Cupcake dan cream puff untuk karnival SMK Batu Maung. Sebanyak 300 pcs. Thank you.
Nuffnang
Sunday, July 24, 2011
Saturday, July 23, 2011
Thursday, July 21, 2011
Kek Coklat Biasa
Tempahan dari Kak Yusma. Kek coklat paling moist di Batu Maung. Hehe. Thanks
yaa kak!! Untuk makan je, katanya. Simple but sedap. Perasaan!!
Labels:
jualan
Tuesday, July 19, 2011
Rendang Padang
Masakan Padang mempunyai banyak persamaan dengan masakan Minang. Kesemua
nya pedas - pedas belaka dan lemak bersantan. Ramuan - ramuan utama yang di
gunakan termasuklah cabai kerinting, sejenis cili yang tirus dan panjang yang biasa
nya digunakan untuk membuat cili kering, kunyit hidup, daun kunyit, daun salam
dan juga daun limau purut. Mehh, kita cuba!!
500 gram daging - potong ikut selera
250 ml santan pekat
2 cawan air
100 gram kentang
Bahan Giling Halus :
4 cm lengkuas
7 tangkai cili merah / cili kering
5 tangkai cili padi atau ikut selera
3 cm halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit
1 batang serai - diketuk
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
sedikit gula Melaka
Cara Membuat :
Didihkan santan, air dan bahan giling halus sehingga pekat. Kemudian masukkan
daging, reneh sehingga empuk. Masukkan pula kentang dan kacau perlahan - lahan
sehingga rendang bertukar warna kehitaman. Setelah hampir kering, angkat dan
hidangkan bersama nasi putih hangat.
Labels:
daging
Friday, July 8, 2011
Phad Thai Noodles
Ada banyak kulineri yang sensasi dan lazat untuk kita cuba. Semuanya sesuai untuk sajian keluarga. Masih mencuba resepi ala Thai. Olahan resepi cukup mudah. Untuk bahan - bahan pelengkapnya boleh di sesuaikan dengan citarasa.
Bahan - bahan :
1 bungkus kuey teow kering
1 ketul tauhu putih, potong dadu
3 ketul bebola ikan, potong 3 bahagian
150 gram udang
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 sudu makan udang kering, celur dan ketuk
100 ml stok ayam
1 sudu makan kicap ikan
1 sudu teh kicap masin
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
2 biji telur - pukul ringan
2 sudu makan kacang tanah - sangai dan cincang kasar
5 tangkai kucai, potong panjang
50 gram tauge
1/2 sudu makan air asam jawa
1 biji limau nipis - untuk pelengkap
Cara Membuatnya :
Rendam kuey teow kering dalam air sejuk sehingga agak lembut. Angkat dan toskan. Tumis bawang putih dan udang kering sehingga terbit aroma. Masukkan udang dan bebola ikan. Kacau sehingga berubah warna. Masukkan tauhu putih. Kacau rata.
Masukkan kuey teow, kicap ikan, kicap masin, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata. Tuangkan stok ayam. Masak sehingga menyerap. Ketepikan ke tepi kuali. Masukkan telur.
Kacau sehingga berbutir. Masak sehingga matang dan kering. Masukkan kacang tanah cincang, kucai dan tauge. Kacau rata. Tuangkan air asam jawa. Kacau lagi. Hidangkan bersama limau nipis.
Labels:
mee
Thursday, July 7, 2011
Kuah durian dan roti benggali
Musim durian sudah tiba!! Kebetulan dapat free durian dari mak mertua. Sedap
di buat apa yaa? Rasanya kalau makan cam gitu ajee dah jemu.Orang rumah minta
di buatkan kuah durian, nak cicah ngan roti benggali katanya. So ini dia, resepi
campak - campak sahaja. Isi durian, santan, secubit garam, daun pandan dan gula
secukup rasa. Jemput masak semuaa!!
Labels:
bubur
Roti Sardin
Hai berjumpa kembali. Roti berinti pedas banyak juga di sukai orang ramai.Terutama untuk sarapan. Rakan rakan boleh membuat berbagai variatif inti yang lainnya, seperti dari ayam, ikan ataupun daging. Selamat berkreasi dan happy baking semua.
Bahan untuk Inti :
1 tin ikan sardin
1 labu bawang besar - dicincang kasar
1 sudu besar tepung gandum
2 ulas bawang putih - cincang halus
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ikan sardin ( ikan sahaja ), simpan kuah sardin untuk kegunaan yg
lain. Hancurkan ikan dengan menggunakan sudu sambil di kacau sehingga
sebati. Masukkan tepung gandum, perisakan dengan garam dan serbuk perasa
jika suka. Ketepikan.
Bahan untuk roti :
500 gram tepung roti
2 sudu teh yis segera
50 gram gula halus
1 biji telur
1 camca teh garam
250 ml air ais
50 gram marjerin
2 sudu makan susu evaroted untuk sapu atas roti
5 gram bijan putih atau serbuk roti putih untuk hiasan
Cara Membuat :
Campur tepung roti, ragi, dan gula halus. Kacau sehingga rata. Tambahkan telur dan air ais sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga kalis. Masukkan marjerin dan garam. Uli lagi. Diamkan 30 minit. Tekankan adunan untuk membuang angin. Timbang masing - masing seberat 40 gram.
Bulatkan atau bentuk sesuai selera. Perapkan 10 menit. Giling adunan. Beri inti ikan sardin. Susunkan di dalam loyang segiempat. Diamkan selama 60 menit, atau sehingga naik dua kali ganda. Sapu atau gliskan dengan susu. Tabur bijan putih. Oven 12 menit dengan suhu 180 C sehingga masak.
Wednesday, July 6, 2011
Ayam Bakar Ala Thai
Jemu juga jika makan masakan yang hampir sama setiap hari. Jika mahu mengubah
cita rasa daripada kebiasaanya, boleh mencuba ayam bakar ala Thai ini. Resepi yg
ringkas tapi menyelerakan, sesuai dihidangkan untuk menu makan siang bersama
nasi, ataupun dimakan panas dengan cicahan sos kegemaran.
1 ekor ayam - kerat 8 bahagian
1 sudu teh air perahan lemon
4 ulas bawang putih - parut
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan kicap ikan
1/2 sudu makan kicap masin
1 cm lengkuas - ketuk
2 cm halia - dihiris
4 biji cili kering- cincang kasar
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
200 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
3 tangkai daun ketumbar - cincang kasar
Cara Membuatnya :
Lumur ayam dengan air perahan lemon, bawang putih parut, kicap manis, kicap
ikan dan kicap masin. Perapkan selama 30 menit. Masukkan lengkuas, halia, cili
kering, garam, serbuk lada sulah, gula pasir dan santan. Kacau rata.
Masak diatas api kecil sehingga masak dan menyerap kering. Masukkan daun
ketumbar. Kacau rata. Angkat. Bakar ayam, sambil di sapu baki rempah sehingga
terbit aroma dan kecoklatan.
Labels:
ayam
Saturday, July 2, 2011
Ikan Rempah Kuning
Bahan - bahan :
500 gram ikan bawal - cuci dan toskan
2 cm lengkus - diketuk
1 biji limau nipis
2 batang serai - di ketuk
3 - 4 ketui cabai melaka - di ketuk
1/2 camca teh cuka
Sedikit daun bawang - potong memanjang
1 biji tomato - belah empat
2 - 3 keping daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Rempah dikisar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 cm halia
1/2 camca teh biji lada sulah
2 cm kunyit hidup
Cara Membuatnya :
Lumur ikan bawal dengan air perahan limau nipis dan garam. Ketepikan sekejap. Kemudian bakar ikan sehingga masak. Panaskan minyak sayur, tumiskan rempah kisar dan daun limau purut sehingga naik bau. Masukkan serai dan jugak lengkuas. Masukkan sedikit air masak sehingga mendidih dan kuah sedikit pekat.
Masukkan ikan bawal yang telah di bakar tadi, masukkan potongan daun bawang, cabai melaka, tomato dan cuka. Sesuaikan rasa. Masak sehingga rempah menyerap pada ikan. Hidangkan panas.
Labels:
lauk pauk
Mee Udang Jawa
Bercerita tentang mee, sungguh terdapat pelbagai jenis mee. Mee kari, mee rebus
dan banyak lagi. Resepi mee yang akan saya kongsi hari ini mempunyai rasa dan
keunikkan yang tersendiri, tak percaya ? Jom mencubanya di dapur !
Bahan Penyediaan Mee :
1 bungkus mee kuning
20 gram taugeh - dicelur
5 keping tauhu - digoreng
Daun bawang, cili merah dan limau nipis untuk hiasan
Bahan A ( di mesin ) :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 tangkai cili kering
Bahan B :
10 ekor udang sederhana besar
50 gram udang kering - ditumbuk
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tomato
100 gram ubi keledek - direbus dan kisar
50 gram sayur sawi
Minyak untuk menumis
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan masukkan bahan A dan tumiskan sehingga naik bau. Bancuh
serbuk kari dan masukkan bersama udang kering, masak sehingga pecah minyak.
Setelah mendidih, masukkan air secukupnya, udang dan kacau untuk seketika.
Kemudian masukkan ubi keledek, gula perang, sawi dan sos tomato serta sedikit
garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Hidangkan mee
bersama taugeh, telur rebus, tauhu goreng dengan hirisan daun bawang, cili
potong dan sedikit air perahan limau nipis.
Labels:
mee
Subscribe to:
Posts (Atom)