Nuffnang

Showing posts with label jom sarapan. Show all posts
Showing posts with label jom sarapan. Show all posts

Monday, October 5, 2015

Hot Pancakes Untuk Sarapan..


Pancake menjadi salah satu pilihan menarik untuk sarapan. Rasanya cukup ringan dan mengenyangkan. Kakak dan Angah gemarkan pancakes yg lembut katanya! Untuk menambat hati anak - anak yg sedang bercuti hari ni saya buatkan sos butterscotch sebagai topping! Ok kita intai resepi kat bawah ni yaa...


Hot Pancakes
1 cawan + 1 camca besar penuh tepung berserbuk penaik (self-raising flour)*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus*(*gaul rata dan ayak)
1 biji telur gred A
1 camca besar penuh gula kastor
1 cawan + 4 camca besar susu segar
1 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan

Cara Membuat :
Bancuh susu segar dengan cuka makan, dan biarkan sekejap. Sementara itu,masukkan tepung yang telah diayak dalam satu bekas, masukkan gula kastor dan gaul rata. Tambah telur dan kacau. Perlahan2 tuang bancuhan susu dan cuka (buttermilk) sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan buttermilk habis.Tuang pula mentega cair dan esen vanilla, kacau rata hingga licin dan tidak berbintil2. Rehatkan 5 minit.

Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak atau mentega, kemudian lap dengan tissue dapur bersih. Cedok 1/4 cawan adunan pancake, kemudian tuang perlahan di bahagian tengah pan tadi. Pastikan api kecil. Biar hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering sedikit, kemudian terbalikkan.

Masak untuk 1 minit lagi dan boleh angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan, pastikan anda lenser dengan sedikit minyak atau mentega sebelum menuang adunan pancake yang baru. Hidangkan drizzle dengan sedikit sos butterscotch. Hidangkan sebagai sarapan pagi..



Sos Butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
40 gram butter

Cara membuatnya :
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. Masukkan susu segar, vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Note : Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..

Thursday, January 8, 2015

Pom Pom Potato


Selamat pagi reader! Ada stok ubi kentang yang sudah lama terperap di dapur, sayang rasanya kalau terbiar rosak dan masuk cik tong kan. Pembaziran! Kita pun mulai minta pertolongan pada encik google untuk mencari resepi yang terbaik berbahankan ubi kentang. Terbaca pasal resepi pom pom potato yang tengah happening di beberapa group masakan di Indonesia, kita nak cuba juga.. sangat sedap laaa, kejap saja dah habis buat kudapan.

Pom Pom Potato ( Mama Aisyah )
500 gram kentang - rebus atau kukus
100 gram keju cheddar - di parut
2 sudu besar susu tepung
1 butir telur - pukul ringan
garam dan serbuk lada putih secukupnya
Serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Inti :
Mozallela cheese secukupnya

Cara membuat
Haluskan kentang dengan senduk atau pun garfu. Masukkan keju dan susu tepung, campur rata. Tambahkan garam dan sebuk lada secukup rasa.  Bentukkan adunan isikan dengan keju mozarella dan padatkan supaya tidak pecah saat digoreng . Gulingkan ke dalam telur yang sudah di pukul ringan.

kemudian gulingkan ke dalam serbuk roti. Bisa diulang jika ingin kulit yang lebih tebal. Simpan dalam freezer 1-2 jam sebelum digoreng. Goreng dalam minyak panas yang agak banyak dengan api sedang supaya kulit cepat keemasan sebelum isinya meletup dan pecah. Sajikan dengan sos kegemaran atau mayonis.


Roti Pisang Keju


Pernah makan roti berinti pisang` dan di tabur cheese kat atas roti tak ? Korang kenalah cuba buat pasal memang gandingan yang sangat sesuai dan sedap menurut penilaian saya. Hehe. Kebetulan memang lama sangat saya tak buat roti, roti pisang adalah salah satu roti kegemaran saya, bau aromanya yang kadang - kadang tak boleh tahan tu, jom semak bahan - bahanya!


Roti Pisang Keju
250 gram tepung roti
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur ( pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram )
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air biasa

Bahan Inti :
Pisang emas secukupnya
Keju cheddar - di parut
Sedikit gula pasir kasar - utk tabur
`
Bahan Gliss :
Telur untuk disapu ( baki 30 gram tadi )

Cara Membuat :
Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan, uli 10 - 15 minit tanpa henti. 

Untuk Roti :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil sebiji pisang, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan dan susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. 

Sapu telur pada permukaan roti dan tabur dengan keju cheddar dan sedikit gula. Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan...

Pancake Lembut Sampai Ke Malam..


Hmm, pembuka tirai pada tahun 2015 resepi pancake yang sangat lembut sampai ke mlm! Resepi dari Martha Stewart, kebetulan anak - anak memang suka sangat makan pancake sewaktu sarapan pagi. Pancake yang lembut dan gebu kejadiannya boleh di sajikan dengan dengan sedikit madu dan juga buah - buahan segar jika suka. Kalau macam saya ni makan pancake kosong saja dah cukup sedapkan.

Buttermilk Pancake
2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1 tsp soda karbonat
1/2 tsp garam halus
3 tbsp gula pasir
2 biji telur - pukul ringan
300 ml  buttermilk  (atau 300 ml susu segar + 1 camca besar cuka makan, biar hingga mendadih)
4 sudu besar mentega cair

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan campurkan tepung, baking powder, soda karbonat, garam dan juga gula. Masukkan telur yang sudah di pukul ringan, buttermilk dan juga mentega. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga tercampur rata saja.Cedok 1/4 cawan bancuhan tadi dan tuang dalam non-stick pan, ratakan sedikit atau biar bancuhan merata sendiri.

Bila adunan pancake nampak berlubang - lubang kecil, terbalikkan dan masak hingga keperangan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki bancuhan. Hidangkan dengan buah2an segar. mentega dan madu, jika suka.


Sunday, June 15, 2014

Chicken Ball Goreng


Salam buat semua reader. Nak sharekan sarapan mudah ala Vemale.com. Menu ini cukup berkhasiat dan sihat kerana ada kandungan sayuran dan juga cincangan dari dada ayam, semuanya di buat fresh dan cepat saji untuk anak - anak dan keluarga tersayang! Cuba yok!!

Chicken Ball Goreng
Bahan A :
2 sudu besar mentega
100 gram daging ayam kisar
50 gram jagung manis
1 btg daun bawang - potong halus
100 gram lobak merah - potong dadu kecil
100 gram buncis - potong halus

Bahan B :
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk pati ayam

Bahan C :
300 ml susu cair
150 gram tepung gandum

Bahan D :
3 biji putih telur - pukul ringan
150 gram serbuk roti
MInyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Bahan A : panaskan mentega, masukkan ayam cincang, tumis hingga berubah warna dan masak. Tambahkan bahan lainnya kacau hingga rata. Masukkan Bahan B kacau sebati.Tambahkan Tepung gandum pada bahan C, sambil di tuang susu cair, kacau terus hingga rata dan kalis. Angkat. Sejukkan.

Ambik satu sudu besar adunan, bentukan bulat, gulingkan pada serbuk roti, celupkan pada putih telur, gulingkan lagi pada serbuk roti lagi. Lakukan hingga adunan habis. Panaskan minyak, goreng chicken ball hingga kuning keemasan. Angkat dan sajikan dengan sos kegemaran yaa!



Sunday, March 16, 2014

Bun Telur Untuk Sarapan Pagi..


Ini adalah menu sarapan tadi pagi, baru sempat nak post. Bun telur yang cukup mudah di buat untuk hidangan keluarga seisi di rumah. Benda yang ringkas memang selalu menjadi pilihan, selain cepat menu ini juga sesuai untuk kanak - kanak yang tak gemarkan rasa yang pedas ! Sarapan pagi sebagai hidangan terpenting pada setiap hari. Mengikut kajian para saintis, makan pada waktu pagi dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah, di samping mengawal selera dan bekalan tenaga. Individu yang bersarapan pagi, akan lambat untuk berasa lapar dan tidak akan makan secara berlebihan pada hari tersebut. Renung - renungkan semua. Ok kita semak resepi bun telur untuk menu sarapan pagi di bawah ini yaa..


Bun Telur ( dari My resepi.com )
250 gram tepung roti
50 gram tepung biasa
1 biji telur
120 ml susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
50 gram mentega

Bahan Gliss :
1/2 biji telur
1 sudu besar air
Daun bazil

Bahan Inti :
2 biji telur rebus
mayonis secukupnya
garam
serbuk lada putih
1/2 bawang besar - cincang kasar

Cara Membuat :
Masukkan semua bahan kecuali bahan gliss ke dalam bread maker. On kan. Bila dah siap, keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan jadi bulat. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu sediakan inti. Cincang bawang besar dan telur. Gaulkan dengan garam, mayonis dan sebuk lada putih sehingga sebati. Ketepikan.

Ambik sebahagian doh tadi. Canaikan jadi 4 segi. Masukkan inti dan gulong. Kemudian potong kepada 7 bahagian. Ulang langkah 4 dan 5. Masukkan ke dalam oven. rendahkan suhu kepada 40 C. Penaikkan selama 40-50minit. Kemudian sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
Inti tadi sesuai juga diganti dengan tuna.


Tuesday, February 18, 2014

Martabak Manis vs Apam Balik


Syukur pada Allah yang Esa masih di beri kesihatan pada pagi ini. Nak kongsikan resepi martabak manis yang saya intai dari Dapur Vivie. Sesuai untuk minum petang atau sajikan pada waktu sarapan pagi memang boleh membuka selera! Martabak manis ni kalau di sini sama juga dengan apam balik, lain tempat lainlah pulak nama kan! Kuih ni cukup lembut, dan berpori  halus macam kejadian kuih bingka ambonlah pulak. Apapun, kuih ni memang sangat best boleh di jadikan menu favorite agaknya!


Martabak Manis
500 gram tepung gandum
1sdt baking powder
150 gram  gula pasir
2 biji kuning telur
1/4 sdt esn vanila
1/2 sdt garam
750 ml  air kosong

Bahan tabur:
1 sudu besar jagung berkrim
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar kacang tanah kisar

Bahan tambahan :
1/4 sdt baking powder
1/4 sdt soda kue

Cara membuat :
Ayak tepung  dan baking powder, masukkan gula pasir tambahkan kuning telur, vanila dan garam.
Tuang air kedalam adonan, mixer dengan kelajuan rendah sampai lembut. Diamkan 1 jam. Adunan siap di gunakan. Sebelum adonan di tuang ke acuan tambahkan 1/4 sdt baking powder dan 1/4sdt soda kuih, kacau rata. ( saya timbang 300 gram + 1/4 baking dan soda kuih, kacau rata dan trus letak dalam pan anti lekat ).

Kemudian tuang adonan dicetakan yang sudah dipanaskan dengan api kecil selama 15 menit. Acuan tidak perlu di sapu margarine. Biarkan Adonan berlubang kecil / berpori. Tabur gula dan tutup hingga masak. Angkat, sapu martabak dengan margarine. Tabur dengan toping kegemaran. Sapu bahagian kulit martabak dengan sedikit margarin.  Potong - potong dan hidang panas! Yum..

Penambahan baking powder dan soda kue pada bahan tambahan perloyang tergantung pada besar dan kecilnya acuan ya.., 1/4 sdt baking powder dan soda kuih itu untuk acuan diameter 22 cm.


Tuesday, December 24, 2013

Jom Sarapan Dengan Bebola mie Rangup


Sarapan apa agaknya pagi ini? (sarapan versi terlambat ) heheh.  Saya buat sarapan yang ringkas saja! Menu sarapan pagi tidak sepatutnye menggunakan nasi atau roti bukan? Sajian seperti bebola mie ini boleh di jadikan pilihan kalau sedang tak ada ide untuk membuat sarapan untuk anak - anak di pagi hari! Saya kongsikan resepinya di bawah yer untuk tatapan rakan - rakan semua.

Bebola Mie Rangup
2 bungkus mie segera perisa ayam
2 sudu makan marjerin
3 sudu makan tepung gandum
200 ml susu cair
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
50 gram keju cheddar - parut
3 keping daging salai / sosej - potong halus
MInyak untuk menggoreng

Bahan Pelapis :
100 gram putih telur - pukul ringan
50 gram serbuk roti kasar

Bahan Pelangkap :
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili

Cara Membuat :
Rebus mie segera perisa ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Masukkan rempah mie segera. Kacau rata dan potong - potong. Panaskan marjerin. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga bergentel. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit kacau sehingga lincin. Masukkan serbuk lada sulah, keju parut, daging salai / sosej dan mie yang telah di ptong tadi. Kacau rata.

Ambik sedikit adunan dengan menggunakan dua sudu. Bentukkan bulat. Gulingkan di tepung roti kasar. Celupkan putih telur. Gulingkan lagi di tepung roti kasar. Goreng di dalam minyak yang telah diu panaskan di atas api sederhana sehingga keperangan dan masak. Hidangkan bersama bahan - bahan pelengkap.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi