minit. Panaskan
minyak dan tumiskan kisar sehingga naik bau, masukkan daun kari, tomato, 
bawang besar, serbuk kunyit dan daging tadi.

Goreng selama beberapa minit dan masukkan cili hijau atau cili merah yang
di potong. Akhir sekali masukkan garam  dan sesuaikan rasa.

Sunday, June 13, 2010

Roti Nan


Bahan - Bahannya :
200 gram tepung gandum
200 gram tepung naik sendiri
2 sudu besar plain yogurt
2 sudu teh yis segera
1 biji telur
2 sudu besar butter / marjerin
1 sudu besar gula
Sedikit garam
Air suam secukupnya - untuk menguli
                                               


Aktifkan yis di dalam cawan berisi ais suam.
Tunggu sehingga yis timbul. Di dalam mangkuk
lain campurkan tepung gandum, tepung naik
sediri, gula,  dan telur. Gaul sebati. Masukkan
yis, marjerin  dan yogurt. Uli hingga lembut.
Masukkan garam dan air suam sedikit demi 
sedikit sambil di uli hingga menjadi doh.
                      


Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan
adunan. Timbang setiap adunan dalam 80 gram.
Bulatkan dan biarkan doh rehat lagi selama 10
minit. Canai nipis adunan. Bakar atas kuali leper
( non stick pan )   tanpa menggunakan minyak,
menggunakan api sederhana. Sedap di makan
besama  kari daging atau ikan.


                                               

Saturday, June 12, 2010

Buncis Mini Bersos


Biasanya buncis hanya di tumis begitu sahaja. Kali ini, buncis di sira dengan sos
hingga kerangupannya masih boleh di pertahankan. Jom masak...



Bahannya :
200 gram buncis mini / siang - rebus masak dan ketepikan

Bahan Sos :
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - hiris panjang
2 biji cili merah besar - buang bijinya, hiris halus
200 gram tauhu cina - potong panjang dan goreng berkulit
10 biji telur puyuh rebus
2 sudu makan taucu
1 sudu  teh kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula pasir
500 ml air stok ayam
1/2 sudu makan  tepung sagu dan 1 sudu makan air, larutkan - utk pemekat
2 sudu makan minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang - potong panjang untuk taburan

Cara Membuatnya :
Sos :  tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah besar sehingga terbit
aroma. Masukkan tauhu cincang dan telur puyuh rebus. Kacau rata. Masukkan
taucu, kicap manis, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.

                   
Tuangkan air stok ayam. Didihkan. Pekatkan dengan larutan tepung sagu. Masak
sambil di kacau hingga meletup - letup. Hidangkan buncis dengan menyira sosnya.
Taburkan daun bawang hiris.

Sumber : Paduan Seni Kuliner

Coffe Bun 2



Bahan - Bahan nya :
350 gram tepung roti
60 gram gula pasir
1 sudu makan susu tepung
2 sudu teh yis segera
1 biji telur
1 sudu makan kopi dan 175 ml air panas, larut dan sejukkan
50 gram marjerin
1/2 sudu teh garam

Bahan Inti :
50 gram mentega putih
50 gram mentega tawar
140 gram susu pekat manis
2 sudu teh kopi + 2 sudu makan air panas, larut dan biarkan sejuk
50 gram coklat urai untuk taburan

Cara Membuat :
Campurkan tepung roti, gula, susu tepung dan yis. Masukkan  telur dan air kopi
sedikit demi sedikit sambil di uli hingga tidak melekat. Masukkan marjerin dan
garam.  Uli lagi sehingga doh menganjal.  Biarkan  doh  rehat  selama 30 minit.
Kempiskan adunan.  Ambil sedikit adunan dan  timbang  setiap satunya seberat
50 gram.


Bentukkan bulat. Tekan sedikit dan biarkan selama 60 minit. Untuk membuat inti
nya, pukul mentega putih dan mentega tawar sehingga lembut. Masukkan susu
pekat manis dan air kopi. Kacau rata. Belah 2 roti tidak sampai putus. Masukkan
inti dan taburkan coklat urai di atasnya. Hidangkan.

                                       
 Sumber : Sedap
                                       

Thursday, June 10, 2010

Makaroni Flan



Bahan - Bahannya :
60 gram makaroni / rebus hingga kembang dan lembut
3 biji telur
300 ml susu cair
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan Toping :
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
50 gram jagung manis
1/2 labu bawang besar - dihiris mamanjang
50 gram cendawan butang - dibelah dua
2 batang sosej lembu - potong bulat
100 gram daging cincang
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan marjerin untuk menumis
100 gram keju mozzarella - parut kasar utk toping

Bahan Sos :
1 sudu makan marjerin
1/2 labu bawang besar - dicincang
3 biji buah tomato - cincang
1 1/2 sudu makan pes tomato
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam
1 1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh oregano
100 ml air

Cara Membuatnya :
1. Kacau bahan makaroni.  Tuang di  dalam bekas  tahan panas berdiameter
22cm yang telah di sapu dengan marjerin. Rendamkan bekas di dalam loyang
yang berisi air.  Bakar sambil  di rendam  selama  30 minit  di dalam  ketuhar 
dengan suhu 180 C sehingga masak keseluruhannya.

2. Untuk membuat sosnya, cairkan marjerin dan tumis bawang besar sehingga
naik bau. Masukkan tomato cincang, pes tomato, garam, lada sulah dan gula.
Kacau rata. Tuang air.  Masak sampai  meletup - letup.  Masukkan  oregano.
Kacau rata. Angkat. Tuangkan di atas makaroni.


3. Menyediakan topping, tumis semua bahan topping kecuali keju mozzarella
sehingga layu. Tuangkan ke atas makaroni dan taburkan keju mozzarella. Bakar
di dalam ketuhar selama 15 minit dengan suhu 180 C sehingga keju kelihatan
mencair.

Sumber : Paduan Seni Kuliner

Wednesday, June 9, 2010

Pasta Goreng


Assalam'mualaikum dan selamat tengah hari...




Bahan - Bahan
300 gram pasta
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
150 gm cili kering - kisar
50 gm sos cili
60 gm sos tomato
1/2 camca besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
40 gm kicap pekat
40 gm sotong
50 gm udang
50 gm isi ayam
Garam dam gula secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Rebus pasta hingga lembut dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bawang
hingga garing. Kemudian masukkan sotong, isi ayam, udang dan kacau hingga ma-
sak. Masukkan sos cili, sos tomato, cili kisar, sos tiram. Gaul sebati.

2. Masukkan pasta dan kacau perlahan - lahan, masukkan kicap pekat, serbuk
pati ayam, garam dan gula secukup rasa.  Kacau higga semuanya sebati. Sedia
dinikmati, hidangkan selagi panas.

Tuesday, June 8, 2010

Cucur Udang Lagi!!


Bahan - Bahannya:
250 gram tepung gandum
Udang basah saiz kecil - ikut selera
40 gram tauge
50 gram daun kucai - potong satu cm
1 sudu teh serbuk  lada sulah
1 sudu teh serbuk pati  ayam
Sedikit  pewarna kuning atau serbuk kunyit
180 ml air sejuk
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Campurkan semua bahan - bahan dan gaul hingga sebati, jangan terlampau pekat atau terlampau cair bancuhannya.  Goreng hingga  kekuningan.  Sedap di makan bersama kuah kacang.
       

                                                                                              
Bahan Kuah Kacang :
250 gram kacang tanah - goreng tanpa minyak dan di tumbuk kasar
1 batang serai - di ketuk
1 cm lengkuas - di ketuk
50 gram gula merah
200 ml air sejuk
Garam secukupnya

Bahan Kisar :
3 ulas bawang  merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
50 gram cili kering

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang  telah di kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan kesemua bahan dan masak sehingga  kuah pekat.

Jus Mangga



Bahan - Bahannya :
200 ml jus mangga
85 ml madu
50 ml ais krim vanila
Ais ketul secukupnya

Cara Membuatnya :
Kisar jus mangga bersama madu dan ais krim vanila. Tuang ke dalam gelas dan
masukkan beberapa  ketul ais. Sedia dihidang.

Sunday, June 6, 2010

Donat Ala Pizza



Bahan - Bahannya :
500 gram tepung roti
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh serbuk penaik
50 gram gula pasir
1 biji telur
250 ml susu cair
50 gram marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu makan bijan - saya tak letak

Bahan Toping :
5 batang sosej - dipotong - potong
1/2 biji capsicum merah, potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
100 gram cendawan butang - belah dua
230 keju mozzarella

Bahan Sos :
2 sudu makan minyak untuk menumis
1 labu bawang besar - cincang
200 gram daging cincang
8 biji tomato rebus - buang biji dan kulit - cincang
2 sudu makan pes tomato
2 sudu teh oregano
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk cili

Cara Membuatnya :
1. Donat: campurkan tepung, yis, baking powder dan gula. Kacau rata. Masukkan
telur dan susu cair sedikit demi sedikit sambil diuli  hingga menjadi doh. Masukkan
marjerin dan garam. Uli lagi sehingga doh menganjal. Masukkan  bijan dan  uli rata.
Biarkan doh rehat selam 15 minit.

2. Tekankan adunan. Bahagi kepada beberapa bahagian dengan berat 40 gram
setiap bahagian. Bulatkan. Biarkan selama 10 minit. Canai bulat atau memanjang.
Letakkan didalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Biarkan selama 20
minit sehingga mengembang.


3. Goreng dalam minyak yang penuh dengan api sederhana sehingga masak. Tumis
bawang besar sehingga terbit bau.  Masukkan  daging cincang,  kacau  masukkan
tomato. Kacau rata. Masukkan pes tomato,  sos tomato,  oregano,  garam,  gula,
lada sulah dan sebuk cili.  Masak sehingga  matang.  Letakkan  diatas  donat  dan
taburkan toping. Bakar seketika sehingga keju mencair.
                                                                                

Tip Untuk Donat Terbaik :
Ketika menggoreng donat jangan dibalik-balikkan supaya donat tidak akan menyerap minyak. Cukuplah sekadar dibalikan sekali sahaja. Setelah sejuk, donat seeloknya di simpan di tempat yang kedap udara atau dimasukan ke dalam beg plastik supaya kulit donat tidak kering.

Tekankan adunan sehingga benar - benar hilang udaranya supaya donat tidak akan menggelembung ketika di goreng. Penapaian terakhir seeloknya disesuaikan dengan suhu bilik. Apa yang lebih penting adalah adalah donat yang terlebih masa panapaiannya akan berkedut dan donat  yang  kurang proses penapaian  tidak akan  mengembang  dengan sempurna.

Sumber : Sedap                             


Saturday, June 5, 2010

Cheese Choco Cup Cake


Bahan - Bahannya :
200 gram marjerin
150 gram gula kastor
100 gram coklat masak hitam - cairkan
4 biji telur
200 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
50 ml susu cair
50 gram cip coklat
125 gram cheese spread untuk inti

Cara Membuatnya :
1. Pukul marjerin dan gula kastor sehingga lembut. Masukkan coklat masak hitam. Pukul rata. Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan  sebahagian tepung gandum sambil di pukul perlahan.

2. Masukkan baki tepung gandum, serbuk  koko dan serbuk penaik sambil di ayak dan di kacau rata berselang seli dengan susu cair. Masukkan cip  coklat dan kacau rata. Masukkan adunan 1/2 tinggi acuan muffin yang dilapiskan dengan cawan kertas.

3. Sudukan cheese spread. Lapiskan lagi  dengan adunan. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180 C sehingga masak.

Sumber : Sedap

                                    

Friday, June 4, 2010

Salad Segar Rempah Kacang


Bahan - Bahannya :
1 biji timun jepun, belah  dua - hiris nipis
100 gram lobak merah - parut kasar
100 gram kobis - hiris kasar
100 gram tauge
2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan air perahan lemon
6 helai salad kerinting - dikoyak - koyak
100 gram jagung manis - ambil isi

Bahan Sos :
100 gram kacang tanah tanpa kulit - goreng dan kisar halus
50 gram nenas - diparut
1 1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh cuka
2 1/2 sudu teh gula pasir
125 ml air panas
60 gram mayonis

Rempah Kisar Halus :
3 biji cili merah - goreng
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh belacan goreng

Cara Membuatnya :
1. Ramas - ramaskan timun jepun, lobak merah, kobis, tauge, gula pasir, garam
dan air perahan lemon sehingga layu. Sejukkan.

2. Sos: campurkan bahan kisar,  kacang tanah,  nenas, garam, cuka, gula pasir
dan air panas. Kacau rata. Masukkan mayonis. Kacau rata. Hidangkan bahan -
bahan dengan dicurahkan sosnya.




Thursday, June 3, 2010

Tuna Fritters With Garlic Mayo



Bahan - Bahannya :
100 gram tuna segar
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
200 gram kentang - potong dadu kecil dan goreng
1 biji bawang merah - cincang halus
1 sudu teh daun ketumbar - cincang halus
1/4 sudu teh garam
2 sudu makan krim pekat
1 sudu makan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti :
50 gram keju mozzarella - parut kasar

Bahan Salut :
1 biji telur - untuk pencelup
50 gram serbuk roti kasar

Bahan Sos :
100 gram mayonis
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 sudu teh daun parsli - cincang halus
1/2 sudu teh air perahan lemon




Cara Membuatnya :
Lumur tuna dengan air perahan  lemon,  garam,  serbuk lada sulah. Perapkan selama 15 minit. Kukus selama 20 minit sehingga masak. Siat kasar. Campurkantuna dengan semua bahan. Kacau rata.
Bentukkan bulat leper, saiz diameter 3 cm.  Celup  telur. Gulingkan dalam serbuk roti.  Goreng sehingga masak  dalam minyak  yang  telah dipanaskan dengan api sederhana. Kacau rata bahan sos. Hidangkan tuna bersama sosnya. Tip: Jika menggunakan tuna dalam tin, tuna boleh terus di adun tanpa di kukus
terlebih dahulu.

Wednesday, June 2, 2010

Ayam Goreng Mentega



Bahan - Bahannya :
1 ekor ayam, potong 12 bahagian
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh serbuk cili
Minyak untuk menggoreng

Bahan Tumisan :
2 ulas bawang putih - cincang kasar
3 helai daun limau - buang tulangnya
4 biji  cili kering - tumbuk kasar
2 sudu makan kicap inggeris
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
1 1/2 sudu teh air perahan lemon
100 gram marjerin untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Lumur ayam dengan garam, serbuk lada sulah, air perahan lemon  dan serbuk
cili. Perapkan selama 20 minit. Goreng sehingga masak.

2. Tumis: tumis bawang putih, daun limau, cili kering dan cili padi merah sehingga
terbit aroma. Masukkan  kicap  inggeris,  kicap manis, garam, gula pasir dan  air
perahan lemon. Masak sehingga pekat. Masukkan ayam. Kacau rata.

Tip:  Rempah akan  lebih menyerap  ke dalam isi ayam jika ayam dikelar - kelar
terlebih dahulu.

Tip Memasak Kekacang



 Untuk  memasak jenis bahan kekacang seperti kacang hijau ada cara khas,
supaya kacang hijau menjadi empuk dan sedap. Cuba tip di bawah ini..

1. Ambil kacang yang akan di masak, rendam dalam air selama 1 jam. Setelah
itu angkat dan cucilah bersih.

2. Barulah kacang tersebut siap dimasak.



     Dengan  melakukan perendaman di dalam air adalah bertujuan untuk meng-
hilangkan  kandungan gas dalam kekacang. Selain itu,  kacang juga  akan lebih
empuk, cepat masak dan lebih lemak.

Brazil Nut Cookies

                             
                                                                                                             
Pernahkah anda menikmati  hidangan istimewa daripada Brazil ?  Cookies ini adalah salah satunya.. Anda bolehlah cuba membuatnya untuk menikmatinya sendiri!
                              
Bahan - Bahan
100 gram mentega tawar sejuk
1/2 sudu teh garam
100 gram gula merah
1 biji telur
100 gram kacang gajus - sangai dan cincang halus
100 gram tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik                                                    

Cara Membuatnya :
Pukul mentega tawar, garam dan gula merah sehingga lembut. Masukkan telur dan pukul rata. Masukkan  kacang gajus  dan  kacau rata. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau hingga rata. Sudukan di loyang yang di sapu nipis marjerin. Letakkan kacang gajus diatasnya.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 C atau sehingga masak.


                                                                                             

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi