Nuffnang

Showing posts with label menu sayur. Show all posts
Showing posts with label menu sayur. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Kerabu selom dan tauge


Bahan - Bahan :
100 gram tauge - dicelur
150 gram daun selom - hiris halus
100 gram udang geragau
2 sudu besar kerisik
3 biji limau kasturi
3 tangkai daun kesum - hiris halus
3 sudu besar pati santan
1 biji bawang besar - di hiris bulat
2 tangkai cili merah - tumbuk
3 tangkai cili api - tumbuk
Sedikit belacan - di tumbuk
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Udang geragau di goreng dan di tumbuk.  Satukan kesemua  bahan - bahan,
gaulkan rata dan perahkan limau kasturi. Tambahkan garam dan gula secukup
rasa. Gaul lagi sehingga sebati dan hidangkan.

                            

Saturday, June 12, 2010

Buncis Mini Bersos


Biasanya buncis hanya di tumis begitu sahaja. Kali ini, buncis di sira dengan sos
hingga kerangupannya masih boleh di pertahankan. Jom masak...



Bahannya :
200 gram buncis mini / siang - rebus masak dan ketepikan

Bahan Sos :
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - hiris panjang
2 biji cili merah besar - buang bijinya, hiris halus
200 gram tauhu cina - potong panjang dan goreng berkulit
10 biji telur puyuh rebus
2 sudu makan taucu
1 sudu  teh kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula pasir
500 ml air stok ayam
1/2 sudu makan  tepung sagu dan 1 sudu makan air, larutkan - utk pemekat
2 sudu makan minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang - potong panjang untuk taburan

Cara Membuatnya :
Sos :  tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah besar sehingga terbit
aroma. Masukkan tauhu cincang dan telur puyuh rebus. Kacau rata. Masukkan
taucu, kicap manis, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.

                   
Tuangkan air stok ayam. Didihkan. Pekatkan dengan larutan tepung sagu. Masak
sambil di kacau hingga meletup - letup. Hidangkan buncis dengan menyira sosnya.
Taburkan daun bawang hiris.

Sumber : Paduan Seni Kuliner

Friday, June 4, 2010

Salad Segar Rempah Kacang


Bahan - Bahannya :
1 biji timun jepun, belah  dua - hiris nipis
100 gram lobak merah - parut kasar
100 gram kobis - hiris kasar
100 gram tauge
2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan air perahan lemon
6 helai salad kerinting - dikoyak - koyak
100 gram jagung manis - ambil isi

Bahan Sos :
100 gram kacang tanah tanpa kulit - goreng dan kisar halus
50 gram nenas - diparut
1 1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh cuka
2 1/2 sudu teh gula pasir
125 ml air panas
60 gram mayonis

Rempah Kisar Halus :
3 biji cili merah - goreng
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh belacan goreng

Cara Membuatnya :
1. Ramas - ramaskan timun jepun, lobak merah, kobis, tauge, gula pasir, garam
dan air perahan lemon sehingga layu. Sejukkan.

2. Sos: campurkan bahan kisar,  kacang tanah,  nenas, garam, cuka, gula pasir
dan air panas. Kacau rata. Masukkan mayonis. Kacau rata. Hidangkan bahan -
bahan dengan dicurahkan sosnya.




Thursday, May 27, 2010

Sayur Campur Berempah




Bahan - bahan
2 biji kentang - dibelah lapan
1 batang lobak merah - dihiris panjang
2 biji tomato - dibelah empat
10 tangkai kacang buncis - dipotong panjang
1 labu bawang besar - dihiris melintang
2 cm halia -dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
Garam secukupnya
1 sudu besar serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili merah

Cara Membuatnya :
Kentang dipotong ikut suka dan goreng sehingga tiga suku masak. Tumis halia cincang dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan pula bawang besar dan balik - balikkan sehingga bertukar warna perang muda. Masukkan kacang buncis dan lobak merah, kacau sehingga hampir masak. Campurkan serbuk kari dan renjiskan sedikit air. Masukkan kentang diikuti tomato, daun kari serta garam kacau hingga bercampur rata. Sendukkan ke dalam pinggan hidang, hias dengan cili merah dan hidangkan untuk makan malam atau tengah hari. Selamat mencuba.

Saturday, March 13, 2010

Anyang Paku Pakis

Bahan ~ Bahan
500 gram pucuk paku
6 ulas bawang merah ~ dihiris

Bahan ~ Bahan Tumbuk
3 tangkai cili merah
30 gram udang kering
3 sudu besar kerisik
2 cm belacan
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukupnya

Cara Menyediakan
Siang pucuk paku, cuci, celur dan tuskan. Gaulkan pucuk paku dengan
bawang yang di hiris serta bahan - bahan tumbuk. Perahkan asam limau
nipis dan gaul rata.
sumber ~ rasa

Sunday, March 7, 2010

Kerabu mangga muda


Kerabu ini memang cukup segar di nikmati pada saat makan tengah hari tadi! Rasanya yang masam manis cukup membuka selera ! Ada stok mangga muda di rumah?

Bahan ~ bahan
2 biji mangga muda ~ parut kasar
2 labu bawang besar ~ mayang
2 tangkai cili merah ~ mayang
Daun ketumbar ~ ambil daun sahaja
1/2 cawan kacang tanah ~ tumbuk kasar
1 sudu besar udang kering
Garam dan gula secukupnya
1 sudu besar cuka

Cara Membuatnya
Masukkan semua bahan - bahan ke dalam mangkuk besar, gaulkan sehingga sebati. Hidangkan.

Thursday, February 11, 2010

Masak lemak pucuk paku



Bahan - bahanya :
1 cekak pucuk paku
1 batang serai ~ dititik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan santan cair
3 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inci kunyir hidup ~ dikisar
4 biji cili padi ~ dikisar
1/2 camca besar udang kering ~ dikisar

Cara Memasaknya :
Pucuk paku diasing tangkai dan daunnya. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, masukkan serai, udang kering dan kacau sebati. Masukkan pula santan cair dan masak atas api kecil hingga mendidih, kacau rata. Masukkan pucuk paku, pati santan, garam secukupnya. Biarkan mendidih perlahan
perlahan sambil dikacau sekali sekala.

Saturday, February 6, 2010

Kubis Brussel rangup


Bahan - bahan
1/2 liter air
150 gram brussel
1 biji cili merah  - hiris nipis
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih  - di ketuk
1 labu bawang besar  - potong bulat
1 camca besar tepung jagung
1 camca minyak bijan
1 camca sos tiram
Sedikit garam dan gula

Cara Memasaknya
1. Didihkan air dan celur kubis Brussel seketika. Kemudian angkat,
panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, cili merah
hingga perang.

2. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air, minyak
bijan, sos tiram, garam dan gula. Masukkan sayur yang sudah di sejat
di dalam bahan tumis, kacau rata dan angkat.
Hidangkan panas - panas.
sumber ~ majalah jelita

Thursday, February 4, 2010

Kailan ikan masin



Sayur tumis ini memang sedap di makan bersama nasi yang baru je masak! Sepinggan sat jee boleh habis! Jom mencuba! Senang dan cepat.

Bahan - bahannya :
200 gram kailan
50 gram ikan tenggiri masin
50 gram cili padi diketuk
50 gram bawang besar dipotong bulat
50 gram sos tiram
50 gram bawang putih diketuk
1 sudu teh stok ikan

Cara Memasaknya
Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan ikan tenggiri masin.
Masukkan sos tiram, stok ikan dan kailan. Masak sehingga kailan lembut.
Hidangkan bersama nasi putih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi