Nuffnang

Sunday, February 17, 2013

Mie Udang Yang Best


Anak - anak masih berkumpul di rumah lagi sempena hari raya cina. Masih riuh, tak lama lagi akan terasa sunyi pulak kerana hari isnin ni diaorang akan sibuk lagi dan kembali ke sekolah! Menu harini saya buatkan mie udang untuk anak - anak di rumah. Stok udang memang dah ada di dalam peti ais, jadi tinggal masak dan buat saja. Resepi mie udang di Pulau Pinang memang sangat mementingkan kesegaran udangnya, barulah terasa sedap kuah nya!

Mie Udang Yang Best
1 peket mee kuning ~ dicelur sekejap & tos
500 gram udang segar saiz besar / sedang ~ potong sesungut & kakinya
( kuantiti udang terpulang nak kurangkan atau lebihkan )
1 ½ jug air atau ikut kepekatan kuah yang di inginkan
1 tin kecil tomato puree*
3 ~ 4 sudu besar sos cili*
2 sudu besar sos tomato*
Serbuk pati ayam
4 sudu besar sos nampla@sos ikan*
1 ½ sudu besar gula*
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
3 sudu besar cili kisar

Bahan dikisar (A) :
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 ½ sudu besar udang kering
air secukupnya

Bahan dikisar (B) :
2 biji kentang sederhana besar ~ direbus hingga empuk & potong kiub
1 biji ubi keledek merah saiz sederhana ~ di rebus empuk
6 ekor udang segar tanpa kulit
air secukupnya

Bahan tambahan :
Telur rebus,cili merah potong, limau kasturi, hirisan daun bawang, tauhu goreng dan tauge yg
di celur sekejap.

Cara Membuat :
Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar (A) serta cili kisar & tumis sehingga wangi & terbit minyak. Masukkan bahan kisar (B) & tambahkan air . Kacau rata & biarkan seketika. Masukkan bahan
bertanda (*) secukupnya dan biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan udang. Rasa kuah biar secukup rasa , kacau2 kejap & padamkan api. Hidang mee bersama kuah serta bahan2 tambahan yang lain ikut citarasa sendiri.

Thursday, February 14, 2013

Oreo Chocolate truffle


Pasti anda pernah mencuba biskut oreo, kan ?
Hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah. Tetapi sangat sedap sebagai kudapan
sambil tengok tv or santai saja kat rumah sambil baca paper or apa - apa saja! Hehe..
Bahan - bahan yang di gunakanpun hanya empat jenis saja, very easy and very nice too!
Kids can help roll the balls and dip the candies, and they'll like the familiar taste of oreos in cookie.

Oreo Chocolate Truffle

1 paket oreo. Jika anda ingin menyediakan banyak, boleh gunakan lebih dari 1 paket.
1 paket keju krim 250 gram
Coklat compound ( lagi sedap ) atau coklat masakan untuk menyalut oreo truffle
Badam yg di bakar, cincang - untuk menyalut bebola coklat

Cara Membuat :
Kisar biskut oreo dengan menggunakan pengisar. Kuantiti biskut oreo bergantung kepada kuantiti oreo truffle yang anda ingin hasilkan. Pastikan biskut oreo dikisar menjadi halus supaya mudah untuk anda gaulkan bersama keju krim.

Masukkan 1 paket keju krim ke dalam serbuk oreo yang telah dikisar. Gaulkan dengan menggunakan garfu ataupun spatula.
Bentukkan bebola oreo atau oreo truffle dengan menggunakan tangan.
Setelah siap, anda boleh mula cairkan coklat. Coklat ini akan digunakan untuk menyalut bebola oreo yang anda sediakan sebentar tadi. Cara untuk mencairkan coklat ini adalah dengan menggunakan set double boiler.

Apabila coklat sudah cair, anda bolehlah celupkan setiap bebola oreo anda ke dalam coklat.
Hiaskan dengan kacang badam cincang dan sejukkan, didalam peti ais sebelum di hidang.

Wednesday, February 13, 2013

Ikan Siakap Kukus



Hari ini masih bercuti lagi, seronok sangat boleh hidang bermacam menu di rumah! Kalau boleh
dan sempat nak cuba banyak lagi resepi yang dah disenaraikan, kalau sempatlah tentunya.
Tadi pagi ada pergi pasar membeli keperluan dapur, eeh ternampak pulak ada ikan siakap yang
nampak masih segar dan trus beli dua ekor. Lagipun hari ini dapat harga murah, seekor hanya
lima ringgit sahaja! Iam happy laaa, dapat barang murah!! hehe..
Hari ini ikan siakap saya nak buat masak stim, menu sihatlah kononnya. Resepini saya ikut dari
buku masakan Chef Florence Tan, ayuuu di cuba!!



Ikan Siakap Kukus

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis *

Cara Memmbuat :
Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. seeloknya di makan segera selepas proses mengukus!

Tuesday, February 12, 2013

Strawberry Marble Cheese Kek




Hari ini memang banyak masa free. Tapi banyak kerja rumah yang kena buat pulak, kemas rumah
memang takdak habisnya kan? Menu dan resepi hari ini adalah Strawberry Marble Cheese kek,
resepini saya olah mengikut kreativiti sendiri jadi berbeza dari resepi asalnya!
Terimakasih untuk Hasue kerana berkongsi resepi cheese kek ini, sangat sedap anak - anak di
rumahpun suka makan, jadi berbaloilah!


Strawberry Marble Cheese Kek
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega atau marjerin
1/2 tsp strawberry paste

Strawberry filling
1 cawan non dairy whipping cream - dipukul sehingga gebu.

Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu di dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk
1 adunan ).

Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue,adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumapah!
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi kacau
Perlahan. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata. Masukkan esen vanila dan sebatikan.

Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. Satu bahagian di beri paste strawberry. Masukkan
adunan cheese kek tadi secara berselangg - seli. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar).
selama 50 minit atau sehingga masak.
Sejukkan cheese kek sepenuhnya dan hiaskan dengan whippng cream dan strawberry filling dengan
kemas.

Rendang Pedas Kicap



Mungkin ini antara menu yang ringkas dan mudah untuk di hidang semasa waktu makan tengah
hari,  tapi percayalah cukup sedap di hidang bersama nasi putih yang masih hangat!
Tidak terlalu renyah dan mudah sangat nak membuatnya. Untuk lebih nak jimatkan masa bahan -
bahan kisar boleh di siapkan sehari sebelumnya, jadi pada esok paginya boleh terus memasak!
Sajian ini menjadi hidangan istimewa di rumah saya dan jenis menu yang berkicap lainnya. Anak
anak memang sangat suka. Jom intai resepi!


Rendang Pedas Kicap
1/2 kg daging atau ayam
1 peket keresek
3 susu besar kicap pekat
1 helai daun kunyit - siat halus
2 helai daun salam
200 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan KIsar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 tangkai cili padi - kalau nak pedas boleh tambahkan
4 sudu besar cili kisar
2 batang serai

Cara Membuat :
Tumiskan  bahan - bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam ataupun daging, santan, daun
kunyit, daun salam, gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan sehingga kuah mendidih. Apabila kuah hampir kering masukkan kicap pekat dan kerisik. Gaul rata  dan sebatikan. Masak rendang sehingga agak kering. Sedap di makan bersama nasi hangat.

Saturday, February 9, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake


Salam,
Sedar tak sedar dah sampai hari sabtu lagi. Hari ini saya baking bersama kedua anak - anak saya.
Kebetulan depa memang tengah naik boring jadi saya ajak ja buat cupcake bersama - sama. Resepi
ni memang ada lama dalam simpanan saya, tapi baru hari ini ada masa nak membuatnya, ternyata
memang sangat sedap dan lembut di tambahkan lagi dengan inti custard di dalamnya. Yummy di
buatnya!Anak - anakpun komen sedap. Kejap sahaja cupcake ni sudah habis tak sempat nak simpan
buar esok. Aduii...

 
Hokkaido Chiffon Cupcake
4 kuning telur
30 gram gula halus
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu cair
40 ml minyak masak
80 gram tepung cake
1 sudu teh baking powder

4 putih telur
Secubit garam
80 gram gula halus

Cara Membuat :
Satukan tepung cake dan baking powder kemudian ayak. Pukul kuning telur bersama gula halus
dengan mengunakan whisk saja. Masukkan esen vanila, susu cair dan  minyak masak kacau hingga
rata. Masukkan tepung yang telah di ayak gaulkan sehingga sebati.
Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan garam sehingga berbuih. Masukkan 80 gram gula
halus sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan tinggi sehingga pekat dan kaku.
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaul secara kaup
balik. Kemudian buat baki adunan dengan kaedah yang sama. Masukkan adunan di dalam cawan
cupcake dan bakar pada suhu 160 C sehingga masak. Bila cupcake sudah sejuk bolehlah di paipkan 
inti ke dalamnya dengan menggunakan piping bag.

Resepi Cream Custard
60 gram dairy whipping cream
20 gram gula halus
30 gram instan custard

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan pukul whipping cream dan gula halus sehingga naik gebu. Masukkan
insatan custad pukul lagi sehingga semuanya sebati. Cream custard siap di gunakan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi