Nuffnang
Friday, August 30, 2013
Meatloaf
Resepi terbaru saya. Hari ini buat meatloaf pulak! Hidangkan dari daging cincang yang di gaulkan bersama rempah ratus. Biasa buat tak? Sememangnya sedap dan sangat - sangat mudah. Main campak campak jaa, jangan risau pasti jadi punya! Hehe. Hidangkan ini sangat sesuai di gandingan dengan salad ataupun nasi untuk menu makan tengah hari ataupun malam, aci - aci jee. Ramai yang sudah mencuba kawan - kawan macamana? Selamat menjamu mata semuaa!
Meatloaf
500g daging cincang
1/2 cawan breadcrumb
1 biji bawang holland - cincang kasar
2 ulas bawang putih - cincang kasar
1 sudu besar butter
1 biji telur
sedikit garam dan pepper
1 sudu besar worcester sauce
1 sudu besar parsley
Bahan Gliss :
2 sudu besar tomato ketchup
1/2 sudu kecil mustard - sebatikan kedua bahan ini
Cara Memasak :
Panaskan butter dan tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga naik bau. Di dalam mangkuk masukkan daging kisar, bawang tumis, telur, serbuk roti, worcester sauce dan parsey. gaulkan sehingg sebati. Masukkan garam dan pepper. kacau rata.
Bentukkan seperti silinder (bulat dan memanjang~ loaf). Letak atas nonstick pan dan tutup, biar beberapa minit untuk masak. Bukak tutup pan dan terbalikkan. Tunggu hingga benar - benar masak baru keluarkan. Sapu bahagian atas meatloaf dengan bahan glis. Atau boleh juga letak dalam oven bakar 180C selama 40 minit atau hingga masak. Sapu bahagian atas meatloaf dengan bahan glis. Masukkan dalam oven untuk beberapa menit lagi sehingga nampak garing. Sedia dihidang bersama sos kegemaran
Labels:
ala barat
Wednesday, August 28, 2013
Butter Cookies
Tak habis dengan projek cookies lagi! Selama ini saya memang tercari - cari resepi butter cookies yang menjadi kegemaran. Hari ini saya nak kongsikan resepi butter cookies yang sangat sedap dan cara membuatnya pun sungguh mudah, hanya di adun dengan senduk kayu saja. Tak percaya? Kena cuba ya! Tengok pada bahan - bahannya pulak hanya menggunakan butter, tepung, serbuk almond dan hasilnya, taraaa.. Selamat mencuba!
Butter Cookies
105 gram butter
40 gram gula aising
1 biji telur
120 gram tepung gandum - ayak
35 gram serbuk almond - ayak
Cara Membuat :
Pukul dengan menggunakan senduk kayu butter dan gula. Pukul sebati. Masukkan telur dan pukul rata. Masukkan tepung dan serbuk almond yang telah di ayak tadi. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle. Paipkan dengan kemas di dalam loyang yang telah di lapik dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180 C sehingga masak.
Labels:
Biskut
Tuesday, August 27, 2013
Ayam Masak Palembang
Ramai di antara blogger - blogger masakan yang sudah mencuba resepi ayam Palebang ! Hari ini giliran saya pulak, kebetulan memang tak tahu nak masak apa harini. Stok ayam memang ada di dalam peti ais jadi trus masak saja. Resepi ayam palembang ini saya intai dari sini. Thank you, dan selamat menjamu selera. Salam manis.
Ayam Masak Palembang
700 gram ayam - potong kecil
2 batang serai - dititik
3 sudu besar keresek
1 cawan kicap lemak manis
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah penumis :
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara Memasak :
Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama.. kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
Notes : Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.
Ayam Masak Palembang
700 gram ayam - potong kecil
2 batang serai - dititik
3 sudu besar keresek
1 cawan kicap lemak manis
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah penumis :
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara Memasak :
Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama.. kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
Notes : Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.
Labels:
ayam
Sunday, August 25, 2013
Kuih Ros
Hujung minggu datang lagi!! Bosan rasanya kalau dok diam saja kan. Kemas - kemas dapur tadi pagi ternampak pulak acuan kuih ros, eeh memang lama saya tak buat kuih ni! kuih kegemaran saya dan juga ayah! Bahan - bahannya pun sangat simple dan selalu ada saja di dapur rumah. Cuba - cuba buat setelah sekian lamanya acuan ni terperap di dalam almari kabinet, kesian diaa!
Kuih Ros
150 gram tepung beras
50 gram tepung jagung
70 gram gula halus
1 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu air kapur
250 ml santan cair / santan kotak
Cara Membuat :
Campurkan semua bahan - bahan. Kacau sebati. Tapis. Panaskan minyak dan rendam acuan kuih ros di dalam minyak. Celup acuan dalam adunan, masuk semula dalam minyak tadi. Goyang - goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan, goreng hingga masak dan keperangan.
Labels:
snack
Kek Kolam Mandi
Terdelete sekejap post ini tadi. Tersilap tekan apa ntah. Saya akan tuliskan lagi step dan cara - cara membuat kek kolam ini ya. Kalau rajin boleh mencuba membuat kek macam ni untuk merayakan harijadi anak - anak di rumah! Pasti dorang akan sangat suke dan penuh gembira! Sangat senang dan mudah. Jom start tengok apakah bahan - bahanya.
Kek Kolam Mandi
Sebiji kek
papan bulat
Dua boneka kecil
Krim mentega warna putuh dan merah
Piping gel - warnakan biru
Spatula
Nozel polos besar dan kecil
Cara Membuat :
Permukaan kek di lepa rata dengan krim mentega putih. Bahagian tepinya di lepa dengan krim mentega berwarna merah. Paip tebing kolam berwarna kuning menggunakan nozel polos besar.
Kemudian balut kemas kaki boneka denga plastik pembalut. Benam boneka ke dalam kek sehingga paras pinggang. Letakkan piping gel berwarna biru di atas permukaan kek. Ratakan supaya kelihatan seperti air. Paip bentuk bulat dengan menggunakan nozel sederhana. Buat buih - buih kecil berwarna putih. Buat sehingga siap dan kelihatan cantik dan kemas.
Kek Kolam Mandi
Sebiji kek
papan bulat
Dua boneka kecil
Krim mentega warna putuh dan merah
Piping gel - warnakan biru
Spatula
Nozel polos besar dan kecil
Cara Membuat :
Permukaan kek di lepa rata dengan krim mentega putih. Bahagian tepinya di lepa dengan krim mentega berwarna merah. Paip tebing kolam berwarna kuning menggunakan nozel polos besar.
Kemudian balut kemas kaki boneka denga plastik pembalut. Benam boneka ke dalam kek sehingga paras pinggang. Letakkan piping gel berwarna biru di atas permukaan kek. Ratakan supaya kelihatan seperti air. Paip bentuk bulat dengan menggunakan nozel sederhana. Buat buih - buih kecil berwarna putih. Buat sehingga siap dan kelihatan cantik dan kemas.
Labels:
jualan
Puding Roti Pelangi
Cuaca sangat panas hari ini. Pekena benda - benda yang sejuk masuk dalam tekak pasti best, kan! Resepi puding ni sangat mudah di buat kebetulan bahan - bahan memang ada semua di dapur jadi setelah menyalin resepi dari web masakan Kak Ita, trus jee main godeg - gedeg , Inilah hasilnya tak sampai satu jam menu yang sejuk dan cantik ini menjadi hidangan penyejuk badan!
Puding Roti Pelangi
7 gram agar-agar serbuk
300 ml air
1 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick
1 sudu teh paste lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna kegemaran
Cara Memasak :
Masak agar-agar, air dan gula hingga agar-agar dan gula larut. Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika. Tutup api dan masukkan paste lemon, kacau rata
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan. Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air. Ketepikan.
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain. Buat hingga habis, sejukkan.
Labels:
dessert
Friday, August 16, 2013
Kuih Siput Rangup
Salam dan selamat tengah haru buat semuaa, hari ini nak kongsikan resepi kuih siput yang memang sungguh rangup! Kuih siput adalah kudapan kegemaran anak - anak, memang laju jee kalau depa makan
sambil tengok tv kejap saja boleh habiskan satu balang!Resepi Kuih Siput ni rapuh strukturnya. Jadi kalau sesapa yang tak suka rapuh, bolehlah kurangkan marjerinnya yaa!! Cukup sedap pada saya, pandai - pandailah memasukkan sukatan rempahnya agar kuih siput yang kita buat tidak terlebih masin atau terlebih rasa rempah pula nantinya. Bolehlah di semak resepi di bawah ini.
Kuih Siput Rangup
600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan
6 tangkai daun kari - untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari - kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk - kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram serbuk jintan putih
15 gram udang kering - di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya
Cara Memasak :
Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam2). Ketepikan. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak.
Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya oke.Gentel siput sehingga habis. Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya.
Labels:
snack
Thursday, August 15, 2013
Apam Mekar Ais Krim Soda
Hari raya makan kuih apam aci, tak? Hehe. Agak lama juga tak buat kuih apam kerana kesibukan kerja dan kadang - kadang tu ada beberapa tempahan yang kena dibuat.
Buat kuih muih ni ada petua dan tips yang perlu diketahui kalau nak kuih tu jadi dengan eloknya, kan?
Ok semak resepi di bawah ini yaa! Resepi asal ada di sini!
Apam Mekar ais krim soda
3 butir telur gred A
1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis 1 sudu teh ovalete
1 cawan ais krim soda F&N
300 gram tepung gandum
beberapa titik esen pisang/esen vanilla - untuk kurangkan hanyir telur
pewarna yang disukai
Cara Memasak :
Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga rata. Titiskan esen pisang / esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda. Sudukan adunan ke dalam paper cup berselang - seli sehingga hampir penuh cup. Kukus dengan api besar selama 10 -15 minit.
Labels:
kuih
Tuesday, August 13, 2013
Roti Jala Perisa Pandan dan Serawa durian
Salam, harini ada stok durian pemberian jiran. Memandangkan anak - anak suka sangat dengan serawa durian sampai terbayang - bayang alangkah sedapnya bubur durian yang di cicah bersama roti jala perisa pandan! Nyam - nyam! Fist time buat roti jala pandan, masa tu saya makan dekat rumah terbuka kawan saya, memang terus jatuh hati pada pandang pertama. Kita menjala yok!
Roti Jala Perisa Pandan
2 cawan tepung gandum
1 1/3 gelas air - tapisan daun pandan dari 3 helai daun pandan yg di kisar
1 cawan susu cair cair
1 sudu besar butter - cairkan
2 biji telur
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau apel
Cara Memasak :
Satukan semua bahan - bahan dan gaul rata sehingga semua bahan sebati. Tambahkan butter yg di cairkan dalam bancuhan tadi supaya apabila masak ia tidak melekat di kuali. Tapis bahan tersebut, dan kiraikan adunan menggunakan acu roti jala di atas kuali leper. Biarkan ia garing seketika, angkat dan gulung atau lipat bentuk persegi dengan segera.
Serawa Durian
10 ulas durian - ambil isi
1 ketul gula melaka - potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan segar
2 cawan air kosong atau secukupnya
Sehelai daun pandan - simpulkan
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air - larutkan kedua bahan ini
Cara Memasak :
Satukan air, gula melaka, gula pasir dan masak di atas api sehingga gula larut. Kemudian tapiskan dan masukkan semula air gula tadi ke dalam periuk. Masukkan durian, santan, air, daun pandan dan sedikit garam. Kacau selalu sehingga mendidih. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga agak pekat. Matikan api. Sajikan bersama roti jala pandan dan serawa durian.
Labels:
dessert
Saturday, August 10, 2013
Rendang daging berkuah bersama ketupat pulut
Assalammualaikum salam di bulan syawal yang penuh keceriaan! Syawal yang tiba setahun sekali pastinya akan di sambuat dengan berbagai cara. Setelah sebulan penuh kita berpuasa dengan penuh
kesabaran inilah masanya kita menyambut bulan syawal yang mulia. Berbagai juadah raya yang saya cuba sediakan dari mula membuat biskut raya dan lauk pauk memang sangat memenatkan bukan ?
Hari ini saya nak kongsikan resepi rendang daging berkuah kegemaran anak - anak saya! Di perlukan sedikit kesabaran di dalam membuat hidangan ni, kuahnya di masak dengan api sederhana agar isi daging bersama - sama dengan rempahnya menjadi menu rendang yang sangat berperisa dan tentunya sedap dan memikat hati seisi keluarga di rumah!
Rendang Daging Berkuah
700 kg daging - di potong nipis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar cili sos
1 cawan santan pekat
1 cawan air kosong
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 helai daun limau purut
1/2 helai daun kunyit - potong halus
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Di Kisar :
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Bahan Untuk Di sangai :
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
Cara Memasak :
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan - bahan tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar, cili sos dan kacau lagi.Masukkan bahan kisar kering.
Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.Masukkan santan dan air jika tak nak rendang terlalu pekat. kacau rata.Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
Masukkan pula gula melaka, gula pasir dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut, daun kunyit dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya sedikit pekat. Kacau rata.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar - benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat dan juga rendang.
Ketupat Pulut Daun Pisang
1 kg beras pulut
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya - dilayurkan
Cara Memasak :
Masak beras pulut bersama santan, daun pandan dan sedikit garam. Masak seperti masak nasi biasa iaitu apabila santan sudah kering, sila perlahankan api dan tutup periuk. Pulut hendaklah sentiasa dikacau agar tidak hangit dan masak dengan sekata.
Setelah itu, bungkus pulut dengan daun pisang. Ikat dibahagian hujungnya menggunakan tali.
Setelah selesai semuanya, bolehlah direbus sehingga masak. Potong kecil-kecil dan sedia untuk dihidang bersama rendang.
Labels:
daging
Thursday, August 1, 2013
Tempahan Raya
Beberapa tempahan yang sempat saya buat untuk customer saya sempena hari raya yang akan tiba tak lama lagi. Jom cuci mata dulu, yaa!
Biskut mazola dan tart nenas
Strawberry finger dan Popia nestum
Almond london dan Suji cristal
Almond rocher dan biskut kacang
Biskut ice cream dan hand made cokelat
Labels:
jualan,
Tempahan Kek
Subscribe to:
Posts (Atom)